free
web stats

Rahsia Cantiknya Wanita

Bila ada wanita lintas didepan mata, wow…remang mata la memandang. Tambahan pula wanita tu berkulit putih gebu cantik la katakan ye. Bukan macam orang Afrika, bila wanita Afrika lalu pula ermm….masing-masing buat hal sendiri je. Ade ke lelaki melayu bercinta dengan wanita Afrika? Mungkin ade kot, tak tahu la, yang aku nampak selalunya bersanding sesama melayu je walaupun gelap kulitnya.

rahsia cantik wanita

rahsia cantik wanita

Apakah rahsia wanita cantik?

Aku rasa kalau aku kata wanita yang cantik adalah wanita yang mempunyai keperibadian melayu yang asli, sopan santun, berbudi bahasa, berilmu dan beriman. Anda boleh setuju ke?

Tapi ada orang kata wanita yang berkulit putih, rambut panjang, baju moden , ceria dan macam-macam lagi lah. Ini kerana wanita nih bersifat universal. Masing-masing mempunyai pandang, pemikiran dan penilaian sendiri.

Ada sesetengah lelaki berkata wanita itu tak cantik. Tapi akhirnya ia menjadi isterinya. Kenapa pula boleh jadi macam tu? Lelaki sekali pandang wanita katanya tak cantik tapi kalau berkali-kali pandang lepas tu kena tegur pula abis cair jadinya. Itulah kesan dan akibatnya jika ia terus-terusan bermain dengan hati dan perasaan.

Bagaimana hendak menjadi wanita cantik?

Ada orang kata wanita nak cantik kena bersiap, berhias selalu. Jadi setiap orang yang memandang akan terpesona dan akan berkata “wah cantiknya”. Wah betul ke macam tu? Bagi aku biarlah wanita itu berhias sederhana sahaja dan menonjolkan ke naturalan wanita melayu itu sendiri. Antara tips yang boleh di amalkan untuk menjadikan diri anda cantik ialah seperti berikut:

1. Jaga tubuh badan anda – anda tak perlu menyapu krim selalu tetapi memadai bersenaman dan makan secara sihat. Tubuh anda akan kelihatan cantik dalam tempoh yang singkat.

2. Pakai makeup dan jangan terlalu berlebihan. Makeup biar lah simple sahaja yang natural.

3. Rapikan rambut anda. Bagi yang berhijab kenakan hijab yang sesuai dengan anda dan pakaian anda.

4. Ikut fesyen terkini – gunakan fesyen terkini sesuai dengan jiwa anda.

Wanita lebih cantik apabila…

Ya bukan sekadar dipandang cantik sahaja tetapi wanita yang mempunyai keperibadian yang tinggi dengan tuturkata yang lembut, bersopan-santun, mempunyai sifat-sifat penyayang, berilmu serta keimanan tinggi akan lebih dipandang cantik oleh lelaki.

Aspek-aspek pemakaian menutup aurat menjadi kelebihan dalam setiap pemakaian fesyen wanita hari ini. Ia menampilkan kelembutan dan keimanan wanita tersebut. Berbeza dengan wanita yang suka mendedah aurat dimana mereka suka memakai pakaian yang menjolok mata seolah-olah mereka mempamerkan sesuatu yang rahsia kepada semua orang. Walhal sebahagian besar anggota tubuh seorang wanita adalah lebih kepada seseorang lelaki yang bernama suami. Wallahualam.

Baca juga:

Leave a Reply