free
web stats

RM 300 Dalam Masa 2 Hari Rezeki Komisyen Affiliate

Alhamdulillah. Rezeki Allah yang beri kepada saya awal-awal pagi ini. Ok, sebab nak bagi tajuk nampak cool sikit jadi saya letaklah RM300 tetapi sebenarnya jumlah komisyen affiliate yang saya dapat bukan RM300 tetapi adalah RM280. Mungkin ini boleh digunakan sebagai rujukan tambahan untuk entry sebelum ini.

4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate

Boleh baca pada tulisan seterusnya yang saya ingin kongsi dengan anda untuk mengetahui tips Affiliate daripada saya yang tidak seberapa ilmunya. Lepas tu, bolehlah tengok pula screenshot jumlah komisen yang saya dapat hasil daripada usaha mempromosikan produk di Facebook. Lepas ni saya dah boleh beli ebook Kuasa Viral Aplikasi FB pula. hehehehehe!

tips affiliate

Saya taklah pakar Affiliate sangat pun tapi bolehlah sikit-sikit nak bagi tips pasar malam. hahahaha!

Sebenarnya, nak buat duit secara online taklah susah mana pun kalau tahu tips yang betul dan dipercayai. Program Affiliate pada saya satu cara paling mudah nak buat duit sekiranya anda langsung tiada modal. ZERO! Macam saya masa mula-mula dululah.

Cuma, saya ingatkan di sini untuk menyertai mana-mana program Affiliate, anda mestilah bijak memilih program mana yang betul-betul akan beri anda bayaran dan kenalah tahu sikit cara untuk lakukan promosi. Jadi di sini saya berikan 4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate!

Tips 1: Program affiliate adil dalam pembayaran komisyen

Ini memerlukan logik akal ya. Bayangkan program affiliate yang anda sertai itu menjual 1 produk dengan harga RM100 dan anda hanya diberi komisen berjumlah RM10. Adil ke? Tidak bukan? Jadi, jangan join ok. Lubuk Affiliate terbesar dan boleh beri komisen yang adil anda boleh dapati bila sertai Jom Niaga. Saya dapat komisen yang besar 🙂

Tips 2: Program affiliate mempunyai sistem tracking yang bagus

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda di klik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda. Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancangan akitiviti promosi anda. Program Affiliate Jobdirumah sediakan sistem tracking yang memuaskan. Oh ya, tadi baru je saya dapat email penerimaan komisen baru. Alhamdulillah

Tips 3: Kekerapan dan kaedah pembayaran

Next, tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate adalah anda perlu selidik kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Yang ini kenalah ikut pada tahap keperluan kewangan anda ya. Macam saya, saya pilih Program Affiliate yang akan beri komisen setiap minggu. Jom Niaga paling laju dan terurus bab setelkan komisen. Tiap minggu (hari RABU) insyaAllah dalam akaun saya ada duit dimasukkan.

Tips 4: Ilmu pengetahuan anda mengenai produk tersebut

Ini tersangatlah penting. Macam saya, memang tak faham langsung pasal hartanah jadi saya memang tak akan promosikan program affiliate berkenaan tajuk berkaitan sebab membazir masa. Saya akan pastikan produk yang saya nak promosikan tu saya minat, suka dan paling penting saya ada ilmu serba sedikit berkenaannya. Antara maklumat produk yang anda perlu ambil tahu ialah:-

  • Promosi pada golongan mana
  • Berapa modal yang di perlukan
  • Kaedah promosi yang paling berkesan
  • Bagaimana hendak menulis copywritng yang menarik
  • Keyword yang ada permintaan dan
  • Sebagainya.

Ini saja 4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate. Jangan salah pilih program buat duit, nanti anda juga yang rugi masa dan tenaga. Habuknya tak dapat juga. Kalau serious untuk jana 4-5 angka jumlah pendapatan bolehlah beli pakej kursus affiliate dibawah ni. Kenalah keluar modal sikit. Nak FREE je mana boleh -..-

Tapi, kalau tak minat nak tambah pendapatan dengan program macam ni bolehlah cuba dengan berniaga. Lepas tu, kalau dah ada banyak sangat duit, tak perlu nak sertai mana-mana program buat duit pun tak apa.

Tak perlulah nak reveal program Affiliate apa kan? Tapi, haruslah yang teror mesti boleh agak program apa ni. Tapi itu tak penting langsung. Apa yang penting, ambillah screenshot ini dan jadikan entry RM 300 Dalam Masa 2 Hari Rezeki Komisyen Affiliate ini sebagai penaik semangat join affiliate. hehehehe!

Lepas ni bolehlah kerja lebih sikit. Mana tahu boleh jadi pakar affiliate (poyo eh kau). Inilah seronoknya bila ada blog sendiri. Tak membazir sebab saya boleh dapat income juga daripada blog ini. Semoga selepas entri RM 300 Dalam Masa 2 Hari Rezeki Komisyen Affiliate ini, saya akan hasilkan 1 lagi entry dengan jumlah yang lebih besar.

Oh ya, masih ingat dengan perkongsian saya berkenaan Perbaiki Diri Dengan Jurnal Inspirasi Prof Muhaya? Tahu tak, minggu lepas saya tulis saya mahu dapatkan duit RM1000 dalam tempoh seminggu di dalam jurnal itu di slot “fokus kewangan” dan alhamdulillah tercapai. Hasil jualan Al-Quran Pelangi pelbagai versi sangat membantu. Alhamdulillah.

Tips mudah untuk tarik rezeki, keluarkan untuk tujuan sedekah, agama, atau membantu haiwan. InsyaAllah duit yang dikeluarkan akan diganti balik. Cinta Islam, Allah mudahkan semuanya.

Leave a Reply