free
web stats

Tiada Lagi Renew Lesen Memandu Malaysia Online?

Pada tahun 2018, di era globalisasi ini, di mana semua orang boleh mempunyai semua benda yang dihajati, memiliki lesen memandu Malaysia telah menjadi suatu kebiasaan dan juga keharusan dalam menjalani kehidupan seharian individu tanpa mengira usia, jantina, pangkat, mahupun kemampuan ekonomi masing-masing. Kalau tidak mampu kereta jenama BMW, kita ada pilihan jenama kereta buatan tempatan yang harga agak murah, contoh seperti Proton dan Perodua. Dan jika tidak mampu membayar sekaligus, sekarang kita ada sistem pinjaman wang untuk memudahkan bayaran ansuran kereta secara bulanan.

renew lesen memandu

lesen memandu

Salah satu perkara paling penting dalam pemanduan adalah keselamatan di atas jalan raya. Walaupun penciptaan lesen memandu pertama yang diusulkan Karl Benz iaitu pencipta kereta moden pada tahun 1888 adalah sebenarnya lebih kepada mendapatkan sokongan pihak berkuasa bagi mendiamkan mereka yang tidak puashati terhadap ciptaannya yang dikatakan menghasilkan bau asap dan bunyi yang kuat. Namun tahun demi tahun dengan bertambahnya bilangan kenderaan di atas jalan, lesen dilihat penting dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya selamat.

Renew lesen memandu Malaysia juga telah mengalami kepelbagaian dengan terciptanya pelbagai kenderaan abad ini dengan pelbagai saiz dan fungsi. Fasa awal ketika di sekolah latihan memandu anda akan mula-mula diberi lesen L selepas melalui prosedur biasa iaitu daftar diri, menghadiri kelas dan juga mengambil ujian teori. Ini membolehkan anda memandu tetapi hanya dengan pengawasan guru sekolah memandu. Selepas itu, anda diwajibkan menghadiri kelas memandu. Setelah lulus ujian praktikal memandu, kemudian anda akan diberikan lesen P. Keputusan ujian memandu boleh diketahui melalui semakan online. Selepas 2 tahun tanpa membuat masalah, anda akan dianugerahkan lesen kompeten atau lesen biasa. Lesen biasa mempunyai pelbagai jenis atau kelas iaitu lesen A, A1, B, B1, B2, C, D, DA, E, E1,E2, F, G, H, dan I.

belajar memandu

Lesen memandu Malaysia tidak sukar diperoleh. Semakin banyak sekolah-sekolah memandu telah didirikan. JPJ juga telah mengadakan promosi hebat baru-baru ini menerusi program Myprihatin dengan hanya mengenakan bayaran RM100 untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2.

Setelah memperoleh lesen, anda tidak akan selamanya memegang lesen itu sepanjang hayat dikandung badan. Akan ada tempoh tamat lesen itu, dan ia boleh diperbaharui tanpa perlu menjalani latihan dan ujian kembali. Anda boleh pilih tempoh sah lesen anda selama 1 hingga 5 tahun dengan caj berbeza mengikut tahun.

Tempat Untuk Renew Lesen Memandu

Buat masa ini, pembaharuan lesen secara online masih tidak lagi boleh dilakukan. Bermula 1 Januari 2018 baru-baru ini perkhidmatan renew lesen memandu Malaysia melalui laman https://www.myeg.com.my/ telah dihentikan dengan pesanan penaja yang kedengaran seperti mereka dalam proses mempertingkatkan sistem tersebut dan akan disambung kembali ke suatu tarikh yang tidak dimaklumkan lagi.

pejabat pos
Namun, anda masih boleh memperbaharui lesen seperti dahulu kala. Anda boleh terus ke pejabat cawangan JPJ atau ke mana-mana cawangan pejabat Pos Malaysia. Anda cuma perlu bawa kad pengenalan dan lesen sedia ada. Sekarang agak mudah, mereka menyediakan khidmat mengambil gambar baru atau anda boleh meminta mereka menggunakan gambar anda terdahulu termasuklah gambar daripada sistem kad pengenalan anda. Kemudian, beritahu berapa tempoh tahun sah lesen anda. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk setahun tempoh sah lesen. Buat bayaran dan lesen anda akan diproses terus. Namun, lecehnya anda terpaksa mengambil nombor dan mengikut giliran. Kena masanya memang berjam-jamlah waktu anda terbazir disitu.

Jangan risau jika anda terlewat memperbaharui lesen. Tiada caj dikenakan. Namun, jika anda tertangkap memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh, anda akan dikenakan kompaun berdasarkan bilangan hari lesen telah mati. Dan lagi, jika lesen mati melebihi daripada 3 tahun, lesen anda akan dibatalkan terus. Dan anda harus melalui kelas dan ujian memandu sekali lagi jika anda ingin memiliki lesen kembali.

Lesen Memandu Antarabangsa

lesen pandu

Manakala, lesen memandu antarabangsa pula perlu renew setahun sekali sahaja. Tidak semua negara menerima lesen ataupun permit antarabangsa ini sebagai perlepasan untuk rakyat asing memandu di negara mereka. Namun, tidak perlu gusar kerana kebanyakan negara pelancongan ataupun destinasi utama rakyat Malaysia kita adalah seperti United Kingdom, Singapura, Australia, Thailand, Perancis dan juga Amerika Syarikat menerima permit memandu antarabangsa ini.

Leave a Reply