free
web stats

Renew Lesen Perniagaan SSM Secara Online

Adakah anda tahu bahawa kita boleh renew lesen perniagaan SSM kita secara online? Sekira anda tidak tahu macam mana renew, maka boleh anda baca terus baca artikel ini untuk tahu caranya.

Hari ni aku pergi ke pejabat SSM untuk renew lesen perniagaan aku. Minggu lepas baru akku perasan bahawa sudah tamat tempoh sebenarnya lesen perniagaan aku.

Tapi memandangkan tak ada masa untuk ke SSM, jadi aku biarkan ianya berlalu bagaikan angin lalu sepoi-sepoi bahasa melayu.

Hari ini secara tiba-tiba aku rasa aku kena renew lesen perniagaan aku. Sebab rasa kalau tidak, rasa bersalah saja dengan terus jual spender dengan bra secara online. Jadi aku buat keputusan untuk pergi ke pejabat SSM dan renew lesen aku pagi ni.

ssm
ssm

Perlu Beratur Juga Walaupun Sampai Awal

Aku terus pecut ke SSM pepagi buta untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Tetapi macam biasalah, walaupun saya sampai agak awal, masih aku tetap beratur untuk mengambil nombor giliran. SSM memang setiap hari juga dipenuhi oleh manusia dengan berbagai bangsa.

Bila sampai giliran aku, aku pun pergi ke kaunter berkenaan dan serahkan semua dokumen untuk renew lesen perniagaan aku.

Masa awek kaunter tu tengah renew kan lesen aku tu, aku sesaja liuk lenturkan postur tubuh aku dengan postur yang paling mengiurkan sekali. Dengan harapan agar aku boleh dapatkan nombor telepon dia. Senanglah lepas ni renew takyah beratur, tapi mesej saja. Heh heh. Tapi bila muka dia usyar ketat kat aku, aku terus insaf. Terus aku tanya,

” Lesen perniagaan ni, boleh tak kalau nak renew secara online? Bukankah macam ini mudah sikit kerja? Tak perlulah buang masa banyak untuk datang ke pejabat. Masa bagi saya ibarat emas. Setiap detik yang berlalu kat sini lebih berbaloi kalau saya habiskan dengan tidur.”. (Ambik rangkap pertama je. Rangkap seterusnya tu aku tanya dalam hati je.)

Dengan hairannya, saya dapat jawapan daripadanya bahawa saya boleh membuat demikian!

Betapa gembira berkepalang aku rasakan masa tu. Terus aku dapatkan cara-cara macam mana nak renew lesen perniagaan secara online. Lepas penjelasan daripadanya, rupanya bukan susah sangat untuk lakukan pun.

Apa yang perlu buat adalah:

  1. Pergi ke pejabat SSM.
  2. Daftar sebagai PENGGUNA PORTAL EZBIZ dengan menggunakan alamat emel yang sah. Boleh anda gunakan komputer yang disediakan dalam pejabat SSM tu untuk membuat pendaftaran.
  3. Masuk ke laman Portal ezbiz.ssm.com.my.
  4. Cari perkataan ‘ I am new. Sign Up’.
  5. Picit kotak Sign Up tu.
  6. Lepas tu, komputer itu akan ugut anda untuk isikan nama ID, Password, emel, nama dalam I.C, nombor I.C , alamat perniagaan, nombor telefon perniagaan, dan gambar Selfie paling seksi (ok, yang ni aku tipu).
  7. Lepas anda sudah isi semua maklumat yang diperlukan tu, nanti akan ada satu emel masuk ke dalam kotak emel anda.
  8. Bila sudah terima emel berkenaan, print keluar emel tu. Printer juga ada disediakan di sana. Kalau tak dapat print, anda boleh marah kakitangan di sana dengan berbakul-bakul(Tapi apa yang akan terjadi kemudian adalah tanggungjawab anda sendiri).
  9. Bawa emel yang sudah print keluar tu ke kaunter. Serahkan apa yang anda print tu kepada kakitangan di kaunter tu dan dia akan aktifkan ID portas ezbiz anda tu masa tu juga. Kalau tak aktif, anda boleh berdiri di depan kaunter tu sambil buat muka yang paling garang sekali sambil ugut untuk berbogel di khalayak ramai kalau masih belum dapat diaktifkan dalam masa terdekat.
  10. Lepas akaun sudah aktif, maka sekarang anda sudah boleh renew lesen SSM anda secara Online dah. Anda boleh masuk ke ezbiz.ssm.com.my dan uruskan semuanya di dalam portal ini.

portal ssm

Berikut adalah cara-cara untuk renew lesen perniagaan di Portal ezbiz.ssm.com.my

  • Masukkan Login ID
  • Masukkan Password
  • Isikan Verification Code yang tertera tu
  • Picit Sign In
  • Renew lesen perniagaan secara online
  • Lepas masuk je ke halaman utama Portal tu, ikut Step-Step kat bawah ni.

ezbiz renew

Ok, ini saja. Bukan susah sangat kan? Lepas ni aku boleh renew lesen perniagaan sambil tengok Janna Nick berlakon lagi. Tidak perlu aku bangun awal dan tergesa-gesa pergi ke pejabat SSM dan beratur panjang-panjang.

Tidak perlu aku menempuh kesesakan luar biasa jalan raya di KL ni, tak perlu pening-pening nak parking motor di tempat parking yang tak ada bumbung. Sekarang semua proses boleh diuruskan dengan cepat, mudah dan jugak boleh Renew bila-bila masa. 24 jam sehari Portal ni beroperasi.

Aku harap lepas ni kalau nak Daftar Lesen Perniagaan pun boleh dilakukan secara Online. Lebih mudah untuk peniaga-peniaga berniaga secara halal lepas ni.

Baca juga: Tip-Tip Usahawan Kecil Rahsia Besar Cara Perniagaan Rasulullah

1 thought on “Renew Lesen Perniagaan SSM Secara Online”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *