free
web stats

Perkongsian Tempat Menarik di Istanbul

Selepas mengunjungi ke Turky, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Istanbul yang saya ingin cerita dan berkongsi bersama anda.

Tapi, saya perlu minta maaf terlebih dahulu sebab saya tidak ada video macam dekat bawah ni untuk kongsi pengalaman saya ke tempat-tempat bersejarah di Istanbul yang saya melawat pada tahun lepas.

Apa yang boleh pasti adalah ia merupakan tempat pelancongan yang memang tidak akan anda rasa rugi jika anda ada peluang untuk pergi bercuti di Istanbul! Kalau anda bersama dengan kekasih anda sedang bercadang untuk buat lamaran romantik dan bercuti di tempat yang mempunyai suasana romantik, maka anda mestilah pilih Istanbul!

Oklah, sekarang biar saya memperkenalkan beberapa tempat pelancongan yang popular di Istanbul ini.

Blue Mosque

Blue Mosque atau Masjid biru, Hagia Sophia, laut Marmara, Topkapi Palace atau Istana Topkapi, Grand Bazar, Taksim dan banyak lagi tempat yang sejujurnya saya dah lupa nama selepas lawatan saya! hahahaha!!

Bukan saya seorang yang senang lupa, tetapi semua tempat yang saya kunjungi ni adalah semua dalam bahasa Turkey. Jadi manalah boleh saya ingat nama tempat tu.

Hargia Sophia
Hargia Sophia

Hagia Sophia merupakan satu masjid yang dibina dalam masa yang sangat singkat iaitu keseluruhan pembangunan untuk masjid ini cuma ambil masa 6 tahun sahaja.

Bangunan ini siap bina pada tahun 537 CE. Ini amat luar biasa untuk bina bangunan yang besar ini dalam tempoh yang singkat tu. Lagi teknologi pembangunan pada masa itu pun bukan maju sangat. Nama-nama arkitek untuk bangunan itu adalah Anthemius of Tralles dan Isidorus of Miletus.

Ciri Utama Hagia Sophia

Seperti lain basilicas di seluruh dunia, ciri utama untuk Hagia Sophia adalah kubah tengah dan ini pasti menarik perhatian, terutama skala yang sangat penting. Mahkota kubah itu mencapai ketinggian 55 meter.

Terdapat empat menara yang mengagumkan yang menjulang tinggi di atas bangunan utama mengelilingi nya. Jika anda ada masuk ke dalam kompleks itu, anda akan dipenuhi oleh mosaik hiasan yang kuno yang menghiasi pintu utama dan banyak dinding.

Blue Mosque adalah tempat yang amat saya mengesyorkan di mana anda mesti lawati sekiranya anda berada di Istanbul. Apa yang baik dengan tempat ini adalah masuk ke dalam masjid itu adalah percuma.

Taman dan cimetri berbaloi untuk anda berkunjung buat beberapa kali. Patio bangunan ini nampak amat bagus. Seni bina juga sangat baik. Ia adalah masjid yang sangat indah dengan banyak kafe di sekitar.

Anda boleh duduk di sana, berehat dan menikmati secawan kopi atau teh Turki. Anda juga boleh shopping di sana kerana mereka semua dekat saja.

Blue Mosque
Blue Mosque

Kalau ada orang yang tanya saya, negara mana yang paling best untuk dia orang ambil pakej bulan madu, saya tanpa kompromi (gitu) akan rekemen Istanbul, Turkey!

Seriouslah, saya ada pernah pergi ke Kota London tapi pada saya Kota Istanbul lagi best dan berbaloi sebab negara ni kan 2 benua. Cara hidup Eropah dan Asia ada dekat sini.

Blue Mosque (inside)
Blue Mosque (inside)

Nak kata negara ni 100% ikut cara hidup Islamik, tak juga walaupun negara ni banyak gila-gila Masjid menarik dan Empayar-empayar besar semua ada dekat sini tapi disebabkan 2 benua. Jadi ada juga cara hidup Eropah yang orang tempatan di sana yang mereka amalkan. Kira 50-50, ikutlah kita nak ikut yang mana satu.

Taksim
Taksim (serious sepanjang jalan ni kedai!)

Taksim dulu merupakan tumpuan di mana garis-garis air utama dari utara bandar dikumpulkan dan disumbankan kepada bahagian-bahagian lain. Alun-alun ini merupakan tempat pertemuan biasa bagi penduduk tempatan. Taksim sekarang dipenuhi dengan restoran, kedai, dan hotel, di mana anda dapat benar-benar mengalami Istanbul yang moden di sana.

Grand Bazaar

grand bazaar

Grand Bazaar (sediakan duit 1 juta sebab best gila shopping dalam ni. Pasar terbesar!)

Grand Bazaar merupakan salah satu pasar tertutup yang terbesar dan tertua di dunia. Ia mempunyai lebih daripada 3000 kedai dan lebih daripada sekadar tempat pelancongan.

Sejak abad ke-15, ia telah sibuk dengan banyak aktiviti. Setiap hari penduduk tempatan dan pelawat tawar-menawar untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk mereka ambil balik.

Jika nak beli barang di Grand Bazaar, anda perlu mempunyai sikit kemahiran untuk tawar-menawar di kedai-kedai dalam tempat itu untuk mendapatkan sesuatu barang yang anda ingin beli supaya ia berbaloi untuk apa yang anda bayar.

Oklah, sebenarnya banyak lagi gambar yang saya nak tempek tapi sebab malas tak jadilah. hahahaha!! Gambar-gambar ni saya ambil dan kongsikan sebab saya rasa cantik-cantik. Anda boleh tengok gambar-gambar lain tempat-tempat menarik Istanbul di sini. Mereka pergi dengan trip ok!!

Jadi bagi pasangan yang belum kahwin, cepatlah kahwin dan bolehlah anda pilih honeymoon dekat Istanbul. hahahahaha!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *