free
web stats

Top 5 Bandar Di Dunia Yang Paling Pesat Membangun

Manakah bandar di dunia yang paling pesat membangun kehadapan dengan kadar urbanisasi yang tinggi dan bakal dipenuhi oleh penduduk menjelang tahun 2020?

5 bandar yang dijangka pesat membangun adalah seperti berikut :

5. Kabul, Afghanistan

Migrasi dari kampung-kampung di Afghanistan ke Kabul telah meningkat naik sejak kebelakangan ini walaupun perang masih berlaku. Bank Dunia menganggarkan penduduk pada tahun 2004 tinggal di penempatan tidak teratur yang mewakili 2/3 daripada populasi kediaman di Afghanistan.

Purata peningkatan penduduk 2006 – 2020: 4.74%

4. Surat, India

Surat adalah pusat perniagaan bagi Gujarat and dikenali dengan industri tekstil dan mengilap permata. Dalam beberapa abad lepas orang hanya mengenali Mumbai tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini pembangunan bandar semain meningkat pantas.

Purata peningkatan penduduk 2006 – 2020: 4.99%

3. Sana’a, Yemen

Sana’a adalah bandar ketiga yang paling pesat membangun di dunia dan juga dikenali sebagai bandar bersejarah UNESCO di mana terdapat sejumlah 103 buah masjid dan 6,000 buah rumah yang di bina sebelum abad ke 11. Mula membangun pada tahun 70-an atas faktor perkembangan industri minyak di jiran bersebelahan Arab Saudi.

Purata peningkatan penduduk 2006 – 2020: 5%

2. Ghaziabad, India

Ghaziabad adalah bandar perindustrian yang paling pesat membangun atas faktor lokasinya yany terletak bersebelahan Delhi iaitu 19km ke arah barat.

Purata peningkatan penduduk 2006 – 2020: 5.20%

1. Beihai, China

Bandar paling pesat membangun di dunia iaitu Bandar Beihai yang terletak di daerah Guangxi, China. Dikenali dulu sebagai tempat persinggahan Sutera namun ianya kini dikenali kerana 24km Silver Beach. Kedudukan geografinya yang terletak berhampiran Vietnam, Hong Kong and Macao membolehkan ekonominya berkembang pesat disamping peningkatan dalam sektor pelancongan.

1 thought on “Top 5 Bandar Di Dunia Yang Paling Pesat Membangun”

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Saya harap suatu hari nanti saya boleh melancong ke salah satu tempat antara 5 diatas. Sedang belajar bahasa mandarin dan arabic, harap berguna semasa melancong. hihih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *