free
web stats

Pengalaman Bercuti Di Jakarta Indonesia

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti di Jakarta Indonesia. Saya kerap ke sana, dalam setahun tiga ke empat kali juga. Sampaikan dah hafal nama-nama jalan dan tempat-tempat menarik di Jakarta.

Selalunya saya pergi dengan adik perempuan saya untuk membeli kain ela atau menempah baju pengantin untuk perniagaan keluarga saya.

Memang murah dan cantik-cantik kain ela di Jakarta. Orang Indonesia memang pakar dalam membuat baju pengantin. Hasil kerja tangan dia orang cukup kemas.

Kadang-kadang tu, saja pergi berjalan bersama keluarga, kawan-kawan atau melawat kenalan yang ada di Jakarta.

Bercuti di Jakarta

Bercuti di Jakarta

Hotel Dan Lokasi Di Jakarta

Hotel Jakarta

Jakarta adalah pusat bandar yang terbesar dan sentiasa sesak, tidak banyak beza dari Kuala Lumpur. Ramai yang suka ke Jakarta untuk membeli belah dan ada juga membeli barang untuk meniaga.

Ianya terlalu besar, ada Jakarta Selatan, Jakarta Timur, dan Jakarta Barat. Saya nasihat pastikan anda memilih hotel yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin lawati, mungkin lokasi hotel dan tempat yang ingin anda lawati jadi jauh.

Seeloknya sediakan travel ittenary supaya mudah untuk anda rancang destinasi dan tidak buang masa.

Tempat-tempat Menarik Di Jakarta

Monumen Nasional atau MONAS

Monumen Nasional

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini

Dunia Fantasi (Dufan) Ancol

Dunia Fantasi

Masjid ISTIQLAL

Masjid ISTIQLAL

Monumen Pahlawan Revolusi di Lubang Buaya

Monumen Pahlawan

Taman Safari

Taman Safari

Tanah Abang

Tanah Abang

Mangga Dua

Mangga Dua

Mal Block M

Mal Block M

Memang tidak dinafikan boleh rambang mata sebab semua benda nak beli kerana terlalu murah. Pertama kali ke Jakarta saya pun macam tu juga. Nasihat saya kepada yang baru pertama kali pergi sana janganlah bawa barang banyak-banyak, silap hari bulan terpaksa tambah luggage.

Kepada yang suka beli branded item, saya tak suggest beli di Jakarta. Dia orang pun beli kat Malaysia lagi murah dari sana sebab dia orang lebih utamakan barangan buatan sendiri.

Tax barangan import dia orang tinggi dari kita sebab caj dalam USD, jadi kiralah sendiri ya

Pada saya bercuti ke Jakarta Indonesia tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Keadaan disana yang terlalu sesak, dalam bahasa diaorang dipanggil “Macet”.

Keadaan yang terlalu sesak boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.

Pengangkutan Awam Di Jakarta

Dari segi transport memang mudah, keluar sahaja dari hotel mesti ada teksi. Saya puji public transport dia orang terutama teksi kerana memang selesa.

Boleh dikatakan semua teksi menggunakan kereta import sama ada Honda, Hyundai, Toyota, Mercedez, dan BMW pun ada.

pengangkutan di Jakarta

Tetapi berhati-hati juga memilih teksi sama ada dari Airport ataupun kemana-mana. Pastikan anda memilih teksi yang ada logo Bluebird sahaja, ini antara teksi yang mengikut syarat-syarat menggunakan meter.

Bukan nak promote, tapi kalau anda ada kenalan disana mereka juga akan katakan yang sama sebab selain dari syarikat teksi yang saya nyatakan, semuanya cekik darah dan letak harga sesuka hati bila tahu kita pelancong.

Sistem bas dia orang juga bagus, sepanjang jalan ada lorong bus tertutup dari station ke station yang lain macam LRT. Hanya bus sahaja boleh masuk, jadi jalan tak sesak…bijakkan. Sepatutnya Malaysia dah lama kena buat macam tu.

pengangkutan di Jakarta 2

Anda boleh juga mencuba naik “Bajaj”, motor roda tiga yang tayar kecik tu. Lagi cepat sampai ke tempat yang kita nak tuju sebab dia orang ni pandai cari jalan shortcut dan elakkan dari jam tapi terhenjut-henjutlah.

Pernah sekali tu saya sampai terpaksa telan panadol sebab pening dan rasa nak muntah hahaha…but fun..saya suka.

Tempat Makan Di Jakarta

Dari segi makanan memang senang dan banyak restoran halal. Cuma anda kena berhati-hati jangan makan sebarangan tempat sebab tidak tahu status halal dan tahap kebersihannya.

Pastikan anda makan di restoran yang betul dan bersih.

Restoran Natrabu

Saya sendiri pun hanya akan makan di tempat-tempat terpilih sahaja seperti Natrabu Restoran Minang, Restoran Ayam penyet di Jalan H. Agus Salim, Sari Ratu Block M atau dihotel.

Restoran Sari Ratu

Keadaan Di Jakarta

Alhamdulillah, beberapa kali saya ke sana tiada menghadapi masalah. Mereka ramah dan mesra tidak seperti yang kita baca di akhbar tentang krisis antara Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada segelintir tetapi tidak semua

Sepanjang jalan memang ramai orang menjual barang dan meminta sedekah. Setiap kali berhenti di traffic light mesti ada yang ketuk tingkap. Kebanyakkan kanak-kanak dia orang dukung baby.

Saya tahu orang Malaysia ramai yang murah hati.

Memang kesian bila tengok situasi sebegitu, tapi tabahkan hati sebab sekali kita bagi sedekah lepas tu berduyun-duyun datang yang lain ketuk tingkat kereta.

Tak percaya cubalah, tak larat nak layan nanti…

Saya pasti akhir tahun ni mesti ramai yang menempah tiket kapal terbang untuk bercuti ke sanakan. Jangan lupa singgah tempat-tempat yang saya tuliskan tu ya…

Memang rugi kalau tak singgah hehe. Selamat bercuti…

Entri kaitan:
9 tempat menarik di Hong Kong

Leave a Reply