free
web stats

Simpan RM500 dapat RM500 Banyaknya faedah di sebalik SSPN!

sspn

Adakah anda mempunyai kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12? Jika ya, maka anda boleh membuat pertimbangan untuk memohon dan membuka akaun Skim Simpanan SSPN.

dividen sspn

Kadar dividen SSPN pada tahun 2017 adalah 4%, kadar ini adalah lebih tinggi berbanding dengan skim simpanan tetap atau FD. Selain itu, SSPN turut menawarkan potongan cukai sehingga RM 6,000. Di samping menyimpan duit untuk masa depan anak, ibu bapa turut menjimat cukai sebanyak RM6,000.

tax time

Selain itu, SSPN turut menawarkan promosi RM 500 percuma RM 500! Apabila anda menyimpan RM500, pihak kerajaan turut akan mengkreditkan RM 500 ke dalam akaun SSPN anda. Promosi ini adalah terhad kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12.

simpanan sspn

Bagi mereka yang minat, layarilah https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000005626. Sebelum membuka akaun, diingati agar meneliti jenis akaun yang ingin dimohon. SSPN-i Plus merupakan skim yang mempunyai insuran Takaful, anda hanya perlu membayar kadar terendah (RM10) untuk perlindungan medikal sebanyak 36 jenis penyakit, kos masuk wad, wang khairat kematian dan lain-lain lagi.

pelan simpanan

Terdapat 6 pakej yang ditawarkan dalam SSPN-i Plus, antaranya Berlian, Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam. Malahan, pakej yang termurah hanya perlu dibayar bulanan sebanyak RM30. Contohnya, jika anda memilih pakej Intan, setiap bulan anda hanya perlu membayar RM30, RM20 akan menjadi simpanan dan selebihnya akan menjadi bayaran insuran. Dengan erti kata lain, hanya bayaran serendah RM10 sahaja untuk anda dapatkan perlindungan insuran.

Selepas menyempurnakan pendaftaran akaun, anda boleh membayar bayaran tersebut melalui laman web rasmi SSPN-i Plus yang tertera di atas. Jika anda berminat untuk membuka akaun atau ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut, layarilah laman web rasmi SSPN-i Plus: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000005626.

sspn-i

Dengan faedah yang bukan sekadar penyimpananan dana pendidikan, jangalah anda ragu lagi, bertindaklah sekarang.

Leave a Reply