free
web stats

Trip dan Pengalaman Ke Bandung di Indonesia

Hari 1

Kami bertolak dari Malaysia (KLIA2) pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia dengan menaiki flight Air Asia dan sampai di Husein Sastranegara International Airport pukul 8 pagi waktu Indonesia (9 pagi malaysia).

Jarak penerbangan lebih kurang 2 jam sahaja. Beza waktu kita dan waktu Indonesia 1 jam (kita lagi awal sejam dari sana).

bandung hussein airport

Keluar airport dah ada orang menunggu.

Ingatkan nak ke Tangkuban Perahu dulu tapi supir kami (Dadan) cakap baik pergi ke tempat lain dulu sebab hujung minggu entrance fee sana mahal.

Entrance fee Tangkuban Perahu
Weekday : 200K rupiah
Weekend/public holiday : 300K Rupiah

Beza lebih kurang RM30 + duit kita tu.

Jadi kami change plan untuk ke kawasan Ciwidey dahulu untuk hari ni iaitu termasuk Kawah Putih.

Tapi nak ke Kawah Putih ni pun sesak juga jalan dia. Dia suggest kami shopping dulu sebenarnya. Tapi nak shopping terus bila baru je sampai Bandung macam tak ada mood lagi. Terlalu awal untuk mood shopping tu ada.

Mood sekarang yang ada lebih kepada nak explore alam semulajadi di sana.

Jadi kami teruskan je niat untuk ke Kawah Putih dulu. Jarak perjalanan memakan masa 2-3 jam.

Si Dadan ni pula asyik tukar jalan sebab memang sesak, jadi masa perjalanan kami ke sana hampir 3-4 jam juga lah.

Jem sana sini sebab dia cakap hujung minggu biasanya orang Jakarta akan turun ke Bandung untuk shopping dan jalan-jalan jadi memang sangat jem lah bila sampai hujung minggu.

Itu yang dia suggest kami shopping dulu hari ni, tapi kami tetap dengan plan nak ke Kawah Putih juga. Rela dalam terpaksa la supir kami ni.

Beli SimCard Simpati

Sebelum ke sana, kami singgah beli simcard dulu. Senang bila nak guna internet untuk google benda yang penting sepanjang di sini. Harga internet di sini agak murah.

simcard simpati

Simcard SimPATI 12GB = 75K Rupiah (~RM25). Gila murah kan! Dekat Malaysia ni kalau Celcom plan yang aku guna 2GB ja sudah perlu bayar RM38. Sangatlah mahal.

Kami beli simcard ni sebab nak guna internet saja. Jadi aku buatkan hotspot di phone aku dan kami just on wifi saja.

Makan Tengahari Di Saung Andir

saung andir

Selesai beli simcard, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Selatan Bandung. Kami sempat singgah makan di Saung Andir yang terkenal dengan Ayam Brengsek (bak kata supir kami).

Kenapa dipanggil ayam brengsek? Katanya sebab terlampau pedas masakan ayam tu. Kami dengan perut yang lapar (last makan masa pukul 4am di airport) jadi terus lah excited nak makan lepas dengar nama menu tu.

saung andir menu

Kawasan sekitar Rumah Makan Saung Andir

saung andir restoran

Kami order :

  • Ayam Brengsek
  • Ikan Gurame masak Asem manis
  • Sup Daging Sapi
  • Tahu goreng
  • Tempe Goreng
  • Nasi Putih

saung andir masakan

Untuk 3 orang makan saja ni. Syukur Alhamdulillah kenyang sangat. Cuma penat nak habiskan.

ayam brengsek

Ayam Brengsek yang merupakan ayam kampung digoreng bersama cili hijau. Ayam ini best, daging tak keras pun walaupun ayam kampung, rasa amat sedap.

sup sapi

Sup daging sapi. Kecil gila portion dia dan daging pun tak banyak sangat. Maca lemak yang banyak. Tapi sup dia sedap!

toufu

Tahu goreng. Aku seorang saja yang terpaksa habiskan 4 biji tahu tu. Kenyang sangat…

Total makan di Saung Andir : 270K Rupiah (3 orang)

Kawah Putih, Ciwidey

Perut pon dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih pula. Masa perjalanan dari sini ke Kawah Putih cuma dalam 30-45 minit sahaja. Kami sampai di kawah putih dalam 12.30pm.

Bayar entrance fee 65K Rupiah seorang (termasuk angkut). Naik angkut ke atas lagi dalam 10 minit.

kawah putih

kawah putih naik angkut

Kawasan menunggu untuk naik angkut. Masa bayar entrance fee tu, mereka ada bagi satu kad, dan kad tu perlu diberikan di sini.

kawah putih 2

kawah putih 4

Tangga menuju ke Kawah Putih..

Malangnya, cuaca kurang baik. Hujan pula masa ni. Banyak yang tawarkan payung dengan harga 10-20k rupiah (sewa sahaja) dengan mask.
Aku tak beli pon mask tu. Sanggup hidu bau belerang. Haha
Azie beli satu payung, aku share je dengan Azie..
malas nak membazirkan duit sewa payung..
sanggup lagi redah hujan..nasib baik renyai-renyai je hujannya..

Di situ kami spend masa 30 minit bergambar. Ada juga orang menawarkan servis mengambil gambar siap dapat gambar sekali dengan harga RM6/20k rupiah..
Kami tak ambik pon servis tu. Bergambar sendiri dan mintak tolong pelancong lain ambilkan..

orang ramai waktu ni..hujan-hujan pon penuh orang kat sini..

layankan je gambar kat bawah ye..

kawah putih

kawah putih 6

kawah putih 7

kawah putih 11

Rumah Kain Sulam

Niat nak ke ladang teh dan strawberi lepas tu. Tapi cuaca tak baik, jadi terpaksa skip dan balik bandar saja dulu sambil singgah di tempat jual kain sulam pula lepas ni.

Jalan macet gila jem. Kami sampai di rumah kain sulam tu dalam pukul 5.30pm. Terus kami cari toilet dan tempat solat sebab dah nak masuk magrib masa tu.

kain sulam

Rumah kain sulam. Keadaan agak bersepah sebab kata mereka pelanggan terlampau ramai hari ni sampai staff sendiri pon tak sempat lunch.

kain sulam

Bahagian atas rumah kain sulam..
kami tumpang solat di sini.. ada kain telekung dan sejadah disediakan di satu sudut rumah ni..

dah siap solat semua, baru kami mulakan sesi shopping pula..

Kat rumah kain sulam ni katanya harga kain sulam lagi murah dan berkualiti sebab owner kedai ni memang ada kilang kain sulam sendiri dan kilang dia juga yang bekalkan kain sulam untuk dijual di Pasar Baru, Bandung..

Kat sini, ada pelbagai jenis kain dan barang dijual termasuklah,

  • Kain pasang (mostly kain pasang sulam)
  • Kain Telekung
  • Baju Kebaya
  • Baju melayu
  • T shirt Bandung

dan juga mengambil upah menjahit baju sekali..

kain sulam 5

Harga kain pasang..
harga asal seperti di atas..
Tapi untuk hari tu, diberi diskaun untuk setiap jenis kain tersebut..

kain sulam 2
Banyak sangat kain sulam yang cantik.Rambang mata aku dibuatnya. Nasib baik tak berniat nak shopping kain pasang di sini.Jadi aku cuma beli sepasang saja untuk aku.

Lepas dah dapat apa yang dicari, tak boleh tengok lebih-lebih lagi. Nanti berkenan kain yang lain pula susah.

Sambil memilih kain, sempat juga staff sana tanya nak minum apa..
kami mintak air kosong je lah..

Aku shopping kain pasang satu (kain cotton prada) dengan harga 155k rupiah & sepasang kain telekung 135k rupiah (sebab tak bawak kain telekung dari malaysia)..

Total shopping day 1 = 290k rupiah

ingatkan nak upah baju sekali di sini sebab katanya boleh siap dalam sehari dan dihantar terus ke hotel bila dah siap..
Tapi nasib aku kurang baik, orang yang nak menjahit dah balik rumah sebab nak siapkan tempahan yang banyak..

Makan Di Bakso Malang Langgeng

Dah puas shopping, perut pon dah lapar..masa ni jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Dadan (supir kami) bawak kami makan di Bakso Malang Langgeng(BML).

Bakso Malang Langgeng

cuaca malam tu..hujan renyai renyai..

Menu utama yang ada disini semestinya lah bakso..
pelbagai jenis..
boleh tengok menu di bawah..

BML

BML menu

Aku tak tau nak order apa..rasa lapar sangat tapi tak rasa macam nak makan nasi..
Jadi aku pilih bakso Paket B dengan harga 20.5 K rupiah..

bml 5
Macam jenis bakso yang ada..kering la goreng la..
Sup dia sedap la..tapi tak rasa macam nak makan lagi dalam masa terdekat..haha

paket bakso yang aku pilih diberi air teh botol ni sekali..
not bad air dia..rasa macam air teh biasa..bezanya cuma dalam botol..

Azie pon ambil bakso macam aku, Fatin makan nasi goreng..
nasi goreng dia tak best sangat sebab rasa macam lembik sikit nasi dia..

Check In Zodiak Hotel

zodiak hotel

Siap dah makan..kami bergerak untuk ke Hotel Zodiak..Hotel yang bakal kami tinggal selama 4 malam di Bandung..
Hotel ni bukan aku yang pilih, tapi dah termasuk sekali dalam pakej supir yang kami sewa..
memang jimat di situ kan..

Hotel Zodiak yang kami stay ni terletak di kawasan Kebun Kawung, sebaris dengan kedai Kartika Sari..
Boleh jalan kaki je kami dari hotel ke Kartika Sari..

bilik hotel zodiak

hotel zodiak 2

Tak banyak gambar diambil sebab masa ni dah terlampau penat. Nampak katil saja terus nak tidur.

Apa yang best kat hotel ni?

– WIFI laju
– Breakfast disediakan

Apa yang kurang best?

-bilik agak kecil, dan takde tingkap

Yang lain tu aku rasa ok je..selesa je duduk sini..

oklah, tamat sudah cerita hari pertama kami di Bandung.

Hari 2

Bangun pagi pukul 5 pagi, mandi dan solat subuh. Subuh masuk awal kat sini 4.30pagi.

Lepas mandi dan solat sempat lagi aku online guna laptop download drama korea. Buat simpanan untuk balik Malaysia nanti. Wifi di sini banyak laju dan tu yang best mendownload movie.

Makan Sarapan di Zodiak Hotel

Dalam pukul 6.30 pagi, kami pergi turun breakfast dulu di kafe berhampiran lobi hotel.

breakfast in hotel

Ramai juga orang masa ni..kebanyakan memang orang Indonesia. Hari ni masih hujung minggu (ahad) jadi maybe orang Jakarta la kot. Orang Malaysia pun ada juga tapi tak ramai sangat.

breakfast hari ke2

Breakfast kami hari ke-2 di Bandung. (hari pertama breakfast di Hotel Zodiak)

-ada kuey teow goreng, nasi ? goreng tak sure haha
-ayam masak kicap
-tauhu goreng
-kerepek
-roti bakar
-bubur

minuman? ada air kopi dan teh.

Siap breakfast, terus naik hotel dan sambung tidur balik.
Supir cakap pukul 9 pagi baru akan bergerak hari ni.

Jadual kami hari ni ialah shopping!!
Hari kedua baru la ada mood shopping sikit..kalau tak shopping hari ni, tak tau nak pergi mana dulu..sebab kalau ke arah tangkuban perahu nanti jalan JEM dan entracec fee MAHAL dari harga biasa.

Shopping Di Pasar Baru

Tempat pertama kami pergi ialah Pasar Baru, tempat yang memang semua orang dah sedia maklum syurga shopping di Bandung ni.

pasar baru

Sepanjang membeli belah di sini, ada seorang crew Kiki yang menjadi guide kami. Dia akan bawa kami ke tempat barang yang kami nak beli.
Nama dia Roni..
Sangat memudahkan untuk kami shopping di sini. Nak ape je, terus sampai ke kedai barang tu. Tak payah sakit kepala cari setiap lantai (tingkat).
Yang bestnye Roni siap tolong angkat barang kami lagi.
Mudah sikit nak berjalan. Hehe

Tempat pertama kami singgah ialah kedai kain pasang.
Di sini aku terjebak beli sepasang lagi kain sulam dengan harga 150k rupiah.
Cantik sangat kainnya, rambang mata kami.

Kemudian kami dibawa ke kedai telekung pula. Di sini, Azie je yang shopping. Aku tak beli apa-apa dah sebab dah beli telekung kelmarin. Walaupun design dan pattern dia sangat cantik dan pelbagai jenis aku berjaya juga menahan nafsu daripada membeli. Haha. Tahniah buat diri sendiri.

Kami menuju ke kedai menjual T shirt/ souvenir bandung. Kat sini, aku beli 10 helai T shirt dan sepasang T shirt budak untuk adik sepupu aku.. Harga dia pon berbaloi la dengan kualiti kain..

Kemudian kami menuju ke kedai menjual batik dan kain pelekat pulak. Di sini memang tempat aku je untuk shopping. Mak aku dah pesan siap-siap beli kain batik dan kain pelekat untuk ayah aku.

-mak aku pesan kain batik Doa Ibu, tapi mereka cakap dah takde dah kain batik keluaran Doa Ibu..Jadi aku beli la brand lain yang famous kat sana..
Kat sini habis hampir 1 juta rupiah..nanges kejap..haha

Dah habis shopping barang-barang, kami singgah shopping makanan/ole ole pula.

kerepek 3

Kami dibawa ke tingkat paling bawah sekali untuk beli makanan ole ole untuk dibawa pulang ke Malaysia.

kerepek tester

yang bestnye, korang boleh rasa dulu kerepek mana yang korang nak beli..
kalau sedap, boleh beli..
kalau tak, rasa je lah..haha

pisang salai

Pisang salai.. yang sebelah kanan sekali tu..
sebab utama kami ke sini nak beli pisang salai tu je..tapi terjebak beli kerepek lain juga..
Fatin yang nak beli pisang salai tu, sebab kakak dia pernah beli pisang salai kat bandung juga dulu dan mereka pesan pisang salai tu.. katanya sedap..tapi memang sedap pon sebenarnya..

Dah siap shopping di pasar baru. Kami singgah ke Toko Tiga pulak.

Toko Tiga

toko tiga

Dah sampai di Toko Tiga..
Supir kami parking di seberang jalan, jadi kena lah melintas untuk ke sana..
fuhhh..scary kot nak melintas jalan kat sini..

toko tiga 3

Kat sini, barang yang dijual ialah barangan branded terutamanya jeans..
Toko Tiga ada 2 tingkat..
bahagian bawah, ada jeans dan T shirt, bahagian atas pon lebih kurang sama juga..

Kat sini nasib baik tak de benda yang aku berkenan. Hanya azie dan fatin je yang shopping kat sini. Aku hampir terbeli juga tapi nasib baik takde saiz.. Fuhhh

terjadi lah sesi bergambar di bawah sementara menunggu Fatin membeli belah..

Destinasi seterusnya. Mestilah isi perut. Jam pon dah hampir pukul 2pm, perut pon dah berkeroncong kuat.

Makan di Ayam Penyet Surabaya

Kami singgah makan di kedai nasi ayam penyet surabaya.
Masa kami datang memang penuh kedai ni. Siap ada yang beratur di luar lagi.
Ingatkan menuggu turn untuk masuk ke sini rupanya menunggu makanan tapau kot.

Masuk ke dalam, tak banyak meja kosong. Memang penuh orang kat dalam ni. Maybe sedap sangat kot makanan kat kedai ni. Haha

Aku makan nasi ayam penyet 25k rupiah & minum air jus mangga 15k rupiah. Ingat nak cuba jus alpukat tapi dah habis.

Ayam penyet dia best!!
4****/5* aku bagi..

Factory Outlets

Dah siap makan, kami gerak ke factory outlet pulak. Kami ke heritage dan beberapa factory outlet berdekatan situ.

factory outlet

Kami masuk cuci mata je. Tak mampu dah nak bershopping lagi..haha

Makan Batagor Dan Otak-Otak Di Gerai Tepi Jalan

Sekitar factory outlet ada makanan yang dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan..
Kami fikir 2 kali jugak nak makan situ tapi akhirnya decide utk makan situ jugak sebab bila fikir balik bila lagi nak cuba makanan yang dijual di tepi-tepi jalan macam ni.

batagor

Gerai Batagor yang kami singgah

Kami mencuba batagar dengan otak otak.. At last dapat juga kami cuba jus alpukat yang sangat cepat habis kalau kat kedai makan.

batagor

Batagor..
ada tauhu, pastu apa lagi ntah..tak tau nama..sedap jugak lah..

just alpukat

otak otak

Otak- otak dah sampai..

kecik je isi dia..tak banyak sangat..yang ni aku tak cuba..aku cuba yang goreng je..Boleh tahan la rasa dia.. tak tau nak describe camne..haha

Makan Malam Di Zodiak Hotel

Lepas tu balik hotel..Ingat nak beli makanan kat kedai depan hotel je..Dah sampai dalam bilik, haraplah nak keluar balik..

Dinner kami order dekat hotel je..senang kerja..
order, pastu tunggu dalam 30 minit dah ready boleh makan..

Azie order spaghetti – sikit sangat portion dia..

aku dan fatin order nasi goreng..
Aku punya nasi goreng gila, Fatin order nasi goreng kebun kawung..

Total kami spend untuk dinner around 160K rupiah kot termasuk tax..
mahal macam kami makan dekat kedai ni je..

itu ajelah untuk hari ke-2 kami di Bandung..shopping sahaja..

bihun dan nasi goreng

Hari 3

Bangun pagi, mandi, solat dan turun breakfast dalam pukul 6.20am macam tu..

breakfast day 3

Ada bihun goreng, nasi putih, tahu goreng, dan telur dadar..
-rasa dia biasa je..
-bihun dia tak best sebab keras sikit dan tawar..

kena makan banyak sebab banyak nak pergi banyak tempat nanti..

Dah siap breakfast, naik bilik lepak-lepak sambil google tempat-tempat yang bakal kami pergi nanti.

Tepat jam 9am, kami turun ke lobi hotel untuk ke destinasi seterusnya di hari ke3 kami di bandung.
dibawah ni adalah senarai tempat yang kami pergi hari tu..

TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

1)Farm House
Entrance Fee : 20k Rupiah
Parking: 15k Rupiah (seorang 5k rupiah)
-boleh redeem milk/sosej

2) Tangkuban Perahu
Entrance Fee: 200k
Parking : 20k Rupiah (seorang 8.3k rupiah)

3) Grafika Cikole
Entrance Fee: 15k Rupiah
Parking : free
-dapat redeem kuih (tempe grg, pisang grg, tahu grg)

4) Kopi Luwak (musang)
-Minum kopi 25k Rupiah (share 2 org, harga asal 50k)

5) Makan di KLC Resto
Total makanan : 149.500 rupiah (3 org)

6) Floating Market
Entrance Fee : 15k Rupiah
Parking : macam free
– dapat air percuma segelas

7) Dusun Bambu
Entrance Fee: 20k rupiah
parking : 15k Rupiah (seorang 5k rupiah)

8) Rumah Mode
Shopping 3 blouse + 1 seluar+ 1 pen = 672.5k rupiah

ini antara tempat yang kami pergi.

Farm House di Lembang

Tempat pertama yang akan kami singgah ialah Farm House, Lembang.

ke farm house

jalan menuju ke sana..banyak tuk2 di sini..

