free
web stats

Santai dan Jalan-jalan di Paris

Ketika saya pergi berjalan-jalan di Paris dalam akhir bulan Mac yang lepas masa yang lama dalam perjalanan peribadi, tetapi berbagai-bagai perubahan yang boleh saya lihat di sini. Antara yang saya perhatikan adalah penduduk di sini amat memandang serius mengenai masalah kesihatan dan alam sekitar di tempat tinggal mereka.

Kalau 3 tahun dulu, saya dapat lihat sesetengah jalan-jalan di sini mempunyai laluan untuk berbasikal dan saya mula berfikir untuk menunggang basikal di bandar Paris.

Masalahnya cuma satu sahaja, iaitu saya bukan seorang yang pandai menunggang basikal. Jarang dapat cari orang macam saya ni kan? Entah macam mana seorang lelaki macam aku ni yang tak pandai tunggang basikal.

Saya bukan tak pernah cuba menunggang basikal, masa kecil-kecil dulu memang pernah belajar menunggang. Bila sudah dewasa terus dilupakan sahaja kerana kenderaan pertama yang saya beli adalah kereta dan bukan motosikal. Jadi lupakan saja niat untuk belajar menunggang basikal.

Saya terfikir alangkah bagusnya sekira bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai perkhidmatan basikal awam untuk semua orang menunggang basikal. Seperti di kota Paris pihak berkuasa di sana menyediakan perkhidmatan basikal awam ini di mana-mana sahaja.

Anda lihat sendiri gambar di bawah ini. Banyak basikal yang disediakan di tepi jalan. Bukan satu tempat saja tetapi banyak jalan yang boleh anda temui dengan basikal yang disediakan. Ini amat memudahkan sesiapa yang ingin tunggang basikal boleh terus ambil dan tunggang.

paris
paris

Basikal- basikal ini boleh disewa dan digunakan serta dikenakan dengan bayaran tertentu. Pada saya ini sudah menunjukkan mesra pengguna terutama kepada para pelancong yang melancong ke Paris dan ingin menunggang basikal untuk melawati tempat menarik di sini. Mereka boleh menyewanya dan kembalikannya selepas digunakan.

Apa yang menabjubkan bagi saya adalah mereka menggunakan sistem automasi atau meter sekiranya hendak menggunakan basikal yang disediakan. Lihat gambar di bawah untuk memahami apa yang saya maksudkan.

paris1
paris1

Oh ya, adalah satu lagi perkara yang saya nak ingatkan kepada anda semua. Iaitu jangan anda cuba melarikan basikal ini kerana ianya dilengkapi dengan sistem GPS yang boleh mengesan kedudukan basikal yang anda sewa itu. Dan satu lagi perkara yang perlu anda ingat ialah jangan cuba gunakan basikal ini tanpa membuat bayaran terlebih dahulu.

Ini kerana basikal ini telah pun dikunci pada panel yang disediakan (sila rujuk gambar di bawah). Anda perlu masukkan kod kunci terlebih dahulu untuk menyahaktifkan sistem keselamatan basikal tersebut. Adakah anda nampak meter automasi yang ditunjukkan dalam gambar di atas tu? Itulah dia, tempat situ yang anda perlu buat bayaran.

basikal paris
basikal paris

Jadi, anda semua rasa bagaimana kalau alternatif ini juga digunakan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan lain-lain bandar yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas. Saya rasa sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan jika sistem basikal yang lengkap dapat dilaksanakan di negara kita. Janganlah pula ada yang bersikap vandalisme di sini ya.

Lain Tempat Yang Menarik

The Louvre
Louvre adalah muzium seni terbesar di dunia. Bangunan ini pernah menjadi rumah kepada Raja-Raja Perancis, termasuk Louis XIV. Semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18, Louvre ditukar ke muzium.

Louvre adalah banyak besar dan anda boleh menghabiskan beberapa hari di sini. Anda boleh dapat melihat lukisan yang popular seperti Mona Lisa, Venus de Milo, dan Victory Winged di sini.

Pont Neuf
Pont Neuf adalah jambatan yang tertua di Paris. Ia menghubungkan Right Bank dengan Ile de la Cite. Dari jambatan ini, boleh anda nikmati pemandangan yang indah di Seine River, Pont des Arts (jambatan seterusnya di sungai ini), dan Menara Eiffel yang boleh dilihati di kejauhan.

The Conciergerie
The Conciergerie boleh digabungkan dengan lawatan ke Sainte Chapelle, kerana lokasi mereka cuma di sebelah satu sama lain. Tempati ini adalah tempat di mana Marie Antoinette dan juga orang yang lain yang dipenjarakan sebelum dibawa ke Place de la Concorde untuk dihukum mati.

Versailles
Versailles adalah chateau diraja yang terletak di pinggir Paris. Pada tahun 1682, Raja Louis XIV memindahkan Mahkamah Diraja dari Louvre ke Istana Versailles. Selama lebih kurang 100 tahun, ini adalah bawah pemerintahan Perancis.

Ia berakhir pada 1789 dengan Revolusi Perancis. Raja ini kembali ke Paris dan sejak itu, bandar Paris kekal sebagai pemerintah di bawah kerajaan untuk Perancis. Semasa lawatan anda ke Versailles anda akan melawat istana dan bersiar-siar di taman-taman yang indah di sana.

Makan Makanan Crepes Di Tepi Jalan
Penjaja kecil yang menjual crepes boleh didapati di seluruh Paris. Makanan ringan ini amat enak dan lazat untuk dimakan. Ia dijual dengan harga murah untuk memenuhi perut anda dan memberi kepuasan kepada anda ketika bersiar-siar.

Baca juga: Pengalaman Berkunjung ke Negara Jepun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *