free
web stats

Terjebak Makan Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Aku sebelum ni anti dengan tempoyak. Asal terbau je tempoyak, aku akan kemurungan, hilang selera makan 3 keturunan, dan mulalah didatangi penyakit Asteoporosis. Entah kenapa jadi macam tu pun aku tak tau. Jadi selama aku hidup ni lah aku tak pernah sentuh pun tempoyak. Apa pun lauk yang diadaptasi daripada tempoyak aku memang tak makan.

masakan ikan patin

masakan ikan patin

Tapi langit tak selalunya cerah kan. Siapa sangka aku dapat adik ipar orang Temerloh. Temerloh ni antara tempat yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Jadi, bila adik aku kahwin dengan orang Temerloh ni, masa majlis kenduri, memang dihidangkan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Tuan rumah masak sendiri.

Apa yang istimewanya resipi ikan patin masak tempoyak temerloh, antara makanan yang sedap di Malaysia, makan ikan patin masak tempoyak di Temerloh.

Okeh. Aku mula-mula terbau lauk ni, aku dah mula berpeluh kat dahi. Usus aku bergetar-getar dengan sendirinya tanda protes supaya lauk tu tak masuk dalam perut aku. Aku dah mula bayangkan betapa menderitanya lidah aku untuk menerima rasa ikan patin yang hanyir dan jugak rasa tempoyak yang pelik tu.

Tapi nak tak nak, aku kena jugak makan. Apa lagi demi menjaga martabat aku sebagai seorang Blogger yang amat kacak di mata gadis-gadis Metropolitan. Mula-mula aku kais secebis je isi ikan patin tu. Lepas tu aku tanam dia kat longgokan nasi yang banyak dan aku mula telan. Bila masuk je dalam lidah aku, entah kenapa aku rasa macam sedang dilamun cinta pandang pertama dengan Elizabeth Tan. Sangat Indah perasaan tu.

Mak Aih!! Pahal sedap pulak ni! Daripada secebis isi, aku terus melantak dengan rakusnya. Ikan patin dia langsung tak ada bau dengan rasa hanyir. Kuah dia pun aku bedal. Dengan rasa masam-masam manis pedas, cukup buat aku teringat masakan siakap stim masak limau. Nampaknya kenikmatan dia lebih kurang aku makan lauk siakap stim masak limau, Boleh bersaing hebat dua lauk ni.

Seumur hidup aku, ni lah kali pertama aku makan Ikan Patin Masak Tempoyak ni.

Dan paling Win, aku makan Temerloh punya. Patutlah ramai yang gilakan Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh. Baru aku tau kenapa. Baru aku tau erti kenikmatan di dalam kehidupan selain daripada malam pertama.

apa yang istimewanya resipi ikan patin masak tempoyak temerloh, antara makanan yang sedap di malaysia, makan ikan patin masak tempoyak di temerloh,

Ok. Mulai detik ni, aku akan masukkan Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak ni dalam senarai makanan-makanan yang Best yang pernah aku rasa. Tapi, hanya kat Temerloh. Kat luar daripada Temerloh, memang aku tak yakin. Apa lagi ikan patin yang dibela. Sebab aku tak tau Tokey dia bagi ikan patin tu makan apa. Dah kantoi satu hari tu bagi ikan patin makan babi. Babi betul.

Baca juga:

Leave a Reply