Tak sampai 45 minit perjalanan kami dari Zodiak Hotel ke Farm House..walaupun ada juga la macet sedikit..

tempat parking di Farm House.
ramai la juga orang walaupun weekday..

farm house tiket

tiket masuk ke Farm House yang berharga 20k Rupiah..

farm house 3

dah siap redeem susu, terus lah masuk ke dalam..
cantik dan tenang je tempat ni..

farm house 6

farm house 8

rupanya kedai souvenir..
ada banyak benda yang cute miut dalam ni..
nasib baik tak terpengaruh untuk beli..

farm house 10

kat belakang kedai sovenir ni ada taman kecil ni pula..
nampak tak ada love lock dekat pagar situ?
teringat Korea pulak tetiba..

farm house 13

love lock tu terdapat di sepanjang pagar yang menuju ke atas tu..

farm house 19

ni tak tau rumah apa..nampak macam rumah ala ala british sikit..

farm house 25

farm house 26

farm house 28

farm house 30

Tangkuban Perahu

Dari Farm House, Lembang kami bergerak untuk ke Tangkuban Perahu pulak..
Aku tak ingat berapa jauh tapi tak sampai 30 minit juga nak ke sana..sekejap je tengok-tengok dah sampai..

tangkuban perahu

tiket masuk ke Tangkuban Perahu : 200K Rupiah

Dah sampai situ, kena beli tiket masuk ke Tangkuban Perahu dengan 200K Rupiah seorang..
Harga tiket berubah mengikut hari..kalau weekend lagi mahal, kena tambah 100K Rupiah lagi..

tangkuban perahu 2

Sedikit info mengenai Tangkuban Perahu..

Untuk sampai ke Tangkuban Perahu dari tempat membeli tiket tadi lebih kurang 10 minit pulak..
di sini tak payah naik shuttle ke apa ke, sebab boleh drive guna kenderaan sendiri..

tangkuban perahu 3

sepanjang perjalanan ke atas, kami buka tingkap kereta..
segar je bila angin menyerpa muka…sejuk!

gunung tangkuban perahu

inilah kawasan Tangkuban Perahu !

ramai juga pelancong yang datang masa ni..
tapi kebanyakan dah nak turun dari Tangkuban Perahu..kami yang baru nak masuk..

tangkuban perahu 5

SUBHANALLAH…cantik sangat…

air yang berwarna biru tu terjadi disebabkan hujan yang turun dan bercampur dengan sulfur di situ dan terjadi lah air biru yang cantik tu..

turun je kami ke kawasan Tangkuban Perahu tu, ada je orang offer nak ambil gambar..
sebelum ke sini, supir kami (Dadan) dah pesan jangan beli apa-apa barang yang orang kat sini jual sebab harganya terlampau mahal. Jadi kami berhati-hati la time kat sini..

Tapi time orang tu offer nak ambilkan tiba-tiba terus terpengaruh..
dia siap tunjuk lagi kad kerja dia, katanya dia memang pekerja kat sini..
jadi semua gambar aku, diambil oleh orang tu..
tak payah sibuk nak berselfie sendiri haha

time ni Azie dengan Fatin pon dah sibuk bergambar..pekerja kat situ juga yang dok mengambil gambar mereka..

tangkuban perahu 12

yang kawasan berbumbung tu kedai menjual souvenir dan kedai makanan..

tangkuban perahu 19

kawasan ni ada bermacam jenis batu arang..
orang tu rajin benar cerita, tapi aku macam dengar tak dengar je..
sebab masa ni sambil dia cerita dia tengah paksa beli barang yang dia jual..
tasbih batu ape entah..aku lupa sebab aku memang tak ambil kisah sangat..

tangkuban perahu 20

dah puas bergambar kami terus bergerak ke kereta..
tapi nasib baik sempat juga duduk depan ni sambil layan feeling..
sepanjang kami nak ke kereta, kami dikejar oleh mereka tu sambil memaksa kami membeli tasbih yang dijual..
nasib baik kami kuatkan hati kami dan ignore je mereka ni..
Alhamdulillah, kami berjaya melepaskan diri..

p/s : aku ingatkan nak bagi la tips untuk orang yang tolong ambil gambar ni, tapi disebabkan mereka terlampau memaksa untuk membeli tasbih tu, terus aku tak jadi..
takut nanti mereka cas harga tasbih tu pulak..huhu..
jadi kalau korang nak pergi ke sini berhati-hati lah tau..

tempat ni is MUST VISIT PLACE in Bandung tau!

lagi satu.. Tangkuban Perahu ni ada sejarah/kisah lagenda tau..boleh google kalau nak tau..

Grafika Cikole

grafika cikole

dari Tangkuban Perahu, kami singgah pula di Grafika Cikole..
tempat ni sangat cantik, nyaman dan tenang..sesuai untuk nak berpiknik dan menghilangkan stress..
pelbagai aktiviti juga boleh dibuat di sini..tapi kami cuma jalan-jalan ambil gambar je..kira melawat tempat saja lah kiranya..

Entrance Fee: 15k Rupiah
Parking : free

-tiket boleh redeem pisang goreng/tempe goreng/tahu goreng

ok, layan aje lah gambar di bawah ye..

grafika cikole 2

grafika cikole 60

grafika cikole 10

kami spend masa lebih kurang 30 minit je kat sini..
lepas tu kami pegi minum kopi pula..kopi ape?? kopi musangggg..haha

Kopi Luwak (Musang)

Dari Grafika Cikole, kami bergerak untuk ke kedai kopi luwak pulak..
luwak adalah musang dalam bahasa indonesianya..
kedai kopi ni satu jalan je dengan Grafika Cikole tu..

kopi luwak 1

signboard Kopi Luwak di tepi jalan..
kedai tu actually agak dalam sikit..kena masuk lagi dalam 3-5 minit..

kopi luwak 3

sampai je sana, kami disambut mesra oleh staff kedai Kopi Luwak ni..
dengan semangatnya staff dia ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan kopi luwak ni..

binatang musang

kami juga berpeluang mengambil gambar musang yang ada di situ..
ada 2 ekor musang yang dilepaskan (tak diletakkan di dalam sangkar)..
sangat jinak 2 ekor musang ni..
sekor sangat chubby, sekor lagi kecik je..

kopi luwak

cara pemprosesan kopi luwak..

kopi luwak 11

kopi luwak 5
sangkar yang disediakan untuk musang mengawan..

kopi luwak 12

sijil pengiktirafan HALAL kopi luwak..

kopi luwak 8

ada tempat lulur dengan kopi juga di sini..
kami tak cuba, sebab malas haha..

kopi luwak 13

dah siap mendengar cerita mengenai kopi luwak, kami ditawarkan untuk mencuba sendiri rasa kopi luwak ni..

ada 3 jenis kopi luwak ni..kami ambil yang biasa je..
satu sachet berharga 50K rupiah..

aku dan Azie kongsi satu sachet tapi dibancuh dengan 2 cawan..kopi ni sangat pekat kot..
walaupun dibahagi 2, still terasa kepekatan dia.

kopi luwak 14

kami turut diberikan dessert yang bulat tu..tak ingat apa nama dia..
tapi macam ubi kayu bersalut coklat..sedap!

dapatlah merasa seorang sebiji..

kopi luwak 15

hampas kopi luwak..
ini lah yang diambil dan dibuat lulur kopi..

dah siap minum kopi, kami tumpang solat kejap kat situ dan seterusnya kami ke kedai makan.

Makan Tengahari di KLC Resto

perut pun dah lapar.. jadi Dadan singgah di satu kedai makan ni, namanya KLC Resto..
besar kedai makan ni..ada ruang makan di bawah dan di atas..
kami pilih di bahagian atas sebab nak duduk bersila..

klc resto

menu restoran KLC Resto

klc resto 4

klc resto 2

tak ramai sangat orang masa ni..
kami je yang duduk di bahagian bersila ni..

klc resto 5

yeayy…makanan dah sampai!!
aku dan Fatin ambil menu yang —>Nasi Timbel Komplit..

