stesen minyak caltex

Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya di Stesen Minyak?

Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya di Stesen Minyak?. Serius ke kerajaan Malaysia nak buat macam ni? Habis manusia yang spesies pemalas macam saya ni macam mana? hahahaha! Ok gurau. Bagus jugalah kalau betul SKLD ni akan dilaksanakan.

Kalau betul semua stesen minyak dekat Malaysia nak buat sistem khidmat layan diri ni, kira baguslah. Tak adalah negara kita jadi pusat penempatan warga asing yang melampau-lampau jumlah kemasukan diorang dekat negara kita ni. Kurang jugalah peratusan kes rogol yang melibatkan warga asing kan?

stesen minyak caltex
stesen minyak caltex

Semua stesen minyak dijangka melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) mulai bulan ini sekali gus menyaksikan khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal ditamatkan secara berperingkat-peringkat.

Tapi, saya rasa ada keburukan juga kalau nak buat sistem khidmat layan diri dekat semua stesen minyak ni. pengalaman saya, bukan semua pemandu Malaysia ni terutama perempuan yang tidak pandai berdikari ni pandai isi minyak kereta pun. Saya pernah beberapa kali nampak ada yang tertumpahkan minyaklah, ada yang nak angkat pili pam pun tak pandai. Macam mana tu?

Bila ada kes macam ni dan kalau betul sistem layan diri ni dilaksanakan, habislah. Mesti melambatkan masa dekat stesen minyak. Mengganggu pengguna lain yang nak cepat. Kan? Memanglah jarang sangat nak jumpa kes macam ni tapi saya rasa sebelum nak laksanakan apa-apa sistem baru pun, kita kena fikirkan masalah-masalah kecil macam ni.

Pada saya, sistem layan diri ni boleh je kalau nak laksanakan dekat Malaysia ni cuma kalau boleh dan lebih baguslah kot kalau kerajaan dapat letakkan juga sekurang-kurangnya seorang staff yang akan bantu pengguna yang ada masalah nanti. Dekat Malaysia ni belum boleh jadi macam dekat luar negara iaitu rakyat kita masih belum boleh follow sangat dengan cara layan diri 100% ni.

Dulu, sibuk dengan sistem Smart Card untuk masuk dalam bangunan kan? Tapi apa jadi?

Ada je masalah. Kes warga tua memanglah tak pandai sangat guna teknologi canggih-canggih ni, nak tak nak diorang akan panggil juga pak guard. hahahaha! Orang muda pula bukan tak pandai guna teknologi tapi lebih kepada perangai leceh nak bawa kad. Last-last, panggil juga guard.

Jadi, pada saya mungkin….mungkin je ya masalah macam ni akan terpaksalah kita hadap kalau betul sistem khidmat layan diri sepenuhnya dilaksanakan. Tak payah sepenuhnyalah kot, buat 90% pun ok lah. Berhentikan pekerja asing tapi ambil pekerja warganegara.

Saya ingat percubaan yang bagus ni tapi elok kalau ada attendan juga jaga macam sekarang ni. Kalau tak, lambat sepasal, bersepah sepasal, jem dan berebut lagi sepasal. Dan mungkin stesen minyak tu boleh pertimbangkan untuk tukar management. Kadang kala kita tidak berubah hanya disebabkan mentaliti sahaja. Sedangkan apa bila ia berlaku tak ada masalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *