free
web stats

Vanilla Coklat vs Bicara Hati

Vanilla Coklat dan Bicara Hati, keduanya drama hebat. Vanilla Coklat ditayangkan hari Selasa, Bicara Hati pun sama. Vanilla Coklat versus Bicara Hati. Soalnya, Drama Mana Lebih Hebat?

Saya berkesempatan untuk menonton kedua-dua cerita, baik Vanilla Coklat begitu juga dengan Bicara Hati. Pada saya, kedua-dua drama ini ada aura tersendiri. Tapi, ada perbezaan. Pada sayalah. Saya tidak tahu korang macam mana. hahaha!

drama melayu

drama melayu

Vanilla Coklat, pada saya kekuatannya adalah pada “kecomelan” dan populariti pelakon-pelakon. Izzara Aisyah kan memang tengah panas sekarang selepas lakonan hebat dia dalam drama Soffiya kan? Iqram Dinzly pula memang cukup popular dalam dunia Twitter beliau. Penangan!!

Kalau Bicara Hati pula, pada saya kekuatannya 70% pada jalan cerita. Saya tidak pernah baca pun novel tapi saya suka dengan jalan cerita drama ni kot. Pelakon-pelakon tak adalah popular mana tapi saya suka dengan jalan cerita drama ni.

Jadi, antara drama Vanilla Coklat TV3 dengan drama Bicara Hati. Saya lebih suka dan minat nak tonton Bicara Hati. hehehe!! Cuma minggu ni saya terlupa sebab syok sangat bercuti sampai lupa hari Selasa!!!! Arghhhh. stress ok stress. hahahaha!!!

Hmm, ini pendapat saya. Kalau korang pula macam mana? Mana satu drama yang kamu orang rasa lebih hebat? Vanilla Coklat atau Bicara Hati ya? Saya saja tulis artikel ini sebab saya tengok kemain dekat Twitter sembang pasal kedua-dua drama hebat ni!!!

Apela sangat drama bicara hati tuh. saya minat giler dengan novel nya tapi bila masuk alam drama, ceritanya langsung tidak menarik minat. slow sangat! mungkin para pelakon drama BH perlu diajar untuk tidak terlalu serius dalam lakonan. bosan dow.

Of course saya lebih suka tengok cerita vanilla coklat. walaupun berkisarkan kisah budak2 namun saya enjoy! minat pada aiman dan izara! love them.

Kalau korang nak layan OST Vanilla Coklat, bolehlah layan. Saya ada masukkan sekali video dan lirik. Senang sikit korang nak berkaroake. hehehehe!!! Selamat membuat pilihan!!

Drama lain yang mungkin anda minat: (Sinopsis dan Trailer)Drama Kitab Cinta Arahan Erma Fatima

Baca juga:
Vanilla Coklat 10 Punya Penangan

Leave a Reply