Cuti di Osaka

Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

Bercuti di Osaka Japan memang menyeronokkan.

Cuti di Osaka
Cuti di Osaka

Saya pergi bertiga dengan adik dan suami dia. Masa tu winter tapi tak terlalu sejuk, dalam 10 darjah Celcius. Flight kami lewat satu hari sebab Osaka dilanda ribut taufan, nyaris nak cancel flight.

Peliknya, berita keluar kat Malaysia macam serius sangat, sampainya kami di Osaka macam tak ada apa-apa jadi pun. Suasana dan keadaannya OK sahaja.

Kami tanya pemandu pelancong kami, “how bad the situation” dengan muka selamba dia jawab, “everything OK, no people die…” adeh jepun ni

Saya ingatkan orang Jepun ni ketot-ketot…ramai yang kacak tu huhu.

Secara jujur ketika sampai disana, saya tak rasa teruja sangat kerana Osaka bukanlah tempat percutian pilihan saya.

Itupun sebab adik ipar saya ada kerja kat sana, sambil tu ikut sekali bercuti ler… Kata orang, sambil menyelam minum air…

Osaka Japan is the working heart of the Island, ianya lebih kepada kawasan perindustrian dan penuh dengan kilang-kilang.

Sebuah bandar yang bersih…

Cara hidup mereka yang cepat, cermat, tertib dan mesra. Kalau diorang berjalan tu laju je tak pandang kiri kanan…

Yang paling seronok jalan tak sesak sebab tak banyak kereta. Majoriti diaorang naik basikal, pelikkan. Sedangkan Jepun antara negara pengeluar kereta terbesar di dunia.

Bandar Osaka

Korang pernah tengok kartun Ultramankan, macam tulah rupa dan bentuk bangunan di sana, petak dan sama jer.

Info yang saya dapat, salah satu sebab ialah nak kukuhkan struktur bangunan kerana selalu berlaku gempa bumi.

jalan jalan dalam bandar

Kos Sara Hidup Di Osaka Japan

Mata wang mereka tinggi dan sara hidup pun tinggi.

Semua barangan yang dijual sememangnya mahal jika nak dibanding semasa saya bercuti di Eropah, disana lagi murah. Bayangkan satu botol air mineral kos 500 yen, kalau tukar dalam duit Malaysia, dah RM18.00 satu botol.

Kos teksi dari hotel ke bandar ialah 10000 yen bersamaan dengan RM364.00. Tu belum masuk kos bilik, punyalah mahal sehingga mencecah ribuan ringgit semalaman.

Nasib baik adik ipar saya bayar hehe…

Makanan Halal

Satu lagi makanan halal memang susah nak dapat di Osaka, kebanyakkan restoran yang ada disana menyediakan makanan tak halal.

Saya ingatkan orang Jepun tak makan ba alif ba ya, rupanya tu antara makanan harian diaorang. Kalau nampak orang pakai tudung makan kat sesebuah restoran, jangan cepat fikir tempat tu halal.

Sebaik-baiknya tanya dulu…

Kalau nak tahu restoran tu halal ke tidak, tengoklah di menu diaorang ada gambar binatang tengkuk pendek tu hehe.

Puas kami mencari restoran yang betul-betul halal, akhirnya terjumpa satu restoran. Katanya restoran dia satu saja yang jual makanan halal kat Kobe tu dan banyak student Muslim makan kat situ.

Malaysian Restoran

Setiap hari kami makan di hotel sahaja.

Yang lecehnya malam je mesti lapar sebab sejuk, nasib baik saya ada standby stok Maggie. Malam jer adik saya mesti ketuk bilik sambil tersengeh-sengeh nak join sekaki.

Orang Jepun ni majoriti tak pandai cakap BI, susah nak berinteraksi dengan diaorang. Ada satu malam tu saya call room service minta mangkuk sup untuk makan maggie…

Dia hantarnya besen besar untuk cuci baju…bengongkan Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

Tempat-Tempat Menarik Di Osaka Japan

Saya dan adik sempat pergi Universal Studio Osaka…

Tempat ni memang seronok, kena luangkan masa satu hari baru puas.

Universal Studio Osaka memang besar, ianya 3 kali ganda lagi besar dari Singapore.

Universal Studio Osaka

Kami berjalan disitu dari pukul 8 pagi – 9 malam baru habis tawaf.

Penat sungguh tapi best…

Di bandar Kobe ada satu tempat riadah diaorang selepas penat pulang dari bekerja.

Bandar Kobe

Mula-mula saya ingatkan internet cafe… rupa-rupanya kedai slot mesin judi… Besar sungguh!

pusat pacingo

Didalam tu semua pakaian diaorang sedondon saja. Macam Men In Black (MIB) pun ada juga, sambil duduk tegak macam robot.

Disiplin betul diaorang main judi, adeh hai lawak betul Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

Penat jalan dah, rest kejap…

Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati…

Osaka Castle Park and Museum

Osaka Castle Park and Museum

Universal Studio Osaka

Universal Studio Osaka 2

Osaka Kaiyukan Aquarium

Osaka Kaiyukan Aquarium

Osaka Dome

Osaka Dome

Kobe City Hall

Kobe City Hall

Hah! Satu lagi nak tambah dari segi teknologi, negara diaorang memang canggih. Tilam ada warmer dan toilet bowl flush pakai remote tu.

Nasib baik diaorang tak buat automatik keluar tangan tolong cuci Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

gambar osaka

Sepanjang bercuti di Osaka saya asyik ketawa sahaja tengok gelagat orang Jepun ni.

Bagaimanapun memang best bila dapat berjalan-jalan ke negara orang ni. Dapat tengok dan mengenali cara hidup dan budaya yang berbeza.

Diharap travelogue saya kali ini dapat memberi panduan kepada yang ingin bercuti ke Osaka Japan ya…

Baca juga:

1 thought on “Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *