free
web stats

Tip-Tip Usahawan Kecil Rahsia Besar Cara Perniagaan Rasulullah

Setiap perkara atau pekerjaan yang kita ingin lakukan, pasti beserta dengan niat bukan? Sama juga dalam kes untuk menjadi usahawan. Semoga artikel Tip-Tip Usahawan Kecil Rahsia Besar Cara perniagaan Rasulullah ini bermanfaatlah sikit sebanyak ya.

Walaupun kita sebut usahawan kecil tapi kita kena ada visi yang besar. Visi besar, doa pun kenalah sesuai sikit.

usahawan
Kita ni, nama saja orang Islam tetapi sebenarnya kita sendiri tak mengamalkan cara berniaga yang betul dalam Islam padahal role model kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W sudah mengajar kita tip-tip usahawan yang kita boleh ikut untuk berjaya sama macam Baginda.

Pada saya, syarat utama untuk berjaya dalam bidang keusahawanan macam Rasulullah adalah dengan memasang NIAT DAN DOA yang betul sebelum mulakan sesuatu perniagaan. Niat ni macam-macam kita boleh niatkan ikut suka kita tapi sebegai orang Islam, niat paling baik ialah berniaga semata-mata kerana Allah.

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Ada orang berniaga dengan niat nak memiliki rumah besar, nak ada kereta mewah, nak ada tanah berekar-ekar. Eh, itu tak salah. Dalam Islam kita memang dituntut ya untuk menjadi orang kaya macam ini tapi sekali lagi niatnya mencari kekayaan untuk mendapat redha Allah. Ada harta bolehlah kita memberi pada orang yang kurang sikit taraf hidupnya. Dengan niat macam ini, walaupun kita disebut sebagai usahawan kecil tapi kecik-kecil pun duit dalam bank melimbun dan bermanfaat pastinya.

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”

Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah tidak suka pada perdebatan bila menjalankan perniagaan. Bezakan dengan usahawan zaman kita sekarang ini. Mungkin ada yang bersifat macam Rasulullah, bersabar dan tidak suka berdebat tetapi jumlahnya terlalu kecil. Kalau boleh, kita saja nak menang. Ini penyakit hati.

Teknik Menjual Yang Unik

Ini memang unik. Rasulullah tidak seperti usahawan sekarang. Baginda sangat bijak mengambil hati pelanggan dengan nilai-nilai murni. Baginda tidak hanya memikirkan untung semata-mata tetapi lebih kepada “tackle” hati pelanggan.

Baginda hanya memberitahu pelanggan harga pokok sahaja dan terpulanglah pelangga mahu letak berapa. Kita ada ke nak buat macam ini? Payah (termasuk saya)

Tetap Dengan Senyuman

Murah senyuman. Baginda mempunya peribadi yang sangat terpuji. Wajah baginda sentiasa lembut dan manis melayan pelanggan dengan bersabar.

Bandingkan dengan usahawan zaman sekarang, termasuk diri kita. Jauh bezanya ya kita dengan sifat Banginda. Baginda sangat bijak memikat hati pelanggan dengan akhlak yang indah. SubhanaAllah.

Bersikap Jujur

Tip usahawan yang senang untuk kita dengar tapi percayalah susah untuk dilakukan kalau tiada iman pada Allah yang kuat dan percaya yang rezeki itu datangnya daripada Allah bukan manusia.

Saya beri contoh, cuba lihat sahaja perniaga di pasar malam. Menjual ikan, lapisan atas semua ikan segar-segar tetapi rupanya di lapisan bawah ikan busuk.

Bila pelanggan kata “beri 1 kg”, mereka akan ambil yang lapisan bawah tanpa pelanggan sedar. Dari mana mahu mendapat keberkatan dalam perniagaan dan bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya seperti Rasulullah? Fikir

Tidak Mengejar Harta Semata-mata

Kalau harta yang kita mahukan semata-mata, itu sahajalah yang Allah akan berikan. Tapi, Baginda tidak seperti itu. Baginda ada niat lain bila berniaga.

Baginda mengukuhkan potensi dan kedudukan Baginda dengan menjalankan perniagaan yang baik dengan niat untuk mendapatkan modal daripada orang-orang kaya untuk tujuan mengembangkan perniagaan Baginda dan mengukuhkan nama Islam itu sendiri. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kita? Ramai yang mahu mewah untuk tuntutan hidup sendiri sahaja.

Cari Keuntungan Maksimum Dengan Jujur

Di dalam hadis sahih riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum , lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.

Maksudnya tidak salah kalau kita menaikkan harga untuk mendapat keuntungan 100% asalkan tidak melanggar etika berniaga. Jujur saya cakap, sekarang ni saya buat dropship dan ada sesetengah produk yang saya berjaya kaut keuntungan 100%.

Usahawan kecil tapi otak kena cepat sikit kot, tapi saya pastikan saya tidak menjual produk bertentangan dengan agama dan jalankan urusan jual beli dengan jujur. Jangan sesekali jual produk yang tidak elok kualitinya untuk dapat keuntungan tapi gunalah strategi perniagaan berkesan yang lain. Buat research sendiri ok.

Usahawan Kecil Jual Ayam Masak Serai di UK

Kalau ingin nak jadi usahawan kecil tapi mempunyai idea besar, maka kita kena fikir diluar kotak kan? Bagus juga masuk contest SEO ni, tengah-tengah masak boleh pulak terfikir pasal keyword. hahahaha! Sambil menyelam, minumlah air. Jangan membazir. kikikiki. Nasib baik ayam masak serai saya jadi. Alhamdulillah.

Ayam Masak Serai
Ayam Masak Serai

Gambar dekat atas ni merupakan gambar ayam masak serai yang baru saja nak mula mendidih. Sambil-sambil saya kacau kuah dan tunggu ia kering, saya terfikir macam mana kita boleh mulakan satu bisnes dengan membuat masakan melayu kita yang sedap dan best-best ni. Yelah, sebenarnya memang kita orang melayu ni banyak je resepi lauk pauk sedap-sedap tapi malas nak masak dan malas nak komersialkan!

Ini jadikan rugi yang besar sebenarnya. Boleh anda cuba tengok orang-orang melayu dekat perantauan yang “malas masak” tu, macam payah kan nak jumpa restaurant melayu yang jual masakan-masakan melayu asli macam ni dekat luar negara tu. Kalaulah ada usahawan kecil yang rajin sikit buat research macam mana nak komersialkan masakan kita ni, mesti laku dan bisnes akan boom. Silap-silap mat salleh pun dah pandai masak ayam masak serai ni. hahahaha!

Kita dah ada rendang segera dan adalah juga lauk-lauk segera tapi masih tak banyak dan kurang promosi kot. Itupun jual dekat Malaysia, kalau pelajar kita nak balik negara tempat, dia orang belajar tu barulah dia orang beli banyak-banyak dan bawak sekali dalam bagasi. Maksudnya masih di peringkat local. Ke dah ada ek dekat luar negara? Ada tak rendang segera dekat tesco United Kingdom? huhuuhu seronoknya kalau ada! hahahahaha

Ah sudah, jauh benor saya merepek. Daripada ayam masak serai boleh fikir pasal perniagaan pula. Biasalah sekarang ni memang tengah berminat dengan dunia usahawan. hehehehe! Kena creative cari peluang yang ada. Eh korang nak ke resepi ayam masak serai ni? Tak payahlah ya, sebab resepi hampir sama dengan masak lemak sebebarnya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *