free
web stats

Sumai Hotel Apartment Murah Di Kuala Terengganu

Bila bercerita mengenai Terengganu mesti ramai yang sudah terbayangkan dengan keindahan pantainya bukan…? Terengganu sentiasa menjadi destinasi pelancongan kerana keindahan laut dan pulaunya yang bukan sahaja popular di kalangan rakyat tempatan malahan di kalangan pelancong luar dan seringkali menjadi tarikan pelancong.

Sumai hotel apartment

Sumai hotel apartment

Saya telah menerima jemputan untuk membuat liputan di Sumai Hotel Apartment yang terletak di pusat bandar dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu. Sumai Hotel Apartment menawarkan kos penginapan yang murah tetapi selesa serta akses yang mudah ke destinasi-destinasi pelancongan yang ada di Terengganu dan tapak budaya seperti Pantai Batu Buruk, Dataran Shah Bandar, Batu Buruk Recreation Park, Pasar Pasang dan Masjid Al-Mukrafi Billah shah.

hotel terengganu

Dari pemerhatian kami di laman rasmi Sumai Hotel Apartment, dekorasi setiap biliknya amat cantik dan dengar-dengar cerita juga pemandangan dari luar tingkap bilik hotel juga amat menarik. Bagi yang gemar bercuti sambil menikmati pemandangan yang cantik dari luar bilik lebih-lebih lagi menikmati pemandangan matahari terbenam di Sumai Hotel Apartment memang pilihan yang terbaik.

hotel terengganu 2

Sumai Hotel Apartment menawarkan beberapa pilihan bilik dengan harga yang berpatutan serta dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yang lengkap dan selesa.

Berikut adalah pilihan bilik yang disediakan oleh Sumai Hotel Apartment :

  • Studio Room / Queen-sized Bed / 2 Breakfast
  • Suite Room / Twin Bed / 2 Breakfast
  • Standard Apartment / 2 bedrooms for 4 – 6 pax per unit / 3 Breakfast
  • Deluxe Apartment / 3 bedrooms for 6 – 8 pax per unit / 4 Breakfast
  • Superior Apartment / 4 bedrooms for 7 – 10 pax per unit / 4 Breakfast
  • Suite Apartment / 4 bedrooms for 7 – 10 pax per unit / 4 Breakfast

Sumai Hotel Apartment juga ada menyediakan pakej-pakej untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, mesyuarat, hari keluarga dan banyak lagi. Untuk pakej-pakej tersebut anda boleh layari laman rasmi Sumai Hotel Apartment.

Lawatan Ke Tempat Menarik Di Sekitar Kuala Terengganu

Selain dari tajaan penginapan oleh Sumai Hotel Apartment, dengar-dengar cerita juga kami akan dibawa untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu yang tersedia ada didalam pakej Sumai Hotel Apartment. Wah! Tak sabar pula rasanya kami nak kesana dan melawat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu.

Mengikut maklumat yang diberikan kepada kami, seramai 10 orang Blogger wakil dari Blooggers Dot Com iaitu sebuah Komuniti Blogger Malaysia akan mengikut trip ke Kuala Terengganu ini dan semuanya ditaja sepenuhnya oleh Sumai Hotel Apartment.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Sumai Suite Hotel & Apartment Kuala Terengganu kerana sudi menaja kami dan Blogger-Blogger lain untuk bercuti di Terengganu.

Untuk pengetahuan anda, inilah pengalaman kali pertama kami ke Sumai Hotel Apartment dan kami pun tidak tahu lagi apa yang menariknya di Sumai Hotel Apartment jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain. Jika anda ingin mengetahui apa yang menariknya mengenai Sumai Hotel Apartment ini, nantikan artikel kami selepas kami pulang dari Sumai Hotel Apartment. Segala-galanya kami akan kongsikan nanti.

Artikel berkaitan:
Lawatan ke tempat menarik di Melaka

Leave a Reply