Pengalaman Pertama Kali Menghadiri Temuduga

Teringat aku semasa mula-mula apply kerja sekitar penghujung tahun 90an dulu. Masa tu kerja kosong kurang, orang ramai yang mempunyai kelulusan pun tak ramai. Jadi kebanyakkan yang dah lepas Universiti akan confirm dapat kerja.

hadiri temuduga

hadiri temuduga

Aku pula terkial-kial cari kerja dan akhirnya ex-guru aku rekomen kan aku kesebuah kedai komputer. Jadi macam mana pun aku kena bersedia juga untuk sesi temuduga.

Antara persediaan yang telah aku lakukan ialah:

1. Penampilan mestilah kemas, rambut pendek disikat kemas, baju kemeja bersih bersama seluar panjang, wajah pula kena lah ceria janganlah nampak serabut pula.

2. Pengetahuan am mestilah di ambil tahu, terutama nya kenegaraan. Begitu juga pengetahuaan berkenaan kaitan dengan jawatan yang dipohon.

3. Bawa semua sijil-sijil dan sijil kemahiran untuk di persembahkan kepada penemuduga. Kalau boleh siapkan resume cantik-cantik.

Itulah sebahagian persediaan yang aku lakukan ketika berhadapan temuduga pertama aku.

Selepas beberapa tahun aku bekerja, syarikat telah kehilangan pengurus dan aku pula kena la buat kerja-kerja pengurus untuk sementara. Kebetulan syarikat memerlukan kerani dan juruteknik. Jadi apa lagi aku terpaksalah mencari dan menemuduga pemohon yang layak.

Jadi itulah pertama kali aku menjadi penemuduga untuk mengisi beberapa jawatan kosong disyarikat tersebut. Mula tu gementar juga tapi rupaya pemohon yang datang tu lagi gementar dari aku. Macam-macam la jawapan yang diberikan bila aku tanya. Ada juga yang temberang. Itulah yang aku nak pesankan, kalau kita tak tahu jangan lah suka temberang atau berbohong kerana penemuduga bukanlah bodoh dan jika kita berterus terang tentulah kita akan ada kelebihan untuk mengisi jawatan tersebut.

Kalau nak dikira masa tu nak dapatkan tip temuduga atau cara untuk menjawab soalan temuduga amat susah untuk didapati. Kerana mereka yang berpengalaman pun tak suka nak kongsi cerita.

Jadi kalau anda nak berhadapan dengan mana-mana temuduga jawatan eloklah buat persediaan yang rapi. Dapatkan tips Teknik Menjawab Soalan Temuduga dengan betul sebelum terlambat. Kerana tip yang dikongsikan dari mereka yang sudah berpengalaman amat bagus untuk di cuba. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia dan tidak gugup ketika berhadapan dengan penemuduga.

One Response

  1. aRzMoHa July 9, 2018

Leave a Reply