bercuti di london

Pengalaman Ngeri Ketika Bercuti di London

Ruangan travel kali ini saya nak cerita pengalaman percutian saya ke London bersama adik dan kawan-kawan.

Saya bukan nak cerita tempat-tempat menarik dekat sana. Saya nak ceritakan satu pengalaman ngeri semasa bercuti di London.

bercuti di london
bercuti di london

Satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan sampai bila-bila. Kejadian itu membuatkan saya dan adik masih trauma sampai sekarang.

Pengalaman Ngeri Ketika Bercuti di London

Di London, setiap hujung tahun akan ada jualan besar-besaran yang dipanggil Boxing Day. Sehari selepas sambutan Christmas.

Memang terlalu ramainya orang shopping. Seluruh jalan di Oxford Street, London ditutup, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Hanya untuk orang yang berjalan kaki sahaja.

Siapa pernah terbaca berita tentang satu kes seorang remaja kulit hitam mati ditikam semasa jualan Boxing Day di London tahun 2011.

Kalau korang nak tahu, kami ada disitu semasa kejadian itu berlaku. Kejadian ni terjadi pada 26 Dec 2011.

Berita pembunuhan ini mendapat liputan yang meluas. Pertama kali, sebahagian besar jalan dan deretan kedai dipaksa tutup, bayangkan berapa besar rugi peniaga disitu.

Oxford Street stabbing: Teenager knifed to death during Boxing Day sales rush – NYTimes

Pada hari tu… Saya dan adik saya tak ikut kawan-kawan lain. Kami keluar awal, kononnya nak merasa shopping time Boxing Day di London. Kiranya aktiviti free and easy lah. Lagipun lokasi apartment kami tidak berapa jauh dari Oxford Street.

Masa kes tu berlaku, kami dalam satu kedai jewellery shop, kejadian tikam bunuh tu betul-betul didepan kedai kami masuk tu.

Saya mulanya terdengar tembakan diluar. Saya ingatkan apa, saya pun keluarlah tengok. Sempat juga saya menyelit tengah orang ramai nak tengok apa yang berlaku. Hati ini nak sangat tahu, berani sungguh masa tu.

Adik saya masih di dalam kedai. Saya tak bagi keluar, lagipun keadaan kecoh diluar dengan orang ramai lari sana sini, huru hara betul. Dahlah saiz diaorang besar-besar, kalau jatuh boleh mati kena pijak.

Saya nampak seorang remaja kulit hitam terlantar berdarah tengah-tengah jalan, betul-betul depan saya.

Rupa-rupanya kena tikam tengah orang ramai. Masa tu polis yang kebetulan ada disitu sedang cuba nak selamatkan dia. Memang ngeri sungguh, kecoh satu Oxford street.

Saya sempat ambil video lagi huhu.

Sorrylah tak boleh nak kongsi video tu dekat sini, takut nanti ada yang claim bahan bukti pulak hehe.

Sedang asyik menyibuk nak tahu, tiba-tiba polis tutup seluruh kawasan tu.

Saya teringat adik dalam jewellery shop tu. Saya lari ke situ tapi tak sempat, polis dah sealed dengan crime tapes semua deret kedai disitu.

Saya ketuk grill kedai tu kuat-kuat dan jerit kat adik saya pesan jangan pergi mana-mana, duduk sahaja dalam tu sampai polis buka balik, saya akan tunggu kat luar sampai kes selesai.

Saya ingatkan sekejap sahaja. Tempat kejadiannya kecil tapi diorang sealed dengan crime tape seluruh kawasan. Tutup terus semua kedai-kedai sepanjang jalan tu…gila betul.

Masa tu keadaan kat situ macam berlaku rusuhan besar. Orang lari sana sini ketakutan. Punya ramai polis turun jaga kawasan tu, siap pakai perisai. Polis halau orang ramai macam penjenayah.

Saya sempat tengok depan-depan, polis bergelut dengan seorang remaja kulit hitam, tak tahulah dia yang tikam atau kawan budak yang kena tikam tu.

Teruk juga dia kena belasah dengan polis sebab melawan.

Memang situasi yang menakutkan macam dalam filem.

Adik saya macam tebusan, tersangkut dalam kedai Jewellery.

Tengah keadaan tidak tenteram lagi, saya beranikan diri bertanya polis yang jaga disitu, sampai bila diaorang boleh lepaskan semua orang yang ada dalam kedai-kedai tu.

Dengan garang polis tu jawab….

“Maybe until late night or tomorrow, depends on Investigation. Anything you just contact you family inside there”

Aduh…rasa nak pitam saya masa tu. Dekat dua jam menunggu. Akhirnya saya beranikan diri masuk kawasan crime tapes jumpa seorang polis mat salleh yang nampak macam berpangkat, dengan berani dan tegas sambil mendongak ke polis yang punyalah tinggi.

Sayapun berkata…

“My Family inside the shop, are you make them as a hostages? We are tourist here, I beg you to release them or if not I will report to my embassy, this is very serious”

Erkkk… Polis tu macam faham saya dah naik angin dan risau sangat, dia panggil seorang pegawai polis yang incharge kes tu dan explain situasi saya.

Tiba-tiba polis tu pakai pembesar suara suruh lepaskan adik saya, dan semua yang ada dalam jewellery shop tu.

Bila diaorang buka sahaja pintu kedai dan semua keluar, sebiji macam cerita tebusan terlepas dalam filem John Q Denzel Washington tu.

Adik saya nak menangis bila dapat keluar. Sambil tu mulut dia tidak berhenti membebel sebab saya berani keluar pergi tengok dekat-dekat huhu.

Yang lawaknya sempat lagi tu dia shopping jewellery dalam kedai tu haha…ngok tul.

Syukur…kami selamat dan tidak ada apa-apa yang terjadi. Lepas tu kami jalan kaki terus balik ke apartment.

Rupa-rupanya, berita pembunuhan tu dah keluar di Malaysia. Kecohlah family saya kat Kuala Lumpur. Kawan saya cakap dalam berita bagitahu remaja kulit hitam tu mati disitu juga.

Kalau korang baca entri saya ni macam lawak sahajakan. Ini bukan cobaan, ini betul-betul real story hehe. Bukan mimpi atau cerita dongeng, benar-benar berlaku kepada saya dan keluarga.

Keadaan saya masa tu takut, cuak dan macam-macam perasaan ada… Allah SWT sahaja yang tahu.

Mulut saya ni tak berhenti-henti membaca doa, dahlah masa tu saya sorang sahaja dekat luar, tetapi saya kuatkan semangat dan beranikan diri. Saya cuma fikir keselamatan adik saya sahaja.

Korang baca kisah ni jangan pulak rasa takut nak bercuti di London. Nasib saya dan adik tidak berapa baik masa tu. London memang best untuk bercuti.

Kita duduk di Malaysia ni beruntung sebab masih aman damai dan tidak huru hara macam negara luar. Bukan tidak ada jenayah dinegara kita, tetapi tidak seperti negara luar yang ekstrem sangat.

Syukur Alhamdulillah Malaysia masih aman…

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *