free
web stats

Servis Sewa Kereta Terbaik Di Kuala Lumpur

Purata rakyat di Malaysia mempunyai kenderaan sendiri. Tetapi apabila kita ke satu-satu destinasi, kita rasa malas untuk memandu jauh lebih-lebih lagi yang duduk di luar bandar.

Masalah utama adalah duit minyak, tol, tidak mahir dengan jalan dan sebagainya. Masih ramai yang suka menyewa kereta apabila sampai ke satu destinasi atau negeri.

Saya juga ketika bercuti ke Langkawi semestinya akan menyewa kereta untuk mudah berjalan kemana-mana.

Malah ramai juga pelancong luar yang menetap atau bekerja di Malaysia menggunakan perkhidmatan sewa kereta untuk jangkamasa yang lama.

Kebetulan saya ada beberapa kali mendapat email dan komen bertanyakan tentang tempat sewa kereta.

Jadi, suka saya untuk kongsikan kepada anda maklumat ringkas sebuah syarikat sewa kereta terbaik di Kuala Lumpur.

KLezCar Rental Services

servis sewa kereta

servis sewa kereta

KLezCar Easy Car Rental Kuala Lumpur Malaysia adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa berpatutan dan harga terbaik di Kuala Lumpur.

Menyediakan kenderaan untuk disewa mengikut bajet, keperluan dan keselesaan anda. Pelbagai jenis jenama kereta sewa dari dalam dan luar negara.

KlezCar memiliki 53 wakil cawangan di sembilan (9) buah negeri di Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Baharu, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Orang utara dan pantai Timur juga boleh dapatkan khidmat kereta sewa dari mereka. Anda boleh menyewa untuk kegunaan persendirian, kumpulan atau untuk syarikat.

Perkhidmatan Terbaik KlezCar

Terdapat kategori sewa kereta mengikut bajet dan keselesaan anda. Pilihan atas tangan anda.

Tersedia pelbagai jenama kereta Malaysia yang lebih kecil dan jimat minyak seperti Perodua Viva Elite 1.0, Perodua MyVi 1.3 dan Proton Saga FLX (Compact Sedan).

Inginkan lebih keselesaan KLezCar juga memiliki pelbagai jenis MPV dan SUV bagi mereka yang suka melancong dalam kumpulan seperti Toyota Alphard 2.4, Honda Odyssey RB1 2.4 auto, Honda Freed 1.5 auto, Toyota Avanza 1.5, dan Estima L.

Selain itu KLezCar juga mempunyai beberapa pickup point. Anda boleh mengambil terus kereta sewa KLezCar di pickup point tersebut.

Memudahkan pelanggan dari KLIA, LCCT, Sepang, Putrajaya atau Cyberjaya. Tidak perlu tercari-cari di pusat bandar.

Untuk mengetahui lokasi pickup point anda boleh lawati laman web KLezCar untuk melihat sendiri lokasi pickup point yang disediakan.

Selain itu, KLezCar yang juga menawarkan perkhidmatan penghantaran di kawasan Kuala Lumpur.

KLezCar memberikan perkhidmatan menghantar terus kereta yang anda sewa di mana-mana Hotel di kawasan Kuala Lumpur, Bukit Bintang, KLCC, Menara KL, Putrajaya dan Cyberjaya.

Jadi anda tidak perlu bersusah payah menaiki kenderaan awam dan merentasi kesesakan lalulintas di bandar Kuala Lumpur untuk mengambil sendiri kenderaan yang anda sewa.

Cara untuk menyewa kenderaan di KLezCar sangat mudah. Anda hanya perlu membuat 4 langkah mudah.

*Pilih Tarikh, Masa dan Lokasi.
*Pilih kategori kereta sewa sama ada Ekonomi, Sedan, SUV dan lain-lain.
*Memulangkan kembali kenderaan yang anda sewa.
*Selesaiā€¦

  • Choose Your Desired Date, Time and Location.
  • Choose Your Car (Economy, Sedan, SUV, etc)
  • Pick an Extras (Optional)
  • And Checkout. KLezCar Your Easy Car in KL.

Bagaimanapun tempahan tertakluk pada terma dan syarat dimana kenderaan sewa KLezCar juga terhad. Anda hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu terutama pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

Jika anda ingin menyewa kereta dan mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati;

Laman Web : KLezCar.com
Klezcar all Branches Hotline Number : 1300 88 4040

Atau anda juga boleh menghubungi wakil cawangan KLezCar yang terdekat.

KLezCar Rental Branches

Mudahkan, bukan satu dua cawangan yang ada. Tidak mustahil kemana pun anda pergi pasti anda akan jumpa KL Easy Car Rental Services | Kuala Lumpur Ez Car Rental Service ini.

Jangan lupa simpan maklumat ini didalam telefon bimbit atau tab supaya memudahkan anda untuk menghubungi mereka terus nanti sekiranya anda memerlukan khidmat sewa kereta KLezCar.

Tidaklah saat akhir baru hendak tercari-cari hehe.

Leave a Reply