free
web stats

Tips Untuk Berjaya Adalah Ada Target Dan Usaha

Target aku dalam hidup adalah nak berjaya dunia dan akhirat. Dapat bawak mak pergi makan mee hailan tiap-tiap hari, bagi duit sekolah untuk adik-adik, ada masa untuk layan bebudak kampung, mampu senyum lebar walaupun ada masalah dengan berbini 3, nak ada rumah sendiri yang ada ruang khusus untuk solat berjemaah, boleh keluar memalam buta beli pensel adik tanpa ada perasan amarah dalam diri, dan yang selebihnya, malas nak tulis sebab banyak sangat.

Paling penting, ada masa banyak untuk beribadah, bawak femili ke Mekah, mampu tolong saudara-mara yang sedang berperang, boleh bantu orang dalam kesusahan walaupun aku dalam keadaan susah jugak, bayar bil elektrik surau atau masjid, belanja berbuka puasa ramai-ramai, nak bagi inspirasi kepada orang luar sana melalui blog dan channel youtube aku, bersedekah dengan nilai yang besar secara ikhlas dan banyak lagi.

tips berjaya
tips berjaya

Sebab itu pentingnya BERJAYA.

Berjaya bukan maksud dapat duit banyak, mampu beli itu ini tapi hidup diri kita yang hebat. Pemikiran positif, sentiasa mendalami ilmu, masa diisi dengan benda-benda berfaedah, ringan tulang dan selebihnya yang lebih kurang sinonim dengan sifat mahmudah.

Serius, kalau nak berjaya, kena ada target.

Tak kira besar atau kecil,wajib ada sebab tu sebagai point untuk anda kejar sampai boleh genggam.

TIPS UNTUK BERJAYA

Contoh diri aku, target kecil iaitu nak reti guna photoshop, target besar dari kecil adalah tambah duit poket, target besar adalah nak berjaya, paling cikai pun mampu buat design untuk baju dan boleh buat duit poket habis tidak satu order RM100 bersih bank in dalam akaun. Kalau dapat 20 order sebulan ?

Berjaya tak aku buat duit ? Berjaya la beb.

Target kecil lain adalah belajar coding laman web yang tak boleh tinggal noktah satu pun untuk bantu blogger-blogger lain yang bertanya supaya aku dapat jawab. Yes. Ada yang tanya dan sememangnya aku boleh bantu.

Berjaya tak ?

Berjaya la beb. Bukan berjaya buat duit, berjaya bantu orang. Kita bantu selesaikan masalah orang, Allah akan bantu kita balik. Kalau kita nak mak kita selamat, kita bantu mak orang lain dalam kesusahan. Kalau kita nak adik beradik kita berjaya, kita bantu adik beradik orang lain untuk berjaya. Kalau anda nak aku terus menulis blog nih, sila bantu diri anda terus baca dan komen, hahaha.

Bagi para siswazah yang baru tamatkan pengajian dan mencari pekerjaan, sila cari betul-betul sampai lobang cacing baka Australia, bila dah dapat, sila bekerja dengan rendah diri. Ingat, bekerja tu adalah ilmu dan pengalaman. Itu proses berjaya. Jangan bagi alasan, jangan mengeluh, buat, buat dan buat. Ya. Cakap memang mudah tapi aku dah alami DAN tak perlu aku nak cerita sini, kang meleleh hingus hijau terharu baca, hahaha.

Bila dah ada ilmu dan pengalaman, boleh cari pekerjaan yang sesuai dengan diri atau sijil ijazah anda. Dengan ilmu dan pengalaman anda bekerja selepas habis belajar, sedikit sebanyak boleh conteng dalam resume atau portfolio untuk dihadapkan pada bos-bos dompet tebal di syarikat kecil atau besar.

Target adalah ilmu dan pengalaman.

Bila ada target, fokus betul-betul. Disiplinkan diri untuk capai target tu dan bila dah capai, jangan goyang kaki, terus tetapkan target baru pula. Cakap tang disiplin, usaha kena ada. WAJIB! Tak boleh sunat atau harus. Usaha yang keras, betul dan istiqomah, insya Allah boleh berjaya. Kalau SIKAP bangun pagi pun dah terlepas subuh, solat dhuha dibiarkan begitu aje, tidakkah sudah rugi besar ?

Target aku yang lain adalah nak buat benda yang aku dari dulu lagi – buat video.

” Ala, solat dhuha sunat je pun “

” Oi oi, sunat tu la bertalu-talu rezeki datang dan bertambah tiap hari “

hard work

Usaha tu bukan takat usaha buat kerja, usaha ingatkan diri untuk berjaya, usaha jadi diri sentiasa bersemangat, usaha untuk buat solat sunat, usaha ringankan tangan untuk terus berdoa tiap hari, usaha tahan mata dari terlelap, usaha keras untuk ubah diri.

Usaha Usaha Usaha !!!

Tips yang lain ada lagi, boleh cari sendiri. Sila usaha, sila buat, sila tawakal.

# Bila dah genggam target, buat target baru yang lebih ohsem, repeat balik !

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Memulakan perniagaan mampu mengubah hala hidup anda. Tetapi pastikan bahawa perubahan yang anda lakukan mengikut strategi.

Penting bagi anda untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar perniagaan, panduan dan tip-tip usahawan yang praktikal tentang bagaimana untuk mencari pembiayaan perniagaan, memilih idea perniagaan atau bagaimana menjalankan perniagaan.

entrepreneur
entrepreneur

Besar atau kecil sesebuah perniagaan, konsepnya tetap sama iaitu jual dan beli sama ada dalam bentuk perkhidmatan atau produk.

Untuk menjadi usahawan kecil atau besar, mulakan dengan modal yang rendah dahulu. Pelajari tip-tip usahawan kecil melalui rakan-rakan perniagaan, membaca informasi terkini dari sumber-sumber yang berkaitan dengan bidang usahawan.

Tidak kira apa jenis perniagaan, anda harus menjadi fleksibel apabila memulakannya. Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu kita ikuti untuk memulakan bidang keusahawan yang anda ceburi.

Penilaian Peribadi

  • Mulakan dengan mengambil kira tentang diri anda dan situasi anda.
  • Kenapa anda mahu untuk memulakan perniagaaan?
  • Adakah kerana wang, kebebasan, kreativiti, atau beberapa sebab yang lain?
  • Apa kemahiran yang anda ada?
  • Apakah industri yang anda tahu mengenainya?
  • Jenis perniagaan yang anda sediakan sama ada perkhidmatan atau produk?
  • Apa yang anda suka lakukan?
  • Berapa banyak modal dan risiko yang perlu anda hadapi?
  • Menjadi usahawan sepenuh masa atau sambilan?

Jawapan kesemua soalan ini mampu memperkuatkan fokus anda dalam hala tuju perniagaan yang ingin anda jalankan.

Analisis Perniagaan

Sebaik sahaja anda membuat keputusan mengenai perniagaan yang sesuai dengan matlamat anda dan gaya hidup, anda perlu untuk menilai idea anda.

  • Siapakah yang akan membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Siapa yang akan menjadi pesaing anda?

Anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan perniagaan tersebut.

Mengikut syarat dan undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat beberapa cara untuk membentuk perniagaan anda. Samaada menjadi…

  • Sole proprietorship – pemilik tunggal
  • Partnership – perkongsian
  • Corporation – perbadanan berhad

Corporation memerlukan gabungan investment yang tinggi, tetapi pulangan keuntungannya cukup besar dan berbaloi.
Sebuah badan corporation entiti pemilik berasingan tetapi sah. Tanggungjawab bagi perniagaan adalah bersama. Jika sesuatu berlaku, anda tidak boleh disalahkan, secara peribadi ianya tanggungjawab bersama.

Anda juga perlu mendapatkan lesen dan permit perniagaan yang betul. Bergantung kepada perniagaan.

Insurankan perniagaan anda untuk tujuan keselamatan dan cari akauntan yang baik supaya untung rugi perniagaan dapat diselaraskan dan difailkan dengan baik.

Draf Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah satu keperluan. Walaupun anda membiayai dengan usaha sendiri, pelan perniagaan akan membantu anda memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan dan apa yang perlu dilakukan.

Pinjaman Kewangan

Bergantung kepada saiz usaha anda, anda mungkin perlu untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana firma kewangan atau bantuan daripada keluarga.

Sebaiknya anda sediakan modal simpanan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan sebagai persediaan aliran tunai sekiranya memerlukan anda menambahkan lagi modal perniagaan yang tidak mencukupi.

Trial And Error

Ia akan mengambil masa untuk mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu anda lakukan. Ikut pelan perniagaan anda, sentiasa bersikap terbuka dan kreatif. Jangan takut sekiranya anda membuat kesilapan.

Sekiranya anda berjaya menjadi usahawan kecil atau besar dengan hasil usaha anda sendiri, percayalah anda akan dapat rasa satu kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *