Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ubat Migraine Paling Sedap

Hari ini sudah sampai masanya untuk saya buka laptop saya dan tulis review produk seikhlas hati mungkin. Haah ikhlas sebab ini review produk TIDAK BERBAYAR. Kenapa saya nak review produk ni? Sebabnya tak lain dan tak bukan, mestilah sebab memang produk ni amat bagus di mana saya sudah cuba sendiri.

Ya, saya memang tidak dibayar untuk review produk MINERAL COFFEE ni dan bukan agen jualan pun. Tapi, saya nak buat juga review sebab saya rasa macam happy ya Allah. hehehehe! Macam ni, saya ni ada migraine yang agak teruk jugak dan migraine tu dah saya dapat untuk 4-5 tahun.

mineral coffee

mineral coffee

Saya selalu dengar orang kata bahawa kalau menghidapi migraine yang teruk, mestilah ingat jangan selalu sangat minum minuman berkafein atau seangkatan dengannya. Tapi, masalahnya saya ni merupakan KAKI KOPI DAN NESCAFE! Segala jenis brand coffee saya bedal sebab macam dah jadi ketagih kot. Kalau tak dapat, jadi lesu macam orang mati laki (tapi kau belum kahwin kan?)

Agak kronik. Nak dipendekkan cerita yang panjang, ada seorang teman saya yang beri SAMPEL SEKOTAK PENUH MINERAL COFFEE HAI-O ni. Saya minum sajalah sebab memang kaki kopi ni, dia bukan kira brand kopi sangat pun. Asal, hilang ketagih je kira oklah tu.

Tapi, bila dah setiap hari saya minum MINERAL COFFEE HAI-O ni memang saya perasan 1 perkara. Saya tak migraine, malah langsung tak sakit kepala macam biasa. Biasanya, kalau minum coffee (brand dirahsiakan) lain memang 3 hari je kepala dah mula sakit.

Tapi, saya minum MINERAL COFFEE HAI-O ni secara istiqamah (ayat kau nak gempaq je kan?) selama 2 minggu pun langsung tak sakit kepala yang teruk. Sakit sikit-sikit sebab stress benda lain tu normal. Tapi, sakit kepala Migraine memang tak ada.

Ini sudah bagus. Maka dengan itu, jadilah saya peminum tegar MINERAL COFFEE HAI-O ini sekarang. Kalau anda ada masalah ketagih dengan caffeine tapi ada migraine, bolehlah cuba ya. Ingat, ini bukan review produk berbayar. Jadi, jangan risau. Ayat ini semua ikhlas dari lubuk hati.

Apa yang boleh saya cakap tentangnya adalah bagus sangat kopi ni. Mungkin sebab 100% semulajadi dan guna garam buluh. Di samping itu, ia kaya dengan magnesium juga. Bila minum, rasanya tidak manis. Boleh cakap rasa dia mild saja dan tak kuat seperti kopi yang lain. Ia adalah macam minum kopi tapi kopi berubat.

Leave a Reply