Floating Market Lembang

selepas lunch, kami terus menuju ke Floating Market Lembang.. first time aku nak ke floating market so memang rasa sangat excited..

floatign market

tapi sebelum masuk, kena lah beli tiket dengan harga 20K Rupiah/seorang
tiket ni boleh redeem secawan minuman tau..

floatign market 2

tempat penukaran coin..
sebelum tukar, kena fikir betul betul dulu tau sebab coin di sini TAK BOLEH REFUND..
so kami skip juga bab tukar coin ni sebab masih kenyang..

floatign market 3

dah masuk ke sini, kami jalan jalan dulu pusing kawasan sekitar sambil bergambar..
belum nampak lagi rupa floating market time ni..
tak dapat lagi nak bayangkan macam mana..

floatign market 4

floatign market 5

floatign market 8

berhenti sekejap bergambar di tepi tasik..

floatign market 10

floatign market 12

ok, mari lah kita bergerak ke floating market pula..
tak sabar!

floatign market 14

sampan yang menjadi trademark di Floating Market Lembang

floatign market 29

floatign market 16

akhirnya, sampai juga kita di floating market..
haa, pilih lah gerai mana yang korang nak makan..

floatign market 17

kami buat satu pusingan dulu untuk pilih apa yang kami nak makan..

floatign market 18

floatign market 21

floatign market 24

floatign market 26

floatign market 27

gerai yang menjual pau comel-comel..
ok, ni target kami yang pertama nanti..

floatign market 31

tasik yang dikelilingi dengan gerai-gerai makanan

floatign market 33

dah sampai di tempat penukaran coin..
korang jangan risau, ada 2-3 tempat untuk tukar coin ni..
jadi kalau tak nak tukar awal awal, nak tukar kemudian pon takpe..

floatign market 35

kami tukar coin sebanyak 50K rupiah

floatign market 37

floatign market 38

floatign market 42

Kami beli crispy jamur 15K rupiah

floatign market 43

tahu susu crispy 15K rupiah

floatign market 47

crispy jamur.. sedap jugak, rangup rangup je..

last sekali..
sebelum balik kami redeem secawan air..air panas ada, air sejuk pon ada..

Dusun Bambu

Selepas ke Floating Market Bandung, kami meneruskan perjalanan ke Dusun Bambu pula..
hari dah makin gelap.. mulanya kami macam undecided sama ada nak terus ke Dusun Bambu atau tak sebab masa tu dah lambat dan hujan dah mula turun rintik-rintik..

akhirnya kami decide untuk pergi juga ke situ memandangkan takut tak sempat untuk pergi di hari lain..

Sampai di sana, kami berhenti di tempat ni (gambar di bawah)..
Dadan drop kan kami di sini dan dari sini kami naik shuttle van yang disediakan untuk masuk ke dalam Dusun Bambu..

dusun bambu 1

Bambu maksudnya buluh..

dah sampai, kena beli tiket masuk pula..
15K Rupiah seorang + 15K Rupiah untuk kereta (dah bayar di pintu masuk besar Dusun Bambu)

dusun bambu 2

peta kawasan Dusun Bambu
luas juga tempat ni rupanya..

tak banyak tempat yang kami lawat sebab masa ni gelap (tak banyak lampu disediakan)

dusun bambu 5

tempat sarang burung yang femes tu..
gambar tak clear sebab keadaan sekitar gelap T_T

dusun bambu 6

dusun bambu 7

tempat ni pun cantik sebenarnya..
cuma bila dah malam gambar tak berapa clear dan pencahayaan tak bagus..

Rumah Mode

Dari Dusun Bambu, kami bergerak untuk ke Rumah Mode pula..kecewa sebab hujan dan gelap di Dusun Bambu..
Rumah Mode tu ape? Haa, Rumah Mode merupakan tempat shopping yang famous dan wajib korang pergi kalau ke Bandung.. Kat sini banyak pakaian branded dari Indonesia.. Harganya pun boleh tahan lah..

Kawasan dia agak besar, rambang mata juga lah time memilih ni..
Aku shopping 3 jenis blouse dan 1 helai seluar di sini..
Total dalam 600+ K Rupiah.. silalah convert sendiri ye..lol
dalam RM200+ jugak lah..

rumah mode 2

Tak lama pon di sini, dalam sejam begitu je..
Habis shopping, terus balik sebab kepenatan..
Tapau makanan depan hotel yang kami stay saja (beli chicken chop + sate padang, sedap!)..
malas nak cari kedai makan lagi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *