Patutkah Undang-Undang Siber di Malaysia di Perketatkan?

Kerajaan Singapura telah melaksanakan peraturan media yang menetapkan media online perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$39,500 atau bersamaan RM117,141. Boleh baca berita di Harian Sinar bertajuk SINGAPURA KETATKAN UNDANG-UNDANG SIBER.

undang siber

undang siber

Dalam pada itu pula pihak Polis Diraja Malaysia telah mula bertindak keatas mereka yang melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi, terutamanya berkaitan dengan PRU13 yang lalu.

Kemudian disusuli pula oleh segolongan rakyat negara Malaysia yang kita cintai ini menggunakan laman sosial untuk mengutuk dan menghina Yang Di Pertuan Agong pula. Tak cukup dengan itu ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad s.a.w pula.

Ia seakan-akan memberikan satu isyarat bahawa kebebasan yang di paksikan oleh demokrasi itu membolehkan sesiapa pun boleh berbuat apa saja.

Kalau negara kita mengikut jejak Singapura mensyaratkan pemilik blog perlu ada lesen dan mematuhi peraturan-peraturan atau undang-undang tertentu, tentulah perit juga lah kan. Mana tak nya nak kena bayar hosting lagi, nih kena bayar lesen la pulak.

Perlukah Undang-undang Siber DiPerketatkan?

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, undang-undang siber yang ada sudah mencukupi dan kerajaan tidak akan memperketatkan lagi undang-undang siber yang ada. Ini dengan jelas menunjukkan kerajaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia dalam menggunakan media sosial dan internet ini. Walaubagaimanapun penggunaan nya perlulah menitikberatkan beberapa perkara penting antaranya:

1. Keharmonian dan rasa hormat antara satu sama lain.
2. Kesahihan setiap berita yang hendak dikongsi agar tidak menimbulkan fitnah.
3. Mendokong apa yang telah disyaratkan didalam Perlembagaan Malaysia.
4. Menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain.
5. Manjadikan media sosial sebagai satu platform untuk berhubung sesama manusia dalam konteks silaturahim

Hakikatnya terdapat juga gonlongan yang cuba mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain. Dalam hali ini golongan wanita lebih terdedah dalam bahaya jenayah. Ramai pengguna laman sosial telah mendedahkan banyak identiti mereka sehingga dapat dikesan oleh mereka yang hendak melakukan jenayah. Oleh itu kita perlu sedar had-had yang boleh kita dedahkan di media sosial agar ia tidak membahayakan diri dan keluarga kita.

Penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang haruslah dilakukan secara berterusan. Kerana jika ia terlepas pandang akan memberikan kesan dan imej buruk kepada negara. Pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan seharusnya menilai apakah ia akan menyumbang kepada budaya yang baik atau tidak didalam masyarakat Malaysia atau ia sebenarnya akan memporak perandakan keadaan kelak.

Bagi pendapat aku lah, kalaulah kerajaan dapat melaksanakan undang-undang yang ada dengan lebih cekap dan berkesan, rasanya sudah cukup untuk mengawal keadaan. Tetapi masalah utama ialah tenaga kerja yang mungkin tidak mencukupi. Terutamanya dipihak SKMM dan PDRM. Kalau di Singapura tak pe la sebab rakyat pun tak ramai, negara pun kecil. Tapi negara kita rakyat ramai negara pun besar, tentu macam-macam perkara boleh terjadi.

Kalau la ada yang setuju undang-undang siber diperketatkan atau media sosial di kawal oleh kerajaan, apa pendapat dan alasan anