free
web stats

Tahukah Anda Tentang 17 Jenis Pengeluaran KWSP Terkini?

Kepentingan hampir kesemua rakyat Malaysia di hari tua adalah terjamin daripada segi kewangan dengan wujudnya Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Akta ini yang membawa pada penubuhan institusi kewangan atau juga dikenali sebagai sebuah institusi keselamatan sosial, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Institusi ini berfungsi dengan mewajibkan majikan membayar caruman KWSP bagi pekerja masing-masing, tertakluk pada akta yang tersebut.

Oleh kerana tujuan asasnya adalah untuk menyediakan faedah persaraan, ramai orang beranggapan wang KWSP hanya boleh dikeluarkan setelah umur pencen atau selepas bersara.

Anda Boleh Keluarkan Wang dari KWSP Walaupun Belum Bersara

Namun, mereka yang mempunyai tanggapan seperti ini memang sudah salah! Apa sebenarnya bukan seperti yang mereka fikirkan dan jika anda juga berfikir seperti ini, anda tidak perlu risau sangata.

Sebenarnya, ada pelbagai jenis pengeluaran KWSP yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan wang dari akaun KWSP anda tanpa perlu tunggu sampai anda bersara.

kwsp
kwsp

Pembayaran KWSP 2% Kepada Suri Rumah

Sistem pengurusan KWSP sentiasa ditambahbaik dan dikemas kini dari masa ke masa. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail telah mengusulkan cadangan tentang pembayaran KWSP kepada suri rumah sebanyak 2% daripada gaji suami.

Ini dianggap sebagai sesuatu perkara di mana ia dilihat dapat membela nasib ramai wanita di Malaysia yang kebanyakannya memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Oleh itu, suri rumah sekalian, anda harus bersiap sedia memahami sistem KWSP termasuk jenis pengeluaran KWSP bagi memudahkan anda di masa hadapan.

Terdapat 2 Jenis Akaun KWSP Anda

Secara amnya, akaun KWSP ahli terbahagi kepada 2, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun ini masing-masing adalah sebanyak 70% dan 30%.

Setelah seseorang usia rakyat Malaysia mencecah umur 55, ahli itu akan memiliki 2 akaun, iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.

Menerusi laman web rasmi KWSP di halaman jenis-jenis pengeluaran yang dikemaskini pada tarikh 1 Januari 2018 yang lalu, terdapat sebanyak 17 jenis pengeluaran KWSP yang dibolehkan.

Berikut adalah senarai ringkas jenis pengeluaran tersebut:

1. Pengeluaran Hilang Upaya
2. Pengeluaran Meninggalkan Negara
3. Pengeluaran Untuk Pendidikan
4. Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan
5. Pengeluaran Umur 50 Tahun
6. Pengeluaran Umur 55 Tahun
7. Pengeluaran Umur 60 Tahun
8. Pengeluaran Pekerja Berpencen & Pengeluaran Pesara Pilihan
9. Skim Pelaburan Ahli
10. Pengeluaran Untuk Membina Rumah Atau Membeli Rumah
11. Pengeluaran Untuk Bayaran Bulanan Pinjaman Perumahan
12. Pengeluaran Kematian
13. Pengeluaran Haji
14. Pengeluaran Perumahan PR1MA
15. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
16. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
17. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran Wang Dari KWSP Sebeblum Persaraan

Pengeluaran sebelum persaraan biasanya boleh dilakukan daripada akaun 2 sahaja. Tetapi, ada juga yang dibolehkan daripada kesemua akaun seperti untuk Pengeluaran umur 55 tahun dan Pengeluaran Umur 60 tahun.

Bagi Akaun 1, iaitu sebanyak 70% daripada jumlah caruman yang diasingkan untuk pelaburan bagi mendapatkan faedah persaraan.

KWSP boleh dikatakan satu institusi antara prospek pelaburan yang memberi pulangan dividen tahunan yang agak banyak dan stabil. Pada tahun 2017, pihak berkenaan telah menyaksikan kadar dividen tertinggi sebanyak 6.90% bagi simpanan konvensional dan 6.40% bagi simpanan shariah.

Dari segi pengeluaran dengan tujuan perumahan pula, institusi ini telah dapat membantu ahli daripada semua negeri untuk memiliki tempat tinggal sendiri.

Daripada senarai yang disediakan, kita dapat lihat bahawa terdapat beberapa jenis pengeluaran yang berkaitan dengan perumahan.

Larangan Untuk Pengeluaran Wang KWSP

Namun, daripada kesemua senarai itu, tiada pengeluaran wang yang dibenarkan dengan bertujuan untuk ubahsuai rumah, membaiki, menyelesaikan baki pinjaman rumah ketiga atau rumah yang dibeli di luar negara atau membeli tanah sahaja.

Syarat-syarat dan keperluan permohonan adalah berbeza antara kesemua jenis pengeluaran yang disebutkan. Sekiranya anda mempunyai keperluan wang dan ingin mengeluarkan wang anda dari KWSP, pastikan anda memeriksa dahulu syarat-syarat yang berkait dan sediakan dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses permohonan anda dapat diuruskan dengan lancar.

Amaran Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Amaran! Anda dinasihatkan supaya tidak mengemukakan dokumen yang palsu dalam proses permohonan serta tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar.

Anda juga tidak boleh menggunakan wang yang diperoleh dengan maksud selain daripada yang dipohon walaupun maksud asal tidak dapat dicapai bukan berpunca daripada anda. Sekiranya anda didapati melakukan kesalahan tersebut, hukuman yang mungkin anda terima adalah anda boleh dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Jika anda ingin mengeluarkan wang dengan tujuan yang ada disenaraikan oleh KWSP, boleh anda mendapatkan borang permohonan pengeluaran dan maklumat tambahan serta perkembangan semasa tentang jenis pengeluaran KWSP.

Anda bolehlah melayari laman web KWSP sendiri. Sekiranya terdapat persoalan atau sekiranya anda ingin mengemukakan maklumbalas, bolehlah pergi ke halaman berikut ini dan isi butiran tentang maklumbalas anda.

Cara Semak KWSP Secara Online

Nah, CARA SEMAK KWSP SECARA ONLINE untuk anda semua. Simple sangat nak semak KWSP secara online sekarang ni. Lepas dah semak, bolehlah invest dalam unit trust. Barulah hidup senang bila dah pencen nanti.

cara semak kwsp secara online

Tak susah pun kan nak faham Cara Semak KWSP Secara Online yang saya kongsi ni kan? Tak susah, cuma masa mula-mula tu kenalah rajin sikit. Pergi kiosk ataupun call centre tu yang orang tak rajin nak buat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *