free
web stats

Tablet, Komputer Notebook Atau Telefon Pintar

Sekarang ni kalau sebut iPad, iPhone atau Samsung Galaxy Tab, sudah pasti ramai orang akan memandang kepada kita. Lebih-lebih lagi kalau kita bawa ke mana-mana sama ada ke cafe untuk minum sambil ber facebook ke atau ke tempat-tempat awam sementara menunggu giliran.

Orang akan melihat kita memiliki satu alat yang amat berharga dan berstatus tinggi. Begitu juga satu masa dulu orang suka galas beg laptop atau komputer notebook ke mana saja kerana ia menjadi satu keperluan yang penting kepada dunia internet khususnya.

samsung tablet
samsung tablet

pakai tablet

Tapi sekarang kita memiliki dua pilihan yang rasanya perlu buat pilihan yang bijak untuk memastikan ia betul-betul berguna kepada kita setiap hari.

Tablet seperti iPad atau Samsung Galaxy Tab dan juga komputer notebook mempunyai peranan yang hampir sama.

Kedua-duanya berfungsi di atas operating system sepenuhnya, kecil atau portable dan kedua-duanya juga boleh menggunakan program yang sama. Akan tetapi terdapat banyak perbezaan antara tablet dan komputer notebook.

notebook

Apakah yang membezakan tablet dan komputer notebook?

1. Tablet menggunakan skrin sesentuh manakala komputer notebook menggunakan keyboard.

2. Trackpad yang berfungsi seperti mouse mempunyai fungsi skrin sesentuh sepenuhnya manakala komputer notebook hanya memiliki trackpad bersaiz 3×2 inci saja.

3. Tablet adalah sangat sesuai digunakan oleh golongan pereka fesyen, artis, pereka grafik atau mereka yang berniaga yang memerlukan rujukan melalui internet segera. Manakala komputer notebook pula lebih sesuai kepada pengguna komputer biasa yang menggunakan nya untuk kerja-kerja menaip yang banyak.

4. Tablet tidak mampu melakukan kerja-kerja multitasking contohnya apabila kita membuka satu applikasi maka kita perlu hentikannya dahulu sebelum membuka applikasi yang lain. Samsung Galaxy Note yang baru mungkin boleh melakukannya namun sejauh mana berkesan masih belum di kenal pasti. Manakala komputer notebook boleh melakukan pelbagai proses multitasking seperti copy/paste dari website ke dokumen lain-lain lagi tanpa perlu menutup mana-mana program pun.

Secara hakikatnya Tablet akan menjadi satu trend kepada masyarakat kita hari ini untuk lebih dekat kepada sosial networking seperti ber facebook. Golongan yang berniaga melalui internet sudah pasti akan memiliki satu unit tablet kerana dengan kemudahan yang disediakan oleh tablet maka ia akan memberikan pelbagai kemudahan kepada pemiliknya untuk berurusan melaluinya.

laptop

Manakala pasaran komputer notebook mungkin sedikit tercabar dengan keluaran pelbagai model tablet dipasaran namun dengan itu terhasillah model baru notebook yang dipanggil Ultrabook yang lebih nipis dan ringan dengan fungsi dan kelebihan yang tiada tandingannya.

Hasil inovasi dari Intel ini telah memberikan satu impak dan saingan yang bermakna kepada dunia komputer khususnya.

Telefon Pintar

Selain daripada tablet dan notebook, sekarang kita ada pilihan yang ketiga, iaitu telefon pintar.

Hampir semua orang mempunyai telefon bimbit dan kebanyakannya adalah telefon pintar yang membolehkan pengguna untuk menyambung ke internet dan menjalankan aplikasi serta menghantar teks dan membuat panggilan telefon.

Telefon Pintar Huawei

Walaupun mereka adalah alat yang luar biasa, mereka juga mempunyai ciri-ciri tersendiri berbanding dengan tablet dan notebook.

Kamera
Dalam generasi “selfie” ini, kamera merupakan ciri yang sangat penting apabila seseorang pilih untuk beli telefon pintar. Ia menjimatkan orang daripada membeli kamera digital berasingan untuk mengambil gambar dan video. Terutamanya sekarang merupakan zaman di mana orang suka menyiarkan foto dalam media sosial.

Surfing Web
Telefon pintar menjadikannya mudah bagi orang untuk melayari web. Peranti ini disepadukan dengan penyemak imbas mudah alih yang membolehkan mereka untuk menyelidik dan mengakses laman web bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menurut satu kajian, 10% daripada jumlah masa yang dihabiskan oleh orang-orang di telefon pintar adalah digunakan dalam melayari internet. Dengan ini, orang mempunyai akses mudah dan segera ke maklumat yang mereka nak dapat.

GPS
Kebanyakan telefon pintar kini dilengkapi dengan Sistem Penentududukan Global (GPS). Dan antara apps yang paling canggih adalah Google Map dan Waze.

Teknologi ini membolehkan orang ramai mencari alamat dan kawasan tertentu di seluruh dunia. Ini membantu meningkatkan bukan sahaja komunikasi, tetapi terutamanya pengangkutan.

Pilihan Komunikasi Yang Berlainan
Telefon bimbit masa dulu cuma boleh buat panggilan dan SMS. Walaupun ini dapat menyampaikan mesej anda, tetapi telefon pintar mempunyai fungsi yang lebih canggih di mana ia memberi anda banyak cara untuk berkomunikasi dengan kakitangan, pelanggan dan pembekal anda.

Bukan sahaja anda boleh pakai telefon pintar untuk buat panggilan, teks dan IM, alat komunikasi ini memberikan anda akses kepada e-mel, perkongsian foto segera, panggilan video dan persidangan video.

Anda boleh mempengerusikan mesyuarat kakitangan dari mana sahaja asalkan anda mempunyai perkhidmatan telefon dan data! Anda juga boleh terus berhubung melalui laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan LinkedIn.

Akhir sekali apa pula pendapat anda? Apakah pilihan anda itu memberikan kelebihan dan kemudahan yang dijangkakan dalam memacu kerja-kerja anda seharian? Tepuk dada tanyalah selera.

Baca juga: Kenapa Saya Tak Gunakan Screen Protector Pada Smartphone

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *