teknik seo

Rahsia Teknik SEO Yang Saya Perlu Belajar

Rahsia Teknik SEO ni sebenarnya ada banyak jika anda betul-betul minat nak belajar. Kalau biasa dengan Teknik SEO, memang tak susah nak “goda” Google. Cuma, Teknik yang mana satu yang betul-betul berkesan tu memang saya tak boleh nak sembang dengan banyak.

teknik seo
teknik seo

Bukan saya kedekut untuk berkongsi ilmu bersama anda, masalahnya Teknik SEO ni sebenarnya kena rajin cuba sendiri. Pengetahuan saya sampai sekarang pun tak berani saya cakap adalah sampai tahap pakar SEO. Saya tak tahulah kalau blogger yang sudah otai dalam dunia blogging ni ada formula SEO yang spesifik dan memang diorang gunakan untuk setiap blog, terus menjadi. Itu memang betul-betul otai SEO tu namanya. hahahaha!!

Saya tak berapa pandai sangat bab Teknik SEO ni. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak. Biasalah sebab Search engine pun bukan tak pandai kan. Diorang pun selalu je tukar-tukar algoritma untuk tentukan indeks dekat carian enjin diorang. Hobi agaknya. hahahaha!!! Macam blogger Mohd Isa ada tulis entry bertajuk Infografik Google Panda Setahun Yang Lepas. Pasal algoritma juga. Baca sendiri. hehe!

Tapi, jangan salah faham ya. Entry saya kali ni tak ada langsung tips-tips SEO daripada saya sendiri. Saya tengah belajar sekarang ni, sebab tragik organik saya menurun sikit tapi tak banyaklah. Sementara tak turun banyak, baiklah saya cari ilmu baru pasal Teknik SEO kan.

Saya ada join Apesal.com. Saya terbaca 1 artikel dengan tajuk Nak Traffik? Jom belajar SEO. Bila baca entry tu, saya cuma dapat list penting berkenaan SEO je. Hampa! Tapi, tak apa. Saya boleh cari sendiri dan ini antara bab-bab (kemain) yang saya nak belajar sekarang ni. Antaranya:-

  • Belajar Onpage SEO
    • Contoh tutorial: Belajar SEO On-Page Daripada Analisis Moz Blog
  • Belajar Offpage SEO
  • Apa itu Backlink? Kenapa anda perlukannya?
  • Bagaimana backlink berfungsi?
  • Index google dalam masa 24 jam
  • Mendapatkan link daripada wikipedia
  • Backlink untuk website baru
  • Teknik paling berkesan membina backlink

Heh!!! Banyak please bab nak belajar ni. hahahaha!!! Ok poyo. Saya sebenarnya nak juga masuk contest yang dianjurkan oleh blogger Titan, Contest Cabaran SEO Lelaki Kacak tu tapi dah terlambat ni. Mesti kalah. hahahahaha!!!!! Nak belajar Rahsia Teknik SEO pun tak habis lagi. Boleh ke join????

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *