facebook

Tukar Hobi Update Status Sia-Sia Dekat Facebook Jadi Duit

Facebook memang platform yang mampu beri anda duit poket sekiranya anda tahu rahsia yang peniaga online biasa guna. Masalahnya, tak ramai pun peniaga online yang nak dedahkan rahsia mereka dah guna. Tapi, jangan sedih dulu.

Relax, rezeki masing-masing. Tak payah sibuk buang masa nak korek rahsia peniaga online Facebook tu sebab kebarangkalian mereka nak kongsi rahsia mereka jana duit poket memang sangat tipis. Lebih baik anda teruskan saja baca artikel ini walaupun peluang nak dapat rahsia pun sama juga. Tipis (hahahaha)

facebook
facebook

Tapi, sekurang-kurangnya saya akan cuba beri anda sumber-sumber rujukan yang anda boleh follow. Kalau tak dapat duit poket beribu dengan Facebook pun, sekurang-kurangnya dapat juga beratus atau berpuluh. Tak percaya? Masalahlah kalau tak nak percaya. Buka mata dan buka sikit hati tu untuk percaya ya.

Bukan tak boleh nak update status dekat Facebook tapi kalau rasa-rasa update tu tak mengembangkan otak siapa-siapa, lupakan sajalah. Tak perlu nak tayang muka anak setiap 30 minit, tak perlu nak update perasaan sayang dekat boyfriend yang belum sah jadi suami pun atau apa saja. Orang tak suka!

Selepas ini, anda boleh update link Affiliate dan sekiranya ada yang klik link affiliate anda, anda dapat duit! Saya tak ada niat nak terangkan lebih lanjut berkenaan Affiliate tetapi anda boleh rujuk artikel 4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate ya

Selain update link affiliate di wall facebook anda, anda juga boleh register program says.com atau churpchurp dan kemudian anda update status anda dengan mempromosikan link mereka. Anda cuma perlu update status tu dengan gaya santai, dan bila orang klik, anda akan dapat komisen duit. Bila dah cukup minimum cashout, bolehlah anda cashout dan terima duit kopi! (tiada link promosi saya disini. jangan risau, klik saja dan daftar)

Last sekali dan ini adalah salah 1 rahsia yang memang saya guna untuk dapat duit dengan hanya guna Facebook. Saya jarang update status mengarut dan tak mendatangkan hasil dekat Facebook, tetapi saya banyak fokus pada rahsia ini. Rahsia berkenaan dropship yang sudah masuk 2 tahun saya jalankan hanya dengan Facebook. Anda boleh jadi master dropship dan kalau anda nak tahu lubuk rahsia gergasi dropship, boleh dapatkannya dengan google online.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *