Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sembang Tentang Blogwalking

Dunia blog telah melahirkan satu fenomena baru iaitu blogwalking. Maksud blogwalking adalah merujuk kepada cara seseorang terjah dari blog ke blog yang lain sama ada blog yang popular (sudah semestinya) dan juga ada yang baru muncul di persada blog negara.

blogwalking

blogwalking

Mereka melawat ke blog untuk membaca, mencari maklumat atau suka-suka untuk meninggalkan backlink. Ada yang berniat baik. Tapi terdapat juga penggunjung yang berniat sebaliknya juga. Golongan yang baik dapat kita kenalpasti melalui komen-komen yang bernas dilontarkan.

Aktiviti blogwalkling memang mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan. Bagi satu blog, mungkin anda perlu menghabiskan 5 minit untuk membaca dan membuat komen dalam entri tersebut. Ada juga pengunjung yang suka menjadi pembaca senyap. Mereka ini cuma baca entri dan tidak akan meninggalkan sebarang komen. Namun kelibat mereka dapat dijejaki oleh pengesan yang di plugin oleh si pemunya blog.

Blogwalking membolehkan blogger mendapat ilmu, info dan panduan yang cukup luas. Mereka seumpama membaca sebuah buku. Blogger yang kehausan idea perlu blogwalking dahulu sebelum berkarya semula. Idea boleh diperolehi melalui aktiviti ini.

Jika blogwalking dilakukan oleh blogger, mereka akan mendapat kunjungan balik dari tuan punya blog. Saya sangat kagum kepada blogger yang boleh berkunjung balik ke blog. Beliau seorang yang beretika dan menghargai pelawatnya. Sama seperti dunia sebenar. Buat baik dibalas baik. Bayangkan kalau dapat 100 blog dapat dilawati. Kira congak paling tidak pun ada 50 orang akan bertandang balik. Senario begini mengwujudkan rantaian blogger dalam komuniti maya. (ceh wah!keluar dah word power)

Kepopularan seseorang blogger akan meningkat naik jika selalu bertandang ke blog orang. Maksudnya dah boleh jadi artis seorang blogger ini. Ramai yang bangga dan seronok melihat rangking naik. Namun tidak kurang juga rangking menjadi pelawat naik mencanang. Pastikan kita meninggalkan jejak. Senang peranti teknologi jejak kita balik. Ketegaran seseorang berblogwalking mengharumkan namanya dan mudah diingati oleh para blogger lain. Untuk itu beri keharuman melalui komen yang bernas dan berkualiti.

Tidak semua blogger mampu buat aktiviti blogwalking setiap hari. Cabaran utama ialah masa, kelajuan internet dan teknologi gajet yang dimiliki. Jika bekalan ini mencukupi sudah tentu kita dapat blogwalking lebih jauh dan lebih banyak.

Meskipun blogwalking bukan satu kemestian namun aktiviti ini memberi impak besar dalam penentuan Alexa menerusi backlink.

Masa yang paling seronok untuk buat blogwalking adalah bila ada masa lapang dan kelajuan internet yang baik. Satu lagi faktor yang tumbuhkan keseronokan blogwalking ialah keupayaan tuan blog untuk membalas komen yang ditinggalkan oleh para pembaca.

Dalam dunia internet, ada yang suka blogwalking dan ada yang tak. kalau bagi saya, saya memang suka blogwalking. Lebih-lebih lagi kalau blog itu memberi info yang menjadi perkongsian bersama. Cerita personal pun saya layan juga tapi tengok juga cara ceritanya. Kalau gosip artis, saya sudah jarang sikit. Sebab kerap kali tentang benda yang sama saja kan. Tetapi jika content yang ditulis oleh blogger adalah terlalu rumit atau di luar pengetahuan saya, maka susah untuk saya buat sebarangan komen dan adalah lebih senang bagi saya jadi silent reader saja untuk elakkan supaya tidak tersalah komen dengan pandangan yang tidak betul.

Leave a Reply