Ayam Masak Serai

Usahawan Kecil Jual Ayam Masak Serai di UK

Kalau ingin nak jadi usahawan kecil tapi mempunyai idea besar, maka kita kena fikir diluar kotak kan? Bagus juga masuk contest SEO ni, tengah-tengah masak boleh pulak terfikir pasal keyword. hahahaha! Sambil menyelam, minumlah air. Jangan membazir. kikikiki. Nasib baik ayam masak serai saya jadi. Alhamdulillah.

Ayam Masak Serai
Ayam Masak Serai

Gambar dekat atas ni merupakan gambar ayam masak serai yang baru saja nak mula mendidih. Sambil-sambil saya kacau kuah dan tunggu ia kering, saya terfikir macam mana kita boleh mulakan satu bisnes dengan membuat masakan melayu kita yang sedap dan best-best ni. Yelah, sebenarnya memang kita orang melayu ni banyak je resepi lauk pauk sedap-sedap tapi malas nak masak dan malas nak komersialkan!

Ini jadikan rugi yang besar sebenarnya. Boleh anda cuba tengok orang-orang melayu dekat perantauan yang “malas masak” tu, macam payah kan nak jumpa restaurant melayu yang jual masakan-masakan melayu asli macam ni dekat luar negara tu. Kalaulah ada usahawan kecil yang rajin sikit buat research macam mana nak komersialkan masakan kita ni, mesti laku dan bisnes akan boom. Silap-silap mat salleh pun dah pandai masak ayam masak serai ni. hahahaha!

Kita dah ada rendang segera dan adalah juga lauk-lauk segera tapi masih tak banyak dan kurang promosi kot. Itupun jual dekat Malaysia, kalau pelajar kita nak balik negara tempat, dia orang belajar tu barulah dia orang beli banyak-banyak dan bawak sekali dalam bagasi. Maksudnya masih di peringkat local. Ke dah ada ek dekat luar negara? Ada tak rendang segera dekat tesco United Kingdom? huhuuhu seronoknya kalau ada! hahahahaha

Ah sudah, jauh benor saya merepek. Daripada ayam masak serai boleh fikir pasal perniagaan pula. Biasalah sekarang ni memang tengah berminat dengan dunia usahawan. hehehehe! Kena creative cari peluang yang ada. Eh korang nak ke resepi ayam masak serai ni? Tak payahlah ya, sebab resepi hampir sama dengan masak lemak sebebarnya! kikikikiki. Jemput tengok gambar sahaja 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *