free
web stats

Turun kan Paras Kolesterol Anda Tanpa Ubat Kolesterol

Apa perasaan anda apabila anda terpaksa berhadapan dengan doktor untuk mengetahui keputusan darah anda? Jantung anda akan berdegup kencang, nafas turun naik, fikiran anda mungkin berkecamuk kerisauan.

turunkan kolesterol

turunkan kolesterol

Aku percaya doktor zaman sekarang lebih professional dan lebih terbuka dalam menceritakan status keputusan kesihatan seseorang pesakit. Tak lagi seperti doktor dulu-dulu yang hanya membiarkan jururawat atau nurse yang menceritakan keadaan sedangkan doktor berada didalam kamarnya selain cuma memberikan ubat yang sepatutnya.

Yah…nak makan ubat adalah satu hal lagi lah ditambah pula kena pantang tak leh makan tu tak leh makan ni. Itu yang akan menjadikan seseorang itu seperti baru terjaga dari mimpi ngeri. Peghhh…dah tak leh makan nasi kandar, goreng-goreng, ayam KFC dan tah apa-apa lagi…menyiksakan lah. Lepas tu tak leh masin, manis telah la kena tukar guna gula stevia la pulak.

Kalau makan juga nanti kena potong kaki!!

Mak aiihh..nih kalau ada member suka menyakat macam nih pun satu hal lagi la. Kang ada yang makan kasut nih…he he he. Apa nak buatkan kalau dah member tu nak marahkan mereka pun tak mampu la. Gurauan menjadikan kita lebih ceria dan bahagia. Ambilah secara positif.

Ya betul kalau terus amalkan minum manis-manis, makan tak pantang dan apa-apa lagilah tentulah nanti kena penyakit kencing manis yang kronik lepastu kaki akan lebam dan doktor pun tak leh buat apa lagi lak.

Apa kaitan pula dengan kolesterol?

Kebiasaannya orang yang berpenyakit kencing manis akan berkait juga dengan penyakit darah tinggi, paras kolesterol tinggi, buah pinggang, paras protein dalam darah, paras urea dalam darah dan macam-macam lagi. Jadi kalau tak jaga betul-betul maka akan menjadi lebih teruk la nanti. Okey, kolesterol sebenarnya akan menyebabkan saluran darah menjadi semakin sempit akibat pengumpulan butil-butil kolesterol disitu. Akhirnya butil-butil kolesterol itu akan pecah yang akan mengakibatkan saluran darah terutamanya kejantung akan tersumbat. Maka itulah dipanggil serangan jantung.

Camna nak turunkan paras kolesterol?

Inilah masalah dan cabaran yang paling besar kepada pesakit-pesakit yang mengalami paras kolesterol yang tinggi. Biasanya mereka akan di arahkan menghadiri sesi kaunseling dimana mereka akan diterangkan makanan apakah yang mengandungi paras kolesterol yang tinggi dan mana kah pula makanan yang sesuai untuk di amalkan serta sukatannya. Tetapi ramai yang menghadiri sesi kaunseling itu memberikan pendapat yang sebaliknya kerana mereka tak mahu mengubah diet mereka sendiri. Menyebabkan paras kolesterol akan sentiasa meningkat.

Walaupun doktor akan membekalkan ubat untuk mengatasi dan mengurangkan paras kolesterol didalam darah, namun apabila kita mengambil ubat-ubat ini untuk satu tempoh yang lama maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik keatas dinding perut kita. Dinding perut terutama lapisan mukosa akan menipis and akan mendedahkan dinding perut kepada asid-asid yang dirembeskan. Ia akan menyebabkan keadaan dipanggil gastrik atau ulser perut. Kesannya akan menjadi semakin teruk jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk melindungi perut kita.

cuka epal

Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol secara semula jadi ialah dengan meminum cuka epal atau apple cider vinegar. Dengan mengamalkan satu sudu apple cider atau cuka epal setiap hari selama tiga puluh hari anda berkemungkinan untuk menurunkan paras kolesterol anda sebanyak lima point dan sehingga setahun anda akan mampu menjadikan paras kolesterol anda menjadi normal semula. Disamping itu berat badan anda juga akan berkurangan.

Entri kaitan:

Leave a Reply