free
web stats

Salam Browser : Lindungi Privasi Diri Dalam Talian

Dunia online ni memang ‘best’ sebab menjadikan dunia lebih kecil hanya melalui sentuhan di hujung jari saja. Klik sana klik sini, taip-taip, cari-cari terus jumpa apa yang dikehendaki.

salam browser

salam browser

Namun, internet boleh menjadi sebuah medan di mana anda ditipu, dipermainkan atau dibuli.

Dunia dalam talian boleh menjadi ‘sahabat’ atau ‘musuh’, semuanya bergantung kepada langkah anda menggunakannya. Kalau digunakannya dengan bijak, adalah manfaatnya. Tetapi, kalau digunakan tanpa berhati-hati, padah menanti dan mungkin menyesal di kemudian hari.

Jangan berkongsi sesuka hati

Dalam dunia online, tidak perlulah berkongsi sesuatu yang peribadi sesuka hati. Perlukah anda berkongsi status di laman sosial media seperti “Tinggal sorang diri kat rumah malam ni. Yang lain semua balik kampung!” dan menetapkan lokasi anda sedang berada? Tidakkah tindakan ini mengundang bahaya tanpa anda sedari?

Dengan berkongsi maklumat seperti di atas mungkin stalker, pencuri identiti atau seseorang yang sedang bosan dan hanya mencari mangsa untuk diejek, dibuli atau didedahkan. Berkongsi maklumat sebegitu seolah-seolah anda menggalakkan mereka yang berniat jahat ‘stalk’ dan kacau anda. Ohhh…takutnya !!!

Pencuri identiti

Siapakah yang sedang perhatikan anda ketika ‘online‘ dan mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda? Siapa yang boleh membaca e-mel dan kemas kini Facebook anda? Siapa yang boleh mengesan ketika anda ‘surfing internet’?

Semua aktiviti anda ketika ‘online’ boleh dipantau oleh :

  • Penyedia pekhidmatan internet– Dari alamat IP anda, penedia perkhidmatan internet tahu semua yang anda lakukan dalam talian, termasuk ‘browser’ yang anda gunakan, web yang anda lawati , e-mel yang anda hantar dan terima, fail yang anda muat turun, dan lain-lain. Mereka juga boleh mengenal pasti nama dan lokasi anda.
  • Syarikat perniagan atau pengiklan
  • Majikan
  • Kerajaan
  • Penggodam atau penjenayah siber
  • Hacker

Lindungi maklumat peribadi anda

Dalam talian maklumt peribadi seperti nama penuh, alamat, sekolah atau tempat pengjian, tarikh lahir, alamat e-amail, maklumat akaun bank, nama id dan ‘password‘ semua itu sangat penting kerana dengan maklumat tersebut membolehkan anda mengurus kehidupan dengan lebih mudah.

Tetapi jangan sesekali anda mendedahkan maklumat tersebut kepada umum atau kepada syarikat yang tidak boleh dipercayai.

Maklumat peribadi seperti yang dinyatakan boleh digunakan bagi tujuan penipuan oleh mereka yang berniat jahat. Mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menggunakan maklumat anda untuk membeli-belah online, mendaftar dengan komuniti online, dan sebagainya, atau menggunakan nama anda untuk menjual produk, menipu atau menyebarkan cerita palsu.

Jadi, bagaimana caranya untuk melindungi privasi anda ketika dalam talian?

  1. Tukar kata laluan anda dengan kerap.
  2. Buat sedikit kajian tentang laman web itu dan apa yang ditawarkannya, baca ulasan daripada pengguna-pengguna lain.
  3. Elakkan daripada memasuki laman sesawang bila terdapat peringatan bahawa ia tidak selamat. Cara kenal pasti laman web adalah selamat.
    • Kebanyakan pelayan (browser), termasuk Firefox, Chrome, dan Internet Explorer mempunyai fungsi untuk memberi indikasi jika laman itu ‘disahkan selamat’ (verified as legitimate). Terbaru adalah Salam Browser, pelayar web Islamik.
    • Verified bermaksud selamat. Untuk lebih selamat, muat turun versi pelayan yang terbaru.
    • Taip sendiri URL. Elakkan dripada terus klik pada pautan daripada e-mel atau mana saja walaupun ianya lagi mudah.
    • ‘https’ dalam URL adalah lebih selamat berbanding ‘http’.
  4. Sebelum meneruskan pembayaran online, pastikan ia mempunyai ikon secure.
  5. Mendedahkan maklumat peribadi di laman web yang mencurigakan adalah tidak selamat. Syarikat yang mempunyai reputasi baik adalah lebih selamat.
  6. Kemaskinikan perisian antivirus anda dengan kerap.
  7. Hanya dedahkan maklumat peribadi anda di laman web setelah anda pasti ia betul-betul selamat.
  8. Berhati-hati apabila membuka e-mel, klik pada pautan, atau memuat turun lampiran – Salah satu helah kegemaran penjenayah siber adalah untuk berpura-pura menjadi bank atau lain-lain.
  9. Berhati-hati ketika anda berkongsi sesuatu di laman media sosial.
  10. ‘Delete’ atau kosongkan ‘cookies’

Lindungi Privasi Diri Dalam Talian dengan Salam Browser

Salam Browser adalah pelayar web yang mementingkan adab dan sopan santun kepada umat Islam seluruh Dunia dan sangat prihatin dalam memastikan pencegahan laman lucah, perjudian dan kandungan yang berbahaya seperti scam, phishing dan penipuan internet serta melindungi privasi anda sebagai pengguna.

Terdapat juga fungsi VPN percuma yang sudah sedia terbina dalam pelayar Salam yang dapat membantu menyembunyikan alamat IP dan geolokasi pengguna untuk mengelakkan daripada dikesan atau maklumat peribadi mereka diceroboh. Maklumat lanjut berkenaan Salam Browser boleh layari laman web Salam Browser – Pelayar Web Prihatin Anda.

Baca juga:
Patutkah Undang-Undang Siber di Malaysia di Perketatkan?

Leave a Reply