Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Skrip Kehidupan Paling Mudah dan Murah

Pernah dengar skrip kehidupan? Kalau belum tak apa. Saya pun baru tahu tentang skrip kehidupan ni sejak follow ceramah-ceramah Prof Dr Muhaya. Saya dah jadi pendengar setia beliau dah sekarang. hahahaha! Kemain mengaku. Prof Muhaya ni lah yang perkenalkan sistem skrip kehidupan.

Mula-mula saya malas juga nak menulis skrip kehidupan sendiri. Rasa macam tak perlu dan rasa macam buang masa je. Sebab banyak sangat perkataan “macam” tu lah saya asyik tangguh-tangguh je nak menulis. Jadi, hari ini saya dah bertekad nak mulakan aktiviti skrip kehidupan saya sendiri.

skrip kehidupan

skrip kehidupan

Macam mana konsep Skrip kehidupan? Ok, saya terangkan yang mudah sahaja untuk sesiapa yang terasa nak join juga. Mungkin skrip saya ni tak sama dengan cara Prof Muhaya, cuma konsep asalnya sahaja yang sama. Ideanya ialah dengan kita catatkan SEMUA aktiviti kita untuk 1 hari. Dari mula kita celik mata hari ini sehingga saat kita nak tutup mata malam nanti.

Caranya, terpulang. Kalau korang nak catat skrip kehidupan korang atas kertas atau taip saja dalam Microsoft word atau apa saja, itu terpulang ok. Saya memilih untuk menulis di atas kertas A4 untuk hari ini. Biasalah, Pengalaman pertama memang macam ni. hahahaha!! Tak ada buku yang khusus lah, yang ada cuma kertas A4 :p

Ok, sekarang mulakan catatan. Senaraikan aktiviti yang korang ingat sejak korang mula celik mata pagi tadi. Untuk setakat ni, saya cuma ada 11 sahaja. Saya list kan dekat bawah ni.

  • Bangun pukul 8:30 pagi
  • Check Twitter selama 15 minit untuk wish selamat pagi
  • Check blog kesayangan
  • Mandi
  • Dengar video yang ada zikir-zikir dan ikut sekali nyanyi dalam bilik untuk “dapatkan” mood pagi
  • Sarapan pagi lauk yang abang belikan
  • Keluar rumah pukul 10:30 pagi (lambat sangat!!!)
  • Dengar ceramah Prof Muhaya dekat radia IKIM
  • Sampai tempat kerja pukul 11 pagi
  • Tulis skrip kehidupan pertama 11:20 pagi
  • Sambil dengar Al-Quran Online surah Al-Baqarah (tenang)

Baiklah, ini contoh skrip kehidupan saya setakat ini. Pastinya lepas ni saya akan tambahkan lagi. Ok, lepas tu apa kita akan buat dengan senarai ni semua? Ok, senang je. Nanti, sebelum tidur. Saya baca semua senarai yang saya dah tulis ni. Saya akan buat 2 colum di bahagian belakang kertas A4 yang sama.

Colum kiri, saya akan tulis “Perkara tak berfaedah ” dan colum kanan “perkara berfaedah”. Dah tahu apa yang saya nak buat??? hehehehe. Mestilah korang dapat agak kan? Mudah saja. Korang “sort” daripada senarai yang korang da tulis dari pagi sampai malam tu ke dalam setiap colum ni. Simple!!

Tak berfaedah dengan berfaedah tu sebenarnya terpulang pada korang. Mungkin ada sesetengah yang anggap login twitter adalah perkara sangat berfaedah, jadi.. tak apa. Untuk hari ini sila letakkan di dalam colum BERFAEDAH. Kalau esok-esok, rasa login Twitter tidak bawa apa-apa faedah, letaklah dalam colum TAK BERFAEDAH. Mudah kan?

Semuanya terletak dekat tangan kita. Skrip kehidupan kita, kita yang tentukan. Apa yang kita akan dapat dengan menulis skrip kehidupan ni? Kita akan lihat dengan sendiri dekat mana kita habiskan 24 jam yang Allah dah beri untuk kita dalam sehari ni. Samada kita buat perkara berfaedah ataupun tidak. Berfaedah untuk diri sendiri, atau mungkin kita sibuk memberi faedah pada manusia yang tidak sepatutnya diberi.

Lagi 1, perkara paling penting yang kita akan dapat dengan adanya skrip kehidupan ni (untuk orang Islam) ialah berapa banyak kebaikan kita dah buat dan berapa pula jumlah kejahatan kita dah tempah. Mungkin, kita tak perasan. Jadi, kalau kita sendiri yang catat dan lihat sendiri..mana tahu kita dapat perbaiki diri kita. kan? 😉

Sekian. Entry ini bukan untuk tunjuk bagus. Tidak sama sekali. Saya sekadar berkongsi ilmu baru. Kalau nak ikut, bolehlah ikut. Kalau tidak, tidak apa. heheheh!!

Leave a Reply