Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengalaman Berkunjung ke Negara Jepun

Tiket Sightseeing Untuk Sehari di Tokyo

Semalam aku redah Tokyo dengan hanya tanya kat pakcik google dan sedikit panduan dari rakan sekerja aku dari Jepun.

Matlamat aku adalah untuk cover 4 tempat iaitu Shibuya,Akasuka,Tokyo Skytree dan Akihabara dalam masa sehari. Oleh yang demikian dengan bertanyakan sedikit maklumat dari kaunter pertanyaan di hotel, maka aku terus ke airport (hotel aku duduk berhampiran airport di Narita) untuk menaiki tren ke Tokyo.

welcome to tokyo

Aku membeli tiket ‘day pass‘ iaitu di mana satu tiket untuk semua destinasi dalam masa sehari. Day pass ini hanya valid untuk Toei Subway dan Tokyo Metro.

Harga tiket day pass ni adalah Yen1000,manakala tiket pergi balik dari airport ke Tokyo (Ueno Station) adalah Yen2000. Jadi jumlahnya dalam Yen3000,(kadar tukaran matawang adalah 40.50)

Perjalanan dari airport ke Tokyo mengambil masa selama 1 jam setengah. Jika anda menaiki tren Sky Liner hanya akan mengambil masa selama 37 minit sahaja, tetapi harga tiket sekali ganda lagi mahal dari tren biasa.

tren tokyo

Jika anda menaiki tren dinasihatkan agar anda mendapatkan peta stesyen tren bagi memudahkan perjalanan.

Jika anda datang sini dan duduk di tengah-tengah city maka tak menjadi masalah besar la untuk anda merayau-rayau kat Tokyo ni. Tetapi kalau duduk jauh nun di Narita macam aku ni, eloklah entry ni dijadikan panduan sedikit sebanyak.

Sempena hari minggu aku post entry yang lebih santai dari biasa. Rasa macam masih lagi dalam mood Tepun walaupun kini aku sudah sampai di Los Angeles. Nanti cerita pasal LA pula ok.

berkunjung ke jepun

berkunjung ke jepun

Aku pasti ramai antara anda semua yang mempunyai kenangan yang tersendiri bila aku bercakap pasal watak-watak karikatur Jepun seperti Ultraman, Doraemon, Kesatria Baja Hitam dan sebagainya.

Semasa aku meronda di shopping area dekat Skytree Tokyo Tower, aku tertarik dengan satu kedai ni yang menjual patung watak-watak karikatur tersohor dari Jepun.

Patung patung yang dijual disini agak eksklusif dan berkualiti tinggi. Anggaran harga setiap patung boleh mencecah RM600-RM1000.

patung ultramanUltraman ni berharga lebih kurang RM700

patung doraemon

Mahalnya harga-harga Patung dekat sini..

Shibuya Punyai Daya Tarikan Tersendiri

Kita tinggalkan LA sekejap untuk kembali menyeberang Lautan Pasifik bagi mengenali sebuah kawasan bernama Shibuya di Jepun.

Pertama kali aku dengar mengenali nama “Shibuya” ni adalah melalui pakcik Google beberapa hari sebelum aku datang berkunjung ke sini.

Shibuya dikatakan sebagai salah satu kawasan yang paling sibuk semasa waktu puncak dan ianya juga adalah satu pusat membeli belah, fesyen dan hiburan yang terkenal di Jepun.

Keindahan lampu-lampu neon di waktu malam hari di kawasan ini mengingatkan aku kepada Times Square di New York dan Picadilly Circus di London. Namun begitu aku tidak berpeluang utk menikmati keindahan lampu neon di Shibuya ni sebab aku banyak kesuntukan masa untuk berjalan-jalan di tempat ini.

Bagi sesetengah orang kawasan ni bukanlah menarik sangat bagi mereka sebab ianya hanyalah pemandangan yang biasa kita lihat di kota-kota metropolitan yang sentiasa sibuk. Tetapi pada aku ianya punyai tarikan tersendiri. Pada aku Shibuya melambangkan kemajuan yang dimiliki oleh masyarakatnya.

Seronok dapat berjalan-jalan di negara orang ni. Banyak yang boleh dipelajari

Jom kita layan gambar gambar semasa aku disana.

Shibuya 1

Shibuya 2

Akihabara – Bandaraya ‘Elektronik’ Jepun

Masih lagi mood Jepun..Hari ni aku nak bawa anda semua jenjalan ke Akihabara pula. Ia merupakan satu tempat yang terletak di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Akihabara merupakan sebuah tempat tumpuan kedai kedai barangan elektronik dan anime/manga.

Akihabara atau lebih dikenali sebagai ‘Akiba’ dikalangan penduduk tempatan ini, ia juga dikenali sebagai Electric Town di kalangan pelawat-pelawat.

Perbandingan tempat ni dengan di Malaysia adalah ibarat Low Yat ke KL. Namun, di sini ianya lebih besar sebab the whole area/town dipenuhi kedai-kedai elektronik.

Ada beberapa gedung yang patut dilawati oleh para pengemar gajet. Antaranya seperti gedung Sofmap, Ishimaru, Laox, Yodobashi Camera dan Yodobashi Akiba. Jika anda ingin nak tahu di mana lokasinya untuk kedai-kedai elektronik semua ni, boleh anda rujuk ke map di bawah:-

Akihabara map.

Semasa aku berada di tempat ini, sekali lagi aku kesuntukan masa. Aku hanya sempat masuk Yodobashi Akiba saja. Gedung digital 9 tingkat ni pada aku adalah gedung yang paling besar yang pernah aku masuk. Barangan yang dijual di sini memang banyak dan pelbagai jenis. Terdapat semua baranga 3C seperti TV, camera, laptop, PC, gajet, barangan elektronik rumah dan dapur dan segala macam barangan lagi yang boleh anda dapat di sini.

Apa yang paling aku suka adalah department kamera dan aksesori gajet. Apa-apa macam barang elektronik ada. Kalau anda ada peluang datang ke tempat ini, mesti anda tercengang.

Akihabara1 Yodobashi Akiba

Akihabara 2Orang ramai gila yang mengalir di gedung ini

Akihabara 3Aksesori speedlight/flash

Harga barang elektronik yang jual di sini ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal berbanding dengan Malaysia. Aku ingat banyak gajet yang jual di Malaysia adalah dengan harga murah disebabkan banyak barang tu made in China. kalau barang made in Jepun, walaupun mahal pun berbaloi untuk beli.

Tokyo Visit : Awas Perokok

Maafkan aku jika anda rasa tidak senang hati sangat dengan bunyi yang agak keras terutama pada perokok-perokok tegar. Maafkan saya terlebih dahulu.

Apa yang sangat ingin buat kali ini adalah untuk berkongsi bersama anda semua tentang pemandangan yang banyak kali juga aku ternampak di beberapa batang jalan dan lokasi-lokasi tumpuan ramai di sekitar bandaraya Tokyo. Ini adalah tempat di mana pihak berkuasa tempatan menyediakan tempat khas untuk perokok menjalankan aktiviti merokok mereka walaupun perokok berada di ‘outdoor’ atau di kawasan yang terbuka.

Kalau seseorang menghisap rokok di luar kawasan merokok, anda mungkin akan dikenakan saman oleh pihak berkuasa. Jadi berhati-hatilah jika anda ingin merokok di Tokyo. Perlu anda pilih tempat yang izin untuk merokok supaya tidak dikenakan saman.

tempat merokok di tokyo

Pemandangan sebegini setahu aku memang tak dapat dicari pun di Malaysia. Adakah anda pernah ternampak kawasan merokok di Bintang Walk atau Dataran Merdeka seperti ini?

Aku rasa mungkin kerajaan Jepun melarang perokok merokok di tempat terbuka dan tempat-tempat awam. Jadi mereka sediakanlah tempat merokok bagi perokok untuk hisap tanpa ganggu orang lain.

kawasan merokok di tokyo

Aku rasa elok kalau kerajaan kita contohi konsep dan undang undang sebegini. Ini dapat mengurangkan sedikit aktiviti merokok di kalangan perokok, dan udara di tempat-tempat awam akan jadi lebih terjamin. Yang paling banyak cuma kita perlu sedut asap kereta sahaja.

Tokyo Skytree

Menara setinggi 634 meter ini terletak di Sumida, Tokyo. Ianya adalah menara tertinggi di dunia yang menggantikan Canton Tower dan merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa.

Menara ni siap dibina pada Mac 2011. Ia merupakan projek yang dibina oleh Syarikat Tobu Railway dengan usahasama 6 syarikat penyiaran diketuai oleh NHK.

Malangya pada hari aku ke sana entrance ke kemuncak menara hanya boleh dibeli melalui reservation sahaja.

Di kaki menara ada banyak outlet-outlet membeli belah dan restoran manakala di kemuncak pun begitu juga. Di mana-mana satu menara yang aku lawat pun memang macam tu.

tokyo skytree

Skytree terbahagi kepada 2 deck utama iaitu Tembo Deck (First Observation Deck) pada ketinggian 350m dan Deck Berputar (Deck Berputar) pada ketinggian 450m.

permandangan skytree

Tiket untuk naik ke menara adalah antara Yen2000 hingga ke Yen3000 bersamaan lebih kurang RM80-RM120.

One Response

  1. julia mahir March 1, 2019

Leave a Reply