free
web stats

Tekanan Darah Rendah Bahaya Kepada Ibu Hamil?

tekanan darah rendah

tekanan darah rendah

Kadang-kadang atau selalu, wanita yang hamil mengalami tanda-tanda seperti keletihan, rasa nak pitam apabila bangun dengan cepat dari tempat duduk, atau dari keadaan baring untuk duduk. Ada juga yang mengalami rasa pitam apabila ingin bangun dari tidur walhal sudah tidur. Ini adalah normal. Walau bagaimanapun, jika sering mengalami tanda-tanda tekanan rendah, dibimbangi akan mendatangkan kesan kepada ibu dan bayi yang dikandunginya.

hospital ampang puteri

Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.

Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.

wanita hamil

Walaubagaimanapun jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. (takut kan…)

Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).

Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.

Jikalau seseorang itu bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak semestinya wanita hamil je….

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.

Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

alat diagnose

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.

Banyak kajian mendapati, wanita yang mempunya tekanan rendah lebih mudah melahirkan bayi pra-matang (kurang dari 34 minggu) dan kurang berat badannya. Justeru, jika anda telah menjalani pemeriksaan, dan doktor mendapati bacaan anda normal, dan apa yang berlaku adalah kadang-kadang. Usah khuatir. Dapatkan rehat yang cukup dan makanlah makanan yang berkhasiat.

 

Tips atasi rasa ingin pitam.

  • Elak bangun dengan cepat dari tempat baring atau duduk.
  • Duduk atau baring untuk elak daripada terjatuh.
  • Mengiring ke kanan semasa baring untuk menggalakkan pengaliran darah ke jantung.

Baca juga:

Leave a Reply