Percutian Santai Di Hyatt Regency Kuantan Resort

Percutian saya kali ini di Hyatt Regency Kuantan Resort bersama-sama dengan keluarga saya dan saudara mara sekali. Percutian kali ini merupakan percutian yang telah dirancang.

Hendak dikatakan family day pun bukan juga. Kebetulan tarikh jatuh pada hari lahir adik perempuan saya. Jadi sambut sekalilah sambil bercuti.

Alhamdullillah… Perniagaan keluarga saya mendapat keuntungan sedikit, jadi bolehlah guna sedikit untuk santai-santai bersama keluarga. Duit harus dicari tetapi kebajikan harus dijaga jugakan.

Lokasi Hyatt Regency

Hyatt Regency Kuantan Resort adalah sebuah resort terletak di pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Jika anda ingin tahu mana letak resort ini, boleh anda semak di laman Hyatt.

Hyatt Regency
Hyatt Regency

Sebenarnya saya sudah banyak kali pergi bercuti di resort ini. Setiap kali saya pergi ke Kuantan, itulah tempat yang saya menginap.

Walaupun dah banyak kali menginap, tapi cuma kali ini baru saya berpeluang menceritakan pengalaman bercuti di Hyatt Regency Kuantan Resort.

Hyatt Kuantan antara sebuah resort yang cantik dengan susun aturnya yang menarik. Tidak terlalu moden dan berkonsepkan Malaysia culture.

Boleh saya katakan Hyatt Kuantan sebuah resort yang ekslusif dan bertaraf lima bintang.

Keadaan pantai juga bersih dan ramai pelancong asing gemar menginap disitu.

Tempat Penginapan Hyatt Resort Kuantan

Keadaan bilik tidak terlalu besar tetapi deco menarik dan selesa. Kena dengan harga bilik yang agak mahal.

hotel room

Cuma satu yang tidak menarik iaitu pakej bilik standard tidak termasuk sarapan pagi. Sedangkan harga bilik standard sekitar RM370 – RM480 semalaman.

Saya cadangkan pihak Hyatt Regency Kuantan Resort harus mengambil kira hal sebegini untuk keselesaan pengunjung supaya ianya lebih berbaloi dengan harga bilik yang dibayar.

Satu perkara saya nak ingatkan semasa anda berada di Hyatt Kuantan. Setiap kali anda ingin keluar dari bilik pastikan anda mengunci pintu balkoni bilik anda kerana banyak monyet dan tupai di kawasan itu.

monyet

Setakat ini dua haiwan tu sahajalah yang saya nampak. Yang lain belum lagi…huhu.

Pernah terjadi, habis diselongkarnya bilik saya, apa yang dicari oleh cik nyet dan cik chipmunk ni tak taulah.

Kalau ada buah-buahan dalam bilik, siaplah… leka sikit ada saja cik chipmunk dan cik nyet yang masuk. Lapar agaknya 😀

Ini kerana kedudukan di belakang resort ialah hutan besar. Tak mustahil macam-macam jenis makhluk Allah swt ni ada dalam hutan tu kan. Jadi hati-hati ya 🙂

Kemudahan dan Tarikan Hyatt Regency Kuantan Resort

Di Pantai teluk cempedak terdapat satu kawasan istirehat untuk pelancong iaitu tempat membeli belah, kawasan tempat makan dan tempat membeli barangan kraftangan.

pantai resort

Pada waktu malam ramai orang berjalan-jalan disitu dan ada sebuah kawasan pasar malam yang menjual bermacam-macam barangan dengan harga yang murah.

Kalau anda pernah pergi up-town di Kuala Lumpur, lebih kurang begitulah suasananya.

Hyatt Resort Regency Kuantan boleh saya katakan sesuai juga untuk percutian keluarga yang santai.

Selain dari itu, anda boleh ke bandar Kuantan yang terletak tidak berapa jauh dari Hyatt Resort Kuantan dan terdapat juga banyak tempat makan ikan bakar di Tanjung Lumpur.

Ana ikan bakar

Pernah sekali ketika hendak pergi makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Masa tu nak belok selekoh jalan tiba-tiba melintas seekor anak babi hutan.

Terkejut betul kami, nasib tak accident. Mungkin keluar dari hutan yang berdekatan.

Aktiviti Yang Boleh Buat Di Sini

Di pantai Kuantan tiada mainan air bermotor, payung terjun atau apa-apa permainan moden. Apa yang ada hanya sedikit orang-orang tempatan di pantai timur dan beberapa gelombang besar untuk bermain.

Sekiranya anda suka main dengan sukan tenis, boleh anda ambil raket tenis anda di dalam kereta dan gunakan untuk main di gelanggang yang sedia ada di Hyatt Resort.

Jika anda datang pada hujung minggu, boleh anda berjalan-jalan dari pantai ke pasar malam yang berdekatan. terdapat keseronokan kanak-kanak dan makanan tempatan. Kami berjalan di sepanjang pantai di mana ia merupakan tempat berjalan-jalan bagi semua keluarga tempatan.

Tempat ini memang riuh-rendah dengan pemuzik jalanan, anak-anak main gelembung, dan orang-orang yang bersantai di pantai selepas makan malam. Angin yang bertiuh dari laut memang seronok sekali apabila duduk di tepi pantai.

Boleh Anda Pertimabankan Resort Ini Bila Bercuti Di Sana

Sekiranya anda ingin jauh dari kesibukkan kota dan merasa duduk di resort yang mewah bolehlah ke Hyatt Kuantan kerana kawasannya lebih sunyi, tenang dan santai.

Cukuplah sampai disini percutian saya ke Hyatt Regency Kuantan Resort.

Semoga artikel ini memberi informasi yang berguna kepada anda semua yang ingin bercuti ke Hyatt Kuantan, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *