free
web stats

Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya di Stesen Minyak

Serius bagi kerajaan Malaysia dengan membuat macam ni. Habis manusia yang spesies pemalas macam saya ni macam mana? hahahaha! Ok gurau. Bagus jugalah betul dengan perlaksanaan SKLD ni.

Sekarang semua stesen minyak dekat Malaysia sudah melaksanakan sistem khidmat layan diri ni, kira bagus sangat dan semua pemandu kereta sudah biasa dengan isi minyak sendiri.

Tak adalah negara kita jadi pusat penempatan warga asing yang melampau-lampau jumlah kemasukan diorang dekat negara kita ni. Kurang jugalah peratusan kes rogol yang melibatkan warga asing kan?

stesen minyak caltex
stesen minyak caltex

Peluang Pekerjaan Macam Tidak Kurang Sangat

Sebelum sistem ini dilaksanakna, pihak berkenaan jangka sekiranya semua stesen minyak melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD), maka khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat.

Tetapi sekarang nampak bukan banyak kerja yang dirampas, sebab banyak stesen minyak masih ada upah pekerja warga asing untuk bantu mereka yang mempunyai masalah untuk isi minyak.

Keburukan

Tapi, saya rasa ada keburukan juga dengan buat sistem khidmat layan diri dekat semua stesen minyak ni. Pada pengalaman saya, bukan semua pemandu Malaysia ni terutama perempuan yang tidak pandai berdikari ni pandai isi minyak kereta pun.

Saya pernah beberapa kali nampak ada yang tertumpahkan minyaklah, ada yang nak angkat pili pam pun tak pandai. Tapi ini cuma jatuh pada sedikit orang saja, keramaian masih dapat isi minyak sendiri tanpa sebarangan masalah.

Walaupun kes macam ni ada berlaku selepas sistem layan diri dilaksanakan, tapi ia cuma sikit melambatkan masa dekat stesen minyak saja.

Untuk mengelakkan diri dari mengganggu pengguna lain yang nak cepat, kita perlu isi minyak dengan cepat dan selepas isi perlulah kita pandu lepas stessen minyak dengan cepat. Memanglah jarang sangat nak jumpa kes macam ni tapi saya rasa sebelum nak laksanakan apa-apa sistem baru pun, kita kena fikirkan masalah-masalah kecil macam ni.

Sistem Dilaksanakan Dengan Baik

Pada saya, sistem layan diri ni sekarang adalah dilaksanakan dengan baik dekat Malaysia. Semua pemandu sudah boleh isi minyak dengan baik dan beratur.

Dan hampir semua stesen minyak ada letakkan juga sekurang-kurangnya beberapa orang staff yang akan bantu pengguna yang ada masalah. Dekat Malaysia ni sudah boleh jadi macam dekat luar negara iaitu rakyat kita sudah boleh follow sangat dengan cara layan diri 100% ni.

Cara Untuk Isi Minyak Kereta Sendiri

1. Pilih pam anda dan memandu di sebelahnya. Lepas tu matikan enjin kereta. Perhatikan lokasi pengisi minyak, ada kereta yang mempunyai pintu tangki di kiri dan ada yang di kanan. Pastikan anda letak lokasi kereta anda dengan betul. Pastikan kereta anda cukup dekat dengan hos pam untuk memudahkan pengisian minyak.

2. Buka pintu pengisi minyak, sama ada dengan tekan suis di bahagian dalam kereta anda atau dengan kaedah apa sahaja yang disediakan dengan model kereta anda. Buka penutup dan letakkan di lokasi yang anda akan ingat supaya tidak lupa untuk letak balik hos pam lepas sudah isi minyak kereta anda.

3. Ikut arahan pembayaran pada pam gas. Hari ini, banyak stesen membenarkan pam dengan pakai kad kredit atau kad debit. Jika anda ingin membayar cara tradisional dengan wang tunai, anda mungkin perlu masuk ke stesen dan bayar sebelum angkat pam untuk isi minyak.

4. Selepas bayaran telah dibuat atau transaksi kad anda telah berjaya, maka anda boleh masukkan kad-kad seperti bonuslink untuk berkumpul mata dan masa depan anda boleh pakai mata ini untuk tukar hadiah atau jenis-jenis reward yang ada pada kad hadiah anda.

Jika anda tidak mempunyai kad hadiah, maka anda boleh skip dan terus akat pump minyak dan isi minyak ke dalam kereta anda.

5. Lepas sudah isi penuh, bolehlah anda taruh balik pam minyak ke tempat asalnya dan tutup penutup minyak kereta anda. Dengan ini, semua sudah siap dan anda perlu masuk ke dalam kereta anda dengan segera dan keluar dalam tapak stesen itu supaya tidak ganggu kereta lain untuk isi minyak.

Amaran Yang Perlu Anda Ingati Semasa Berada di Stesen Minyak

  • Anda tidak boleh hisap rokok, biarkan enjin kereta anda berjalan atau gunakan telefon bimbit semasa isi minyak di stesen minyak kerana percikan api boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
  • Jangan masukkan semula kereta anda semasa isi minyak, atau anda perlu sentuh rangka logam badan kereta anda terlebih dahulu untuk menghabiskan elektrik statik pada badan anda.
  • Semak manual kenderaan anda supaya anda tahu gred petrol yang betul untuk diisi ke dalam kereta anda. Anda perlu pastikan sama ada kereta anda perlu isi RON95, RON97 atau diesel.

Baca juga: Parking OKU Selalu Sangat Kena Ceroboh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *