free
web stats

Tablet Atau Komputer Notebook – Apa Pilihan Anda?

Sekarang nih kalau sebut iPad ke Samung Galaxy Tab ke sudah pasti orang akan memandang kepada kita. Lebih-lebih lagi kalau kita bawa kemana-mana samada ke cafe untuk minum sambil ber facebook ke atau ketempat-tempat awam sementara menunggu giliran. Orang akan melihat kita memiliki satu alat yang amat berharga dan berstatus tinggi. Begitu juga satu masa dulu orang suka galas beg laptop atau komputer notebook kemana saja kerana ia menjadi satu keperluan yang penting kepada dunia internet khususnya.

samsung tablet

samsung tablet

pakai tablet

Tapi sekarang kita memiliki dua pilihan yang rasanya perlu buat pilihan yang bijak untuk memastikan ia betul-betul berguna kepada kita setiap hari. Tablet seperti iPad atau Samsung Galaxy Tab dan juga komputer notebook mempunyai peranan yang hampir sama. Kedua-duanya berfungsi diatas operating system sepenuhnya, kecil atau portable dan kedua-duanya juga boleh menggunakan program yang sama. Akan tetapi terdapat banyak perbezaan antara tablet dan komputer notebook.

notebook

Apakah yang membezakan tablet dan komputer notebook?

1. Tablet menggunakan skrin sesentuh manakala komputer notebook menggunakan keyboard.

2. Trackpad yang berfungsi seperti mouse mempunyai fungsi skrin sesentuh sepenuhnya manakala komputer notebook hanya memiliki trackpad bersaiz 3×2 inci saja.

3. Tablet adalah sangat sesuai digunakan oleh golongan pereka fesyen, artis, pereka grafik atau mereka yang berniaga yang memerlukan rujukan melalui internet segera. Manakala komputer notebook pula lebih sesuai kepada pengguna komputer biasa yang menggunakan nya untuk kerja-kerja menaip yang banyak.

4. Tablet tidak mampu melakukan kerja-kerja multitasking contohnya apabila kita membuka satu applikasi maka kita perlu hentikannya dahulu sebelum membuka applikasi yang lain. Samsung Galaxy Note yang baru mungkin boleh melakukannya namun sejauh mana berkesan masih belum di kenal pasti. Manakala komputer notebook boleh melakukan pelbagai proses multitasking seperti copy/paste dari website ke dokumen lain-lain lagi tanpa perlu menutup mana-mana program pun.

Secara hakikatnya Tablet akan menjadi satu trend kepada masyarakat kita hari ini untuk lebih dekat kepada sosial networking seperti ber facebook. Golongan yang berniaga melalui internet sudah pasti akan memiliki satu unit tablet kerana dengan kemudahan yang disediakan oleh tablet maka ia akan memberikan pelbagai kemudahan kepada pemiliknya untuk berurusan melaluinya.

laptop

Manakala pasaran komputer notebook mungkin sedikit tercabar dengan keluaran pelbagai model tablet dipasaran namun dengan itu terhasillah model baru notebook yang dipanggil Ultrabook yang lebih nipis dan ringan dengan fungsi dan kelebihan yang tiada tandingannya. Hasil inovasi dari Intel ini telah memberikan satu impak dan saingan yang bermakna kepada dunia komputer khususnya.

Akhir sekali apa pula pendapat anda? Apakah pilihan anda itu memberikan kelebihan dan kemudahan yang dijangkakan dalam memacu kerja-kerja anda seharian? Tepuk dada tanyalah selera.

Leave a Reply