air mata taubat

Virus Ustaz Don Punya Pasal, Mari Muhasabah Diri

Pernah tak korang duduk dalam bilik atau mungkin ruang kosong. Kemudian, korang fikir sejenak umur korang yang semakin hari semakin bertambah? Kalau belum pernah, cuba lakukan secepat mungkin. Kalau tidak hari ini, lakukan esok. Jangan berlengah woo.

air mata taubat
air mata taubat

Kenapa?

Kenapa kita kena duduk berseorangan dan berfikir tentang diri kita? Sebabnya banyak tapi tak mungkin saya nak mengarut panjang lebar dekat sini kan? Nanti korang muntah berterabur dekat blog saya, macam mana? hahahaha!!! Ok, tak apa. Saya berikan sebab musababnya. Tak banyak, sekadar yang saya mampu menulis sahaja.

Sebabnya ialah, Hidup Terlalu Singkat, Jangan Sia-siakan Masa Yang Ada! Kita kena sedar diri, kita bukan Tuhan dalam dunia ni. Kita sudah berjanji pada Allah, kita akan kembali juga kepada-Nya suatu hari nanti. Sebab tu, setiap hari kita akan buat silap (Akulah tu paling teror buat dosa.huhuhu). Tapi, tak apa. Mana ada manusia perfect kan? Itu biasa.

Sebab itulah, saya suruh korang buat macam apa yang saya suruh (in case tak pernah buat). Biasanya, bila kita duduk seorang diri, waktu tulah baru kita boleh ingat balik dosa-dosa kita yang pernah kita buat sepanjang hidup. Kalau tengah berhuhahahaha dengan kawan-kawan keliling, jangan haraplah nak ingat pasal dosa. hahahaha!!!

Sementara masih bernyawa ni, cubalah muhasabah diri sendiri. Tak susah, buat macam saya cadangkan tu. Walaupun saya bukan Ustaz Don, tapi saya kan awek dia. Mesti tahu bab ni. Korang buat je, dan yakin. HAHAHAHAHAHAHA!!!! kemain, nak Ustaz Don Tv Al-Hijrah. hehehehe.

Tak tak, ini serious. Cuba buat.

Kalau korang menangis waktu duduk berfikir tu, maksudnya hati korang masih belum mati. Tapi, kalau dah duduk seorang diri pun still malu-malu kucing nak menangis. Mesti ada sesuatu yang tak kena. hehehehe! Jangan sia-siakan lagi umur yang berbaki ni. Kalau umur panjang, tak apalah. Cuba bayangkan esok bangun pagi kita dah ada dalam kubur. huwaaaa!!!!!

Sumpah seriau bila bayang macam tu. hahahaha!!!

Tapi, itulah hakikatnya. Mati itu pasti. Cuma, kita tak tahu bila dan dekat mana je kita akan mati. Betul tak? Jadi, kalau korang dan saya sendiri dapat sama-sama ingatkan diri sendiri. Fikir balik dosa-dosa lama, perkara-perkara yang kita tengah buat sekarang ni adakah bermanfaat atau tidak, phewwwww alangkah bagusnya.

Hidup Terlalu Singkat, Jangan Sia-siakan Masa Yang Ada! Kalau belum cuba solat Dhuha, cubalah esok. Kalau tak terfikir akan lakukan Solat Tahajud, boleh cuba sekali 2. Kalau selesa, teruskan. Kalau tak pernah buat Solat Taubat, dialu-alukan sebab dengan bertaubat sahaja kita akan merasa tenang. Senang cerita, muhasabah diri dan kemudian perbaiki 😉

Solat-solat dekat atas tu, saya pun baru cuba. Selepas duduk, berfikir dan saya rasa perlu lakukannya. Saya buang rasa ego. Selama ni, saya sombong rupanya nak buat “solat extra”. Nampak sangat saya berkira dengan Allah. hehehehehe. InsyaAllah, korang pun boleh dapat markah bonus kalau lakukannya nanti. Good luck!

Trust me, kalau Allah beri kita kesusahan..pasti ada hikmahnya. Gunakan teguran tu sebaik mungkin. Fikir-fikirkan sendiri.Ngeh!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *