Tentang Kami

Kami bukanlah siapa-siapa di dunia blog ini. Cuma pada andaian kami, kami hanyalah seperti mereka-mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan ini. Kalau orang ada Facebook, kami tutup Friendster dan buka Facebook. Jika orang ada blog, kami tutup blog di Friendster dan buka blog kami sendiri. Kesian Friendster.

Boleh dikatakan yang kami ini hanya insan biasa. Mempunyai kerjaya yang baik, suami kepada isteri, girl friend kepada boyfriend yang kami cintai dan ibubapa kepada putera puteri yang kami kasihi. Cerita hidup yang kami coretkan di blog ini. Mungkin ianya agak bodoh, poyo dan membuang masa, tapi tiada siapa yang tahu dimasa depan, mungkin blog ini boleh buatkan kami tersenyum mengingatkan betapa tidak matangnya kami dalam sesuatu perkara, betapa bodohnya kami membuat keputusan dan betapa bersyukurnya kami mensyukuri nikmat tuhan.

Kami perlukan sesuatu untuk mengenangkan segala memori yang kami ada. Berapa ramai yang boleh mengingati peristiwa yang mereka lalui dahulu. Mungkin blog ini tidak akan menjadi terlalu personal, tetapi mungkin boleh mengingatkan kami terhadap sesetengah perkara yang terjadi kepada hidup kami.

Diharapkan agar anda tidak mengandaikan blog ini membosankan, jika boleh, kami juga ingin lakukan sesuatu kebaikan untuk kita semua seperti pengkongsian ilmu-ilmu perubatan dan pengurusan yang kami rasa kami masih belajar untuk menjadi Master ataupun Scholar. Kami mengharapkan agar anda boleh meninggalkan komen sekiranya anda minat agar kami boleh mengintai ‘diari’ anda.

Ya, kita boleh berkawan di dunia blog ini. Tapi mengenali diri kami di dunia ini tidaklah sama seperti di dunia nyata. Jika suka, tinggalkan jejak anda. Jika tidak, tinggalkan jejak anda juga. Supaya blog Untuk Semua ini dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana sesuatu yang tuhan jadikan itu adalah untuk kita semua. Salam perkenalan dan happy blogging 🙂