jazz kereta hybrid mugen

Pengalaman Memandu Kereta Hybrid

Best ke tidak pandu kereta hybrid? Yes, saya boleh jawab senafas je bab ini. Mestilah best, itupun kalau nak dibandingkan dengan kereta MyVi saya. Oklah kan, sebelum ada kereta hybrid sendiri kenalah praktis dulu.

Saya dapat test kehebatan memandu kereta Honda Jazz Hybrid ni minggu lepas waktu kami sekeluarga ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Kereta tu baru jel lagi keluar dari kedai. Kereta milik salah seorang ahli keluarga saya. Excited nak pandu kereta hybrid kali pertama ni sama juga levelnya macam malam pertama.

jazz kereta hybrid mugen
jazz kereta hybrid mugen

Amboi sangat ayat atas tu. Jangan salah fahamlah, banyak benda yang perlukan malam pertama okay! Okay, balik semula pasal pengalaman saya memandu kereta hybrid ni. Biasa-biasa saja sebenarnya. Tak adalah beza sangat dengan feel pandi Myvi kot. Kalau ada pun, cuma beza pada kelajuan jelah.

Cuma, terkujat jugaklah masa mula-mula berhenti dekat lampu isyarat. Tiba-tiba je rasa macam enjin terhenti sendiri, suasana enjin jadi sunyi sepi (over betul). Tapi, berkat perangai tak mudah panik saya ni, saya pun slumber jelah buat tak tahu. Tak adalah pulak nak startkan balik enjin kereta. Fuh, nasib baik! hahahaha!

rupa-rupanya, mengikut kata abang saya. kereta hybrid ni akan hentikan enjin bila kita tekan brake “habis” macam situasi dekat lampu isyarat tulah kan. So, kita tak perlu panik. Bila lampu isyarat dah tukar hijau, bila nak sambung pemanduan semula, kita cuma perlu tekan pedal minyak macam biasa. vroooom!!!! Jakun betul

Lagi apa? Okay kalau bab penggunaan minyak kereta pulak pada saya rasa macam cepatlah minyak tu bergerak. Masa nak pergi dah isi full tank tapi bila dah sampai hotel terus tinggal cenonet je. Part ni rasanya macam Myvi jugak kot sebab Myvi pun minyak pandai main silap mata. Masa pandu, minyak tu tak turun sangat tapi bila kita stopkan enjin je, hamik!

Lagi apa? Dah tak ada apa kot. Rasanya tak adalah beza sangat bila memandu kereta hybrid ni. Best lagi pandu kereta Toyota Vios rasanya tapi kalau suruh pilih antara kedua jenis kereta yang mana satu saya nak minat nak beli, saya akan beli kereta Honda Jazz Hybrid sebab size dan bentuk kereta ni kot. Tak besar sangat dan tak kecil sangat. Senang parking!

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *