Rahsia Menjadi Super Blogger

Menjadi Super Blogger memang menjadi impian ramai blogger. Tidak mustahil untuk jadi Super Blogger, kalau kita rajin belajar dan menerokai dunia blogging ni sebenarnya. Tips Panduan Blogger kali ini, Rahsia Menjadi Super Blogger adalah perkongsian saya untuk pembaca blog.

jadi super blogger

Salah satu cara untuk menjadi Super Blogger adalah dengan tidak mengamalkan sikap “kedekut ilmu” ok. Saya tahu ramai di antara blogger hari ini yang mengalami masalah yang sama dengan saya, yang mana pada saya masalah yang agak kronik sebenarnya. Masalah KEKERINGAN IDEA untuk mengemaskini blog sendiri.

Betul kan? Ok, saya tak nak menulis hal meleret-leret dan tak beri manfaat langsung. Saya teruskan saja perkongsian saya kali ini iaitu tentang sebuah ebook paling berinformasi, paling padat, paling tidak rugi untuk dibaca dan yang penting MURAH! hahahaha! Ya, murah tu penting ya. Ehem!

Bayangkan, dengan Harga RM20 sahaja saya dah boleh memiliki dan berkongsi ilmu bermanfaat dan berguna sangat oleh sifu dalam bidang penulisan blog iaitu saudara Firdaus Latib. Ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” pada saya langsung tidak rugi untuk kita semua miliki sebab “isi” ebook ini langsung tidak meleret dan pada saya isinya betul-betul IDEA PENTING untuk bantu kita kemaskini blog.

Oleh kerana saya rasakan ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” ini terlalu berguna untuk blogger macam saya ni yang memang minat dengan bidang penulisan blog, jadi saya sudah mencetak terus ebook saudara Firdaus Latib untuk memuaskan hati saya. Baru puas hati!

Antara kelebihan yang dipaparkan dalam ebook ni BERBANDING ebook lain:-

1) Masalah kekeringan idea yang melampau? Anggap ia sudah selesai dan berlalu pergi.

2) Ia menjadi eBook magik untuk setiap blogger yang ingin hidup sebagai blogger sepenuh masa.

3) Anda akan faham tentang signal-signal bahaya yang menandakan blog anda sedang nazak.

4) Kesan plagiat atau meniru artikel orang lain secara haram – Anda boleh dikenakan saman sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

5) Betapa mudahnya untuk menyedut idea tanpa perlu bergerak dari komputer.

6) Rahsia sistem kejayaan jutawan blogger – Tiru dan buat, maka anda bakal menjadi blogger sepenuh masa.

7) Anda bukan menguasai 1 teknik… Tetapi 37 teknik luar biasa untuk menyedut idea dari pelbagai cara.

Hah, itu antara kelebihan yang ada dalam ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” ni. Sebenarnya sebelum ni penulis ebook ni pun ada terbitkan ebook Seni SEO – Trafik Percuma Dari Google! dan saya ada dapatkan ebook ni. Saya memang suka cara penulisan dan gaya penyampain saudara Firdaus Latib dalam ebook-ebook beliau. Pada saya, ebook beliau memang ada kekuatan daripada segi “content” bukan setakat cover evook sahaja.

Oklah, jadi pada sesiapa yang teringin nak jadi tahu Rahsia Menjadi Super Blogger, bolehlah dapatkan ebook ini sekarang sementara harga belum dinaikkan lagi. Rasanya memang tak rugi keluarkan duit sikit untuk ebook ini untuk informasi yang berguna daripada penulis blog yang sememangnya berpengalaman.

Rahsia Sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jujurnya, saya selalu ke blog peminat cendol yang ada banyak nama tersendiri iaitu “Encik Titan, Bro Titan, Aku Lelaki Kacak, dan banyak lagi yang anda boleh selongkar sendiri.

70% yang saya perhatikan selama ini pemilik blog earncent.com dan AhmadFaizal.com, ada ciri-ciri tersendiri. Pemilik kedua blog ini bijak bermain dengan kata-kata dalam penulisan.

Beliau juga pandai bermain SEO dengan baik dalam penulisan. Bijaksana dalam membuat tajuk post blog sehingga follower tersentap membaca.

Melihat kepada blog earncent.com, Encik Titan atau lebih dikenali sebagai Hantu Cendol ini berjaya dalam setiap langkah terutama dalam menyertai sebagai Affiliater produk digital.

# Sifat-Sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah
1. Ada Visi dan Misi
2. Sentiasa Inginkan Perubahan (ego)
3. Meluaskan Networking (komuniti)

Berdasarkan sifat-sifat blogger otai tidak terkalah ini kita boleh simpulkan, bahawa Encik Titan @ Peminat Cendol @ Peminat Ain Maisarah ini mempunyai 3 sifat tersebut.

Daripada tiga (3) sifat tersebut, kita boleh beri rumusan bahawa Encik Titan boleh menjadi CEO syarikat besar seperti Yahoo dan Google.

Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel. | – tagline blog Peminat Cendol
Antara tokoh-tokoh atau Ikon-ikon yang boleh kita beri pengiktirafan kepada Encik Titan adalah seperti berikut :-

1. David Karp CEO Tumblr

David Karp
David Karp

Serius, saya kurang pasti berapakah blog kepunyaan peminat cendol ini?

Tidak mengapa, kita abaikan sebentar.

Fokus, kenapa Encik Titan ada persamaan dengan David Karp?

Sedia maklum ketahui bahawa pada awal minggu ini kita semua dikejutkan oleh berita yang dilaporkan Wall Street Journal, bahawa pihak atasan Yahoo. Inc telah telah mengambil peralihan syarikat micro-blogging Tumblr milik David Karp untuk kerjasama dunia.

Kita pandang belakang semula, berapakah blog yang peminat cendol ini ada?

Mungkin 3, 5, atau 7.

Tetapi yang paling femes ketika ini ialah earncent.com dan AhmadFaizal.com.

Kita bayangkan secara realiti, Encik Titan ada syarikat besar iaitu blog earncent.com. Blog ini sudah lama wujud dan sangat popular dikalangan blogger Malaysia. Apabila beliau menubuhkan syarikat baru iaitu blog AhmadFaizal.com, blog ini terus-menerus ada pelanggan (follower blog) kunjung singgah.

Ini bermakna ciri yang ada pada syarikat Encik Titan ini sama dengan ciri @ fungsi Tumblr di mata pelanggan setia.

2. Brian Clark CEO CopyBlogger.com

Brian Clark

Jika di negara orang putih, Brian Clark pemilik blog copyblogger.com lebih dikenali dan sangat popular diseluruh dunia.

Jika di Malaysia, Encik Titan pemilik blog earncent.com dan Ahmadfaizal.com lebih dikenali dan sangat popular dikalangan blogger malaysia.

Apa yang menyebabkan peminat cendol ini boleh duduk semeja dengan Brian Clark?

Sebabnya :-

Encik Titan ada ini –

  • Tajuk post menyentap Mata dan bersifat Kontroversi
  • Penulisan blog bersifat Santai tetapi sedikit Ego
  • Bijak bermain dengan kata-kata dalam penulisan

Sangat menyentap mata dan perasaan orang yang membacanya pula sakit hati.

3. Steve Job CEO Apple

Steve Jobs

Soalan yang sama, Encik Titan ada berapa buah blog?

Jika anda mahu beri jawapan, mohon beri jawapan di bahagian komen yang disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple iaitu Steve Job selalu membuat perubahan pada produk beliau. Apabila keluar produk baru, sebulan selepas itu ada lagi produk terbaru yang lebih kool.

Sifat ini disamakan dengan peminat cendol. Sebab Encik Titan hakikatnya beliau sudah popular dengan blog earncent.com. Baru-baru ini beliau buka blog baru yang dibuat dengan
nama sebenarnya Ahmadfaizal.com.

Ini adalah sifat ego yang sangat baik. Tidak hairan jika kita perhatikan daripada setiap penulisannya akan ada ‘tagline’ LELAKI EGO.

Senarai 3 sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah ini sudah cukup memberi kepuasan kepada kita bahawa siapakah sebenarnya Encik Titan.

Ketahuilah bahawa peminat cendol ini boleh jadi CEO syarikat sebab 90% rakan blogger
Denaihati Network yang telah pergi Seminar Buat Duit Dengan Blog 2018 baru-baru ini, mengesahkan fakta ini yang Encik Titan memang peramah.

Kepada Encik Titan, saya tidak pandai mengampu orang dengan fakta yang salah.

Apatah lagi tidak bijak menulis penulisan Bahasa Melayu Rendah atau lebih dikenali
Bahasa Melayu Kontot (SMS).

Ini adalah fakta 70% yang saya kaji untuk diri Encik Titan. Doa dan harapan moga saudara gembira bersama fameli.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *