free
web stats

Tahukah Tentang Melayu Boleh?

Apa yang kita faham tentang maksud Melayu boleh. Agaknya orang Melayu ni boleh dari segi apa?

Di sini saya bukan nak berbincang tentang laman web Melayu Boleh yang semacam tu. Tidak ada faedahnya untuk kita pun. Malah, makin mempengaruhi kita ke perkara-perkara yang tidak baik lagi.

Semata-mata hendakkan populariti dan trafik, ada segelintir pihak yang sanggup menggunakan nama melayu sebagai laman web yang tidak berfaedah. Rasanya yang melayari laman web tersebut orang melayu juga tu.

Maksud Melayu Boleh dalam bahasa mudah bermaksud orang melayu boleh melakukan apa sahaja. Antara kata semangat untuk setiap perjuangan atau kejayaan yang kita cuba capai.

Orang Melayu merujuk kepada bangsa Melayu terutamanya di Malaysia. Iaitu orang Melayu asli, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan adat istiadat Melayu.

Bahasa Melayu Bahasa Ke-4 di Dunia

Saya ada terbaca di sebuah laman wiki, Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat di dunia. Bahasa Melayu boleh dikatakan antara bahasa yang paling banyak ditutur.

Lebih 300 juta penduduk di dunia bertutur dalam Bahasa Melayu. Antaranya Malaysia, Indonesia, Brunei Darulsalam dan Singapura.

Terdapat juga beberapa negara kecil di Asia yang bertutur dalam Bahasa Melayu seperti Sri Lanka, Filipina, Selatan Thailand, Kemboja dan Vietnam. Cuma dialek sahaja berbeza-beza.

Pandangan Dunia Terhadap Bangsa Melayu

Dahulu… bangsa luar menganggap orang Melayu kolot dan tidak maju. Ada negara luar yang beranggapan orang Melayu adalah orang asli yang masih tinggal di atas pokok lagi.

Sangkaan itu salah sama sekali. Banyak kejayaan yang di tempa oleh orang Melayu baik dari segi akedemik, ekonomi, kerajaan, sukan dan banyak lagi.

Bangsa Melayu boleh dikatakan antara bangsa yang berjaya juga di Malaysia.

Ramai golongan bijak pandai terdiri di kalangan orang Melayu contohnya pemimpin-pemimpin, ahli-ahli perniagaan berjaya, ahli sukan dan banyak lagi contoh yang boleh kita lihat.

Nama-nama besar yang mengharumkan nama Malaysia majoritinya adalah orang Melayu. Dari segi apa yang dikatakan Melayu tidak boleh berjaya dan maju.

Kalau kita lihat pembangunan di Malaysia ini rasanya sama hebat dengan negara-negara besar yang ada didunia.

Idea dan usaha pembangunan datangnya dari siapa… Bukankah dari orang Melayu juga.

Tun Mahathir contohnya antara pemimpin bangsa Melayu yang sangat dihormati di dunia. Siapa yang tidak kenal dengan Tun Mahathir, seorang pemimpin yang bijak membangunkan negara, memperbaiki ekonomi negara dan memperkenalkan negara dimata dunia. Kejayaan demi kejayaan yang beliau bawa sehingga Malaysia menjadi perhatian dunia.

Beliau adalah merupakan pemimpin berbangsa Melayu yang terbaik. Idea beliau sentiasa didengar dan dikagumi.

Sekiranya beliau tidak bagus masakan beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun tanpa sesiapapun dapat mengalahkan beliau.

Biasalah mana-mana negara pun ada masalah politik. Walaupun fahaman politik berbeza-beza tetapi orang Melayu boleh lagi duduk semeja minum kopi dan makan nasi lemak.

Jika dibandingkan apa yang berlaku di Malaysia, tidaklah seteruk di negara luar yang sanggup berbunuhan kerana politik. Tengok sahaja apa yang berlaku di Mesir.

Di Malaysia, orang Melayu boleh dikatakan masih menjaga tatasusila dan pegangan agama Islam yang kuat. Itu untungnya jadi orang Melayu.

Sebagai orang Melayu, saya bangga dan bersyukur lahir di Malaysia. Betapa bertuahnya kita lahir di bumi Malaysia yang sentiasa hidup aman damai, tiada peperangan seperti negara luar, bebas kemana-mana sahaja dan demokrasi.

tapes advertisement

Walau bagaimanapun… orang melayu tidak boleh duduk selesa dan perlu sentiasa berhati-hati.

Banyak yang cuba memporak perandakan orang melayu. Bangsa melayu harus kita pertahankan sampai bila-bila.

Kita sentiasa kena pastikan orang Melayu boleh mempertahankan kemerdekaan di Malaysia ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *