Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Aiskrim Goreng Untuk Orang Pemalas

Resepi aiskrim goreng yang saya suka sediakan in the house!!! hahahahaha! Sebenarnya tengah mengidam sangat nak makan aiskrim goreng buatan sendiri. Tapi, tunggu free time nak shopping sikit untuk penyedian simple resepi aiskrim goreng nanti. Sementara tu, kita share resepi jelah dulu ya.

aiskrim goreng

aiskrim goreng

Resepi Aiskrim Goreng Mudah Tapi Kalau Malas Tetap Jadi Susah

Bahan-bahan untuk resepi aiskrim goreng:

  • 10 keping roti putih (kalau rasa hidup tu kaya sikit dah, belilah roti gardenia.kalau tak berapa nak kaya macam saya, bedal je roti apa pun)
  • 5 scope aiskrim (tapi kalau saya cuma guna sudu mak je dekat dapur. kalau sudu tu petak, asikrim jadi petaklah. Takpe, asalkan boleh makan.hahahambar)
  • Plastik (malaslah nak guna plastik. masuk je dalam tupperware mak. MAK lagi. hahahaha!)
  • Minyak ( untuk goreng aiskrim sama roti)

Cara-cara untuk membuat resepi aiskrim goreng itu:

  • Ambil semua roti dan biarkan lembab dengan campuran air. (sama ada anda ingin sembur air dengan sikit-sikit pun boleh, jika nak gelekkan pun boleh saja. Cuma perlu ingatkan jangan biarkan roti jadi terlalu lembik.)
  • Lepas tu ambil keluar aiskrim dan taruh atas roti.
  • Ambil lagi sekeping roti dan taruh di atasnya.
  • Tekan acuan telur yang mempunyai bentuk tu. Anda juga boleh pakai cawan plastik jika tak dapat acuan telur. Boleh sediakan ikut citarasa sendiri. Biarkan segi-empat, bulatan, star, apa-apa bentuk pun boleh. Pakai alat ini untuk putuskan roti. (Apa yang perlu dingati adalah anda perlu memastikan¬† bahawa roti kekal bercantum lepas tekan supaya aiskrim tidak boleh meleleh keluar dari roti)
  • Lepas siap semua, boleh anda balut roti yang mengandungi aiskrim tu dengan plastik.
  • Masukkan dalam peti sejuk pembeku sekurang-kurangnya¬† 3 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk pembeku dan masuk dalam pan yang ada minyak yang panas sehingga ia jadi kuning keemasan. (Sebelum masuk dalam pan, perlu pastikan minyak sudah cukup panas. Jangan masak terlalu lama, dalam satu minit¬† sudah cukup.)

Jika anda sudah cuba dengan resepi ini tapi tak jadi, janganlah marah saya. Perlu anda cuba beberapa kali sampai berjaya. Jangan terlalu senang putus asa ya. Ok, tak sabarnya nak buat aiskrim goreng sendiri sekarang!

Leave a Reply