free
web stats

Rahsia Sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jujurnya, saya selalu ke blog peminat cendol yang ada banyak nama tersendiri iaitu “Encik Titan, Bro Titan, Aku Lelaki Kacak, dan banyak lagi yang anda boleh selongkar sendiri.

70% yang saya perhatikan selama ini pemilik blog earncent.com dan AhmadFaizal.com, ada ciri-ciri tersendiri. Pemilik kedua blog ini bijak bermain dengan kata-kata dalam penulisan.

Beliau juga pandai bermain SEO dengan baik dalam penulisan. Bijaksana dalam membuat tajuk post blog sehingga follower tersentap membaca.

Melihat kepada blog earncent.com, Encik Titan atau lebih dikenali sebagai Hantu Cendol ini berjaya dalam setiap langkah terutama dalam menyertai sebagai Affiliater produk digital.

# Sifat-Sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah
1. Ada Visi dan Misi
2. Sentiasa Inginkan Perubahan (ego)
3. Meluaskan Networking (komuniti)

Berdasarkan sifat-sifat blogger otai tidak terkalah ini kita boleh simpulkan, bahawa Encik Titan @ Peminat Cendol @ Peminat Ain Maisarah ini mempunyai 3 sifat tersebut.

Daripada tiga (3) sifat tersebut, kita boleh beri rumusan bahawa Encik Titan boleh menjadi CEO syarikat besar seperti Yahoo dan Google.

Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel. | – tagline blog Peminat Cendol
Antara tokoh-tokoh atau Ikon-ikon yang boleh kita beri pengiktirafan kepada Encik Titan adalah seperti berikut :-

1. David Karp CEO Tumblr

David Karp

David Karp

Serius, saya kurang pasti berapakah blog kepunyaan peminat cendol ini?

Tidak mengapa, kita abaikan sebentar.

Fokus, kenapa Encik Titan ada persamaan dengan David Karp?

Sedia maklum ketahui bahawa pada awal minggu ini kita semua dikejutkan oleh berita yang dilaporkan Wall Street Journal, bahawa pihak atasan Yahoo. Inc telah telah mengambil peralihan syarikat micro-blogging Tumblr milik David Karp untuk kerjasama dunia.

Kita pandang belakang semula, berapakah blog yang peminat cendol ini ada?

Mungkin 3, 5, atau 7.

Tetapi yang paling femes ketika ini ialah earncent.com dan AhmadFaizal.com.

Kita bayangkan secara realiti, Encik Titan ada syarikat besar iaitu blog earncent.com. Blog ini sudah lama wujud dan sangat popular dikalangan blogger Malaysia. Apabila beliau menubuhkan syarikat baru iaitu blog AhmadFaizal.com, blog ini terus-menerus ada pelanggan (follower blog) kunjung singgah.

Ini bermakna ciri yang ada pada syarikat Encik Titan ini sama dengan ciri @ fungsi Tumblr di mata pelanggan setia.

2. Brian Clark CEO CopyBlogger.com

Brian Clark

Jika di negara orang putih, Brian Clark pemilik blog copyblogger.com lebih dikenali dan sangat popular diseluruh dunia.

Jika di Malaysia, Encik Titan pemilik blog earncent.com dan Ahmadfaizal.com lebih dikenali dan sangat popular dikalangan blogger malaysia.

Apa yang menyebabkan peminat cendol ini boleh duduk semeja dengan Brian Clark?

Sebabnya :-

Encik Titan ada ini –

  • Tajuk post menyentap Mata dan bersifat Kontroversi
  • Penulisan blog bersifat Santai tetapi sedikit Ego
  • Bijak bermain dengan kata-kata dalam penulisan

Sangat menyentap mata dan perasaan orang yang membacanya pula sakit hati.

3. Steve Job CEO Apple

Steve Jobs

Soalan yang sama, Encik Titan ada berapa buah blog?

Jika anda mahu beri jawapan, mohon beri jawapan di bahagian komen yang disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple iaitu Steve Job selalu membuat perubahan pada produk beliau. Apabila keluar produk baru, sebulan selepas itu ada lagi produk terbaru yang lebih kool.

Sifat ini disamakan dengan peminat cendol. Sebab Encik Titan hakikatnya beliau sudah popular dengan blog earncent.com. Baru-baru ini beliau buka blog baru yang dibuat dengan
nama sebenarnya Ahmadfaizal.com.

Ini adalah sifat ego yang sangat baik. Tidak hairan jika kita perhatikan daripada setiap penulisannya akan ada ‘tagline’ LELAKI EGO.

Senarai 3 sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah ini sudah cukup memberi kepuasan kepada kita bahawa siapakah sebenarnya Encik Titan.

Ketahuilah bahawa peminat cendol ini boleh jadi CEO syarikat sebab 90% rakan blogger
Denaihati Network yang telah pergi Seminar Buat Duit Dengan Blog 2018 baru-baru ini, mengesahkan fakta ini yang Encik Titan memang peramah.

Kepada Encik Titan, saya tidak pandai mengampu orang dengan fakta yang salah.

Apatah lagi tidak bijak menulis penulisan Bahasa Melayu Rendah atau lebih dikenali
Bahasa Melayu Kontot (SMS).

Ini adalah fakta 70% yang saya kaji untuk diri Encik Titan. Doa dan harapan moga saudara gembira bersama fameli.

Leave a Reply