free
web stats

Pengalaman Bercuti di Bali Indonesia

Diruangan travel kali ini, saya ingin berkongsi pula pengalaman Bercuti ke Bali Indonesia.

Memang menyeronokkan, satu pulau yang sangat cantik dan sesuai untuk melancong dengan keluarga. Flight kesana mengambil masa 1 jam setengah sahaja.

Bali adalah salah satu kepulauan kecil di Indonesia, kedudukannya agak terasing sedikit. Budaya di Bali dipengaruhi oleh India, Cina, dan terutamanya budaya Hindu. Majoriti masyarakat disana adalah penganut agama hindu, ianya berbeza dengan Jakarta, Bandung dan Medan yang boleh dikatakan ramai beragama Islam.

Bercuti di Bali Indonesia

Bercuti di Bali Indonesia

Muka diaorang semua macam orang Indonesia yang ada di Malaysia tetapi agama sahaja lain. Pegangan agama hindu disana amat kuat. Jadi, tak mustahillah penuh dengan temple sana sini.

Ada juga yang beragama Islam cuma tidak ramai. Kalau nak solat di Kurta Beach ada sebuah Masjid, ramai orang Malaysia solat disitu.

Hotel di Bali

Sumber utama Bali adalah pelancongan.

Sebab itu mereka sangat menjaga kebersihan, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong. Bali antara pulau di Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong luar…

Bali Hotel

Dari segi hotel di Bali pula… Terdapat hotel dari yang 1 star – 5 star, hotel-hotel yang ada di Bali boleh dikatakan semua cantik dan bersih. Cuma kena pandai survey sebab harga agak mahal juga. Maklumlah kawasan pelancongan.

Ketika pertama kali melancong ke Bali dulu, saya tinggal di bandar Kuta, kawasan tu agak sibuk sedikit. Kali ni kami memilih tinggal di Laguna Resort and Spa di Nusa Dua. Ianya terletak agak jauh dari Kuta Beach.

Memang cantik sangat dan antara 5 star resort yang terbaik di Bali. Kadar sewa agak mahal semalaman, tetapi nak merasa duduk resort mewah terpaksalah pejamkan mata hehe.

Tumpuan Pelancong

Di kawasan bandar Kuta Beach memang menjadi tumpuan pelancong.

Boleh dikatakan terlalu ramai bag packers kerana dikawasan itu penuh dengan kelab-kelab hiburan. Disitulah kawasan tragedi bom yang meragut banyak nyawa pelancong asing satu ketika dulu.

Tour guide disana lebih suka lagi dengan orang Malaysia, katanya lemah lembut dan baik…huhu bangga pulak rasa.

Disebabkan diaorang bukan negara Islam, tak mustahillah minuman keras dibenarkan di kawasan awam. Di Kuta Beach pada waktu malam lagi meriah dari waktu siang sebab ramai pelancong suka berhibur disitu, berdentam dentum bunyi muzik.

Bali 3

Boleh dikatakan tahap social life disana agak bebas. Jadi, pandai-pandailah bawa diri yer…

Tempat-Tempat Menarik di Bali

Ini antara tempat-tempat yang wajib korang pergi. Tempat diaorang cantik-cantik. Shopping pun murah. Kalau melancong ke Bali tak sah kalau tak pergi tempat-tempat pelancongan yang popular seperti…

Tanah Lot

Tanah Lot di Bali

Kuta Beach

Kuta Beach di Bali

Pura Luhur Uluwatu

Pura Luhur Uluwatu

Nusa Dua

Nusa Dua

Gunung Berapi Kintamani

Gunung Berapi Kintamani

Ubud

Ubud di Bali

Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Garuda Wisnu Kencana

Jimbaran

Jimbaran

Waterbom Bali

Waterbom di Bali

Kopi Luwak di Legian

Kopi Luwak di Legian

Pusat Lukisan dan Kesenian Semar Kuning

pusat lukisan di bali

Kami sempat melihat persembahan tarian kecak… Ianya seperti satu persembahan pemujaan dewa-dewa dan adat masyarakat Hindu di Bali.

dewa-dewa bali 1

dewa-dewa bali 2

Cara persembahan banyak menggunakan mentera dan jampi, agak seram juga menonton tarian kecak ni.

Untuk pengetahuan anda, jangan beli barang di duti free. Terutamanya barangan kraftangan kerana harga semua dalam bentuk USD dan semua barangan yang dijual ada terdapat di Pasar Seni Sukawati, Tanah Lot dan tempat-tempat shopping yang terbuka.

pusat seni sukawati

Harganya juga jauh lebih murah, iaitu 10 kali murah. Saya kalau ke sana suka beli painting dan barang-barang ukiran kerana hasil kerja diaorang memang cantik dan kemas.

Tempat Makan dan Transport di Bali

Hah yang ni saya nak ingatkan. Banyak saya lihat orang kita yang ke sana terlupa dan sesuka hati makan di restoran atau gerai tepi jalan.

makanan di bali

Hati-hati sebab semua tak halal tu. Tanya tour guide dulu sebelum nak makan, jangan main redah je. Ada restoran halal disana, biasanya Restoran Nasi Padang atau di Jimbaran yang terdapat banyak restoran makanan laut terletak di tepi pantai. Memang best makan disitu, suasana tepi laut… Sejuk aje…

Bangunan di sana tidak ada yang mencakar langit, paling tinggi pun 3 tingkat. Kepercayaan agama diaorang setiap bangunan tidak boleh lebih tinggi dari pokok kelapa. Sebab apa… maaflah saya terlupalah pulak huhu.

Seeloknya anda menyewa transport untuk kemana-mana kerana jarak antara satu tempat ketempat yang ingin anda lawati agak jauh.

Banyak tempat-tempat menarik di Bali. Satu saya perhatikan majoriti penduduk disitu kebanyakkannya berniaga terutama barangan kraftangan.

Disepanjang jalan penuh dengan kedai-kedai jual barang-barang untuk pelancong. Malah terdapat banyak kanak-kanak dan orang tua menjaja di tepi jalan raya.

Sekiranya anda tidah mahu membeli jangan cuba nak tengok-tengok, akibatnya berduyun yang datang merayu-rayu dan memaksa anda membeli. Memang satu keadaan yang susah anda hendak kawal.

Kepada anda yang sudah mengatur percutian ke Bali pada cuti sekolah akhir tahun ni, saya harap travelogue saya ini dapat membantu anda membuat planning percutian anda nanti ya…

Baca juga:

Leave a Reply