Ikan bakar pastinya sesuatu hidangan istimewa, setelah merasa diri dengan banyak ikan bakar di tempat yang berlainan, saya mengambil keputusan untuk tulis pilihan ikan bakar yang saya rasa paling top bagi saya.
Senarai di bawah adalah Top 5 ikan bakar yang saya amat nikmati.
1. Ikan Bakar Lorong Melaka KL | Sedap lagi Berbaloi
Ini merupakan ikan bakar yang selalu saya makan yang paling hampir dengan office saya. Lokasi kedai ini adalah di Lorong Melaka, sekitar 200 meter dari Masjid Jamek, terletak di belakang Restoran Al-Wira (kini dah tutup).
Lorong Melaka di Kota Kuala Lumpur
Kedai tiada papan tanda tetapi di luar tempat ini ada signboard ‘Masakan Asam Pedas Melaka’
Ikan sedang dibakar
Pilihan makanan lain selain ikan bakar
Cuma perlu berjalan sekitar 10 minit dari pejabat, masakan yang dihidangkan termasuk ialah masakan asam pedas melaka tetapi paling menarik perhatian saya untuk datang makan di sini adalah ikan bakarnya. Terdapat pilihan ikan seperti ikan keli, pari, kembung, cencaru dan talapia.
ikan pari menjadi pilihan
Apa yang saya suka adalah ikan ini dibakar dengan rempah istimewa dan dibalut dengan daun pisang. Bila siap dimasak, rempahnya yang mengering turut boleh dimakan. Memang rasa rempah itu menaikkan lagi rasa ikan yang memang telah sedia segar. Dicicah dengan sambal kicap dan bawang, memang lengkap lah pakej ikan bakarnya.
Namun, yang paling saya suka ialah harganya, dengan saiz yang memang puas untuk dimakan, harganya cuma RM 5. To be honest, this is one of the best ikan bakar I’ve ever eat.
Tapi semua tahu yang terbaik itu tidak semestinya terkenal. Tapi kalau terkenal mungkin naik pula harganya nanti. Selamat mencuba makan di sini. Buka semasa makan tengah hari pada waktu 11:30am hingga 2:30pm.
2. Ikan Bakar Sedap Bagan Lalang
Masa dulu saya datang ke Bagan Lalang adalah untuk menghayati sunset di pantai Bagan Lalang. Kali ini saya ajak kawan saya dan kali ni memang lagi banyak menu, lagi banyak makanan laut yang dipilih.
Restoran HM Sri Bagan juga menjadi pilihan hati. Saya telah memilih port yang paling hampir dengan pantai. Memang menarik dapat saksikan mentari bertenam di ufuk barat sambil menjamu selera. Mari saya kongsikan apa yang telah kami makan.
Ikan Siakap Bakar
Lala Masak Halia
Ketam Masak Berempah
Pepahat masak Bercili
Udang Masak Butter
Kerapu Stim Asam Boi
Kerang Masak Serai
Overall rasanya memang sedap. Kecuali agak hampa dengan udang di uat masak butter instead of goreng butter. Other than that is of course the amount you have to pay. Tapi pastilah sudah saya jangka berapa nak kena bayar bila pilih ikan.
Semua saya bayar RM 180 bagi makan dan minum untuk 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.
Alamat : Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek,Sepang
Selangor.
No. Telefon : 03-31412895
3. Ikan Bakar Tanglin
Pernah saya makan ikan bakar di Jalan Tanglin sebelum ni, tapi memang sudah lama dahulu. Bila saya makan ikan bakar sedap belakang istana , ada kawan yang mengesyorkan ikan bakar ni, jadi saya pun luangkan masa rehat saya, bawa superbike 100cc terus hulu ke gerai Ikan bakar Pak Din di Jalan Tanglin ini. Kedainya bersebelah sahaja dengan nasi lemak terkenal di Tanglin.
Ikan Bakar Asli Pak Din
Khemah di luar food court sentiasa penuh
Apa yang jadikan ianya asli adalah bagaimana ia dibakar. Memang beginilah definasi sebenar ‘Bakar’.
ini baru betul bakar
Selain kelebihan dibakar secara asli, kelebihan yang ketara adalah air asamnya yg asli dan juga sedap. Cukup masam, cukup pedas dan cukup sedap, memang kena dengan ikan bakar yang dicecah bersamanya.
Air Asam yang Yummeh!
Buat keseluruhannya, ikan bakar Tanglin ni memang sedap. Cuma harganya tidaklah murah, untuk ikan pari seperti di atas (saiz sedikit besar) sahaja berharga RM 10. Untuk makan seorang campur air dan lauk lain, sudah tentu cecah RM 15. Kalau makan 2 orang kongsi barulah berbaloi. Jadi, boleh anda bercuba jika ada pergi ke sana.
4. Ikan Bakar Anjung Muara Sungai Duyung
Sebelah malamnya, selepas solat jamak dan rehat sekejap aku pergi makan malam dekat Ikan Bakar Anjung Muara Sungai Duyung. Restoran ini tidak jauh sangat dengan hotel aku. Dalam 30 minit untuk sampai ke sana dari hotel aku.
Kalau dari Melaka raya atau bandar hilir, kena ikut signboard Ujung Pasir dan Padang Temu. Pada aku agak susah nak menerangkan direction ke sana, lebih baik anda tanya budak-budak hotel. Senang skit untuk dapat direction yang betul.
Kami membuat keputusan untuk pergi makan dulu, balik umah baru jamak takkhir. Jadi sampailah ke restoran Ikan Bakar Anjung Muara Sungai Duyung. Waktu aku sampai ni pun orang sudah agak ramai.
Aku telah order ketam, sotong dengan udang. Ketam sekilo RM 30, sotong sekilo RM 20 dan udang sekilo RM 75. harga adalah harga siap masak.
Udang aku suruh buat goreng butter, tapi rasanya bukan apa yang saya harapkan, cuma masukkan butter pengganti minyak. Biasa udang goreng butter kan yang ada telur berjurai-jurai tu.
Ketam minta masak goreng cili. Ni pun pedas sangat, rasa tak ada, tapi best juga ketamnya besar dan segar. Sotong minta buat goreng tepung, rasa dia amat bagus. Jadi jumlah kena bayar (termasuk nasi dan air) RM 59.50. OKlah harga tu, sekali sekala nak makan mewah sikit.
Cuma 1 perkara, tandas kedai ni kotor. Anak aku pergi tandas, bila balik dia bagi tahu tandas sangat kotor dan dia sudah tak lalu nak makan lagi lepas tu.
Waktu bayar tu aku terus beritahu taukeh gerai ini. Hmm, dia tak minta maaf pun, macam buat abaikan saja aku punya aduan. Mentang-mentanglah orang ramai akan datang makan walaupun tandas kotor. Jadi, bagi mereka yang ingin datang makan di sini, lebih baik kosongkan dulu pundi kencing dan usus besar anda.
Lagi 1, nak datang sini lebih baik datang awal. Kalau tak, parking memang susah nak cari, kena parking jauh kalau lewat sampai. Nak dapatkan meja untuk makan pun jenuh beratur beb.
Aku nak keluar dari kawasan tu pun jenuh juga stuck dalam 20 minit. Ye laa, kanan kiri kereta parking, tinggal 1 kereta boleh lalu, lepas tu kereta banyak nak keluar dan nak masuk, mana boleh tak jam.
5. Ikan Bakar Sedap Belakang Istana
Salah satu tempat ikan bakar terkenal adalah di belakang istana. Sedap pun ya juga. Tapi paling utama ia medan ikan bakar yang dekat untuk kita sampai. Berikut saya ceritakan serba sedikit tentang pengalaman makan ikan bakar belakang istana yang turut dikenali sebagai jalan Bellamy.
Pilih gerai no.3 paling hujung, ramai orang beb
Nilah Puan Jonah, Taukeh kedai
Saya makan pari, agak2 berapa hargaya?
Ikan, Sotong sedang dibakar
Hasil Bakaran
Harga mengikut saiz, untuk yang saya makan, ikan pari bernilai RM 12 dan nasi dengan sambal tempe RM 2. Pada saya harganya Ok. Ada juga sotong, siakap, cencaru, keli, dan terubuk.
Dengan jarak di antara yang senang sampai di KL, pada saya harganya berbaloi.
Teringat ikan bakar simsim di Sandakan Sabah. Dulu kecil-kecil selalu ke sana. Kalau makan sana, mesti minta nasi tambah. Nasi pun percuma saja.