free
web stats

Sekitar di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013

Pesta Wau Antarabangsa 2013
Pesta Wau Antarabangsa 2013

Sekitar pukul 4:30 petang tadi saya sempat untuk bawa bersama anak-anak dan isteri saya sekali pergi berkunjung ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 di Pantai Geting, Tumpat. Pesta Wau Antarabangsa ni sudah bermula sejak 29 Mei lepas lagi dan kemuncaknya adalah jatuh pada hari  esok, 1 Jun 2013.

Seingat saya pesta wau antarabangsa ni diadakan dan ditajakan setiap tahun di Kelantan di bawah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Dulu-dulu tak pernah saya mempunyai kesempatan untuk pergi ke pesta wau antarabangsa ni, tetapi kali ni alhamdulillah hajat saya yang terpendam sejak dulu lagi akhirnya tercapai. Akhirnya aku dapat peluang untuk mengunjungi pesta yang meriah itu.

Niat paling utama nak gembirakan  anak saya yang amat suka untuk tengok cerita Upin & Ipin dalam episod Terbang Tinggi-tinggi yang berkisarkan tentang wau. Cuma petang tadi tak dapat tengok wau bulan. Kalau nak tengok wau bulan pukul 9 malam ni ada pertandingan wau 5′×5′.

Apa yang menarik tentang terbangkan wau pada waktu malam adalah semua wau akan dihias dengan pelbagai lampu dan mereka akan bercahaya di gelap malam.

Niat di hati nak pergi tengok sebab tak pernah dalam hidup saya dapat tengok wau yang bercahaya ni. Tapi disebabkan jarak Tumpat dengan rumah saya lebih kurang 40km, saya lebih khuatir untuk duduk rumah tengok Raja Lawak 7 jelah nanti hehe.

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 kali ini disertai oleh peserta-peserta dari 18 buah negara. Negara-negara ini termasuk Australia, Thailand, Indonesia, China, Jepun, Perancis, Singapura dan banyak lagilah wakil dari setiap negara yang menyertai Pesta Wau Antarabangsa ke-31 ni.

Tentulah sekali ia tidak dikecualikan juga peserta dari negara kita sendiri. Bukan peserta pun ramai yang main layang-layang tadi sekadar memeriahkan lagi seluruh ruang udara di Pantai Geting.

Kelihatan amat meriah sungguh tentang suasana di Pantai Geting tadi. Tapi apa yang kurang sempurna adalah tandas awam yang disediakan. Orang punyalah ramai sampaikan air dalam tandas tak cukup untuk tampung jumlah pengunjung yang datang.

Lagi satu ialah tempat parking kereta di Pantai Geting bukan banyak sangat. Nak dapatkan parking kereta pun agak susah tadi.

Oklah. Penat sebenarnya ni. Boleh anda layankan jelah 30 keping gambar yang sempat saya shoot tadi. Sila abaikan setting kamera yang kelaut tadi haha.

wau 1

wau 2

Boleh anda lihat sendiri memang terdapat macam-macam bentuk wau yang ada. Tapi…entahlah nak panggil wau atau belon. Macam belon je tapi ianya wau. Layang-layang lagi sesuai kot? Lantaklah haha

wau 3

Buaya gergasi dengan Hannuman pun ada. Yang dua ekor ni memang besar betul. Macam raksasa. Tercari-cari jugak Ultraman daripada peserta Jepun hehe.

wau 4

Ini peserta dari Indonesia.  Dia punya barulah betul-betul wau sebab ada busur. Tapi bunyinya tak berapa kuat walaupun dah pasang dua busur.

wau 5

Wau warna hitam tu milik peserta dari Indonesia tadi. Nampak macam kecik je kan? Tapi sebenarnya…

wau 6

Besau jugak weh! Bersusah-payah peserta Indonesia ni nak turunkan wau dia sorang-sorang.

wau 7

Kuda laut dah jadi kuda langit hehe.

wau 8

Red Devil pun ada haha.

wau 9

Ini peserta dari Australia dengan wau bentuk SpongeBob SquarePants. Tak sempat nak shoot gambar SpongeBob SquarePants dia dah turunkan dah.

wau 10

Ini mungkin pasangannya kot.

Yang ni pulak tak pasti peserta dari negara mana. Nampak tali yang ikat badan dia? Kenapa agaknya?

wau 11

Ini salah satu daripada belon dia. Punyalah besar tahap dewa. Ini baru sekor. Kat atas ada lagi berekor-ekor belon yang belum dia turunkan. Yang uniknya kesemua belon dia yang besar-besar tu hanya menggunakan satu tali sahaja yang diikat pada badannya.

wau 12

Sekali tengok macam alien nak serang Bumi je hehe. Kreatif betul peserta-peserta ni.

wau 13

Antara negara yang menyertai pertandingan di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 kali ini.

wau 14

Wau kat atas ni best. Ibarat Devastator dalam Transformers 2. Dah la besar dan berduri, berpusing-pusing pulak tu. Gambar kat bawah ni tuannya. Tak dapat dikenalpasti dari negara mana.

wau 15

wau 16

Gambar atas ni daripada peserta Thailand. Siap ada asap merah lagi. Diorang punya wau yang kembar empat tu.

wau 17

wau 18

Sebenarnya nak pergi pada hari pertama Pesta Wau Antarabangsa 2013 ni diadakan lagi tapi disebabkan sibuk dengan urusan lain terpaksalah ditunda ke petang tadi. Esok barulah acara Wau Bulan yang sebenar yang saya nak tengok sangat tapi apa boleh buat esok saya dua kali sibuk.

Kepada yang tinggap berhampiran atau sekitar Kota Bharu tu bolehlah luangkan masa untuk ke Pesta Wau Antarabangsa ke-31 ni di Pantai Geting, Tumpat esok sebagai acara terakhir dan juga penyampaian hadiah. Negara manalah agaknya yang juara kali ni?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *