free
web stats

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Saya akan anggap anda cakap tipu kalau anda tidak ada pengalaman kena denda bila di sekolah pada masa dulu. Semua orang mesti ada pengalaman kena denda pada masa bersekolah dulu.

Kalau ada sesiapa yang tak pernah kena denda tu mesti skema time skolah dulu.. haha. aku dah bosan kena denda time skolah dulu. Apa kata, kita kongsi nak? Mesti seronok dan jujurnya aku teruja. Budak nakal mesti ada banyak cerita yang boleh dicakapkan!

Untuk kisah 1 Pengalaman di mana saya kena denda di Sekolah kali ini, saya nak cerita berkenaan kes “Hanya kerana tag nama”. Korang rasa, jenis denda apakah yang paling sesuai untuk kesalahan macam ni? Alah, susah betul sekolah ni. hahahaha!!! Ok, gurau saja. Memang silap saya sebenarnya. Saya agak nakal waktu di sekolah dulu.

pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman yang saya kena denda semasa belajar di sekolah memang banyak. Saya hanya akan cerita kes-kes di sekolah menengah sahaja. Kalau saya masukkan sekali kes kena denda waktu sekolah rendah, mahu pengsan korang nak membaca nanti. Ada beratus-ratus pula bahagian entry ini. hahaha!!!! Jadi, saya ambil kes di sekolah menengah sahaja ok.

Kes Satu

Baiklah, kes “hanya kerana tag nama” sebenarnya boleh dikatakan setiap hari saya kena. Mungkin kes ini adalah Pengalaman Kena Denda di Sekolah paling kerap saya ulang. Alah, silapnya cuma gagal memakai tag nama di tudung sekolah. Sebenarnya, kegagalan itu bukanlan tidak sengaja tetapi saya sengaja.

Kenapa? kenapa Pengalaman Kena Denda di Sekolah jadi sebegitu? Ok, jawapannya senang. Kalau saya gagal memakai tag nama di tudung. Secara automatisnya, saya perlu menanggalkan kasut sekolah dan pengawas akan memasukkan kasut-kasut pelajar ke dalam beg plastik sampah yang hitam. Boleh bayangkan plastik sampah besar itu? Bagus.

Hah, itulah “nikmat” Pengalaman Kena Denda di Sekolah. hahahaha!!! Kenapa nikmat? Alah, biasalah kita kan berjiwa remaja waktu itu. Menjadi 1 kebanggaan bila didenda. Semua pelajar akan cakap-cakap di belakang “tengok-tengok, budak tu $#^#^#”. Saya bukannya rasa malu, malah rasa bangga!!! Bila diingat, memang 1 perasaan paling sengal bila merasa bangga kerana didenda.

Bayangkan, hampir setiap hari saya dan kawan-kawan buat kesalahan yang sama. Jadi, sehari suntuk di sekolah, pergi ke tandas, pergi ke kantin dan kemana sahaja kami akan berkaki ayam!!! Gilalah kalau difikirka balik Pengalaman kena denda di Sekolah ini. Memalukan (dulu, tak malu pula.hahahaha!)

Kes Dua

Opps, maaf saya tipu. hahaha!! Nanti jelah saya ceritakan pengalaman ke 2 ni. Banyak lagi Pengalaman Kena Denda di Sekolah saya. Nanti saya akan ceritakan secara berperingkat (kalau sempatlah). Saya seronok memang dengan senang hati join Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini sebab biasalah, kalau cerita kita boleh mengimbau balik kisah silam, apa salahnya berkongsikan?? hehehehe!!! Ok, tunggu episod seterusnya. InsyaAllah.

Ada Kebaikan dan Keburukan Tentang Denda Pelajar

Sama seperti duit syiling yang mempunyai 2 muka, hukuman yang diberikan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar di sekolah juga mempunyai kesan yang baik dan buruk.

Kesan yang baik:

  • Kebanyak denda yang dikenakan atas pelajar-pelajar adalah kerana mereka tidak membuat kerja rumah, merosakkan barangan sekolah, atau tidak mempunyai disiplin dan tidak berkelakuan baik dalam sekolah. Jadi mereka kena denda oleh guru atas sebab-sebab ini.
  • Hukuman yang sewajarnya dapat membantu pelajar-pelajar jadi seorang yang lebih berdisiplin dan membantu memperbaiki psikologi mereka. Dengan itu, ia dapat membantu untuk memupukkan tabiat yang baik atas pelajar-pelajar.
  • Hukuman yang sewajarnya dapat membantu pelajar-pelajar tersebut untuk belajar displin yang diperlukan untuk mereka diri sendiri jadi mereka dapat berkelakuan dengan baik bila keluar dari sekolah.

Kesan yang buruk:

  • Penghakiman koperal telah meningkat pada masa kini. Ini menghalang pertumbuhan pelajar-pelajar dari aspek psikologi, fizikal dan mental.
  • Kerana denda yang dikenakan atas pelajar, ini mungkin akan menumbuhkan perasaan takut di kalangan pelajar-pelajar dan menghalang pelajaran merea.

Kesimpulan:

Pelajar-pelajar harus didenda dengan hukuman yang sewajarnya jika mereka longgar peraturan sekolah atau membuat sesuatu kesalahan di sekolah. Sebab dengan hukuman yang betul, ia dapat membantu mereka dalam pembangunan mereka diri sendiri.

Tetapi mereka tidak boleh dikenakan hukuman yang kuat atau keras. Sebab ini akan menghalang pertumbuhan kanak-kanak dan menjadikan mereka pandang rendah pada diri sendiri. Selain daripada, hukuman yang terlalu keras juga boleh menjadikan mereka timbul kebencian terhadap orang lain.

Dalam kata yang pendek, menghukum kanak-kanak harus dilakukan dalam keadaan yang tidak akan menjejaskan mental dan fizikal pelajar. Dan hukuman yang terlalu keras mungkin boleh menjadi kes keganasan dan mungkin juga boleh mengakibatkan kecederaan yang serius pada badan pelajar.

1 thought on “Pengalaman Kena Denda di Sekolah”

  1. Hihihi…akak dulu pengawas, so x kena denda. Tapi pernah kena rotan oleh Cikgu Kimia – kena rotan beramai-ramai pulak tu, sbb cikgu geram tgk kami main2 time buat eksperimen. Cikgu dulu super-garang tau!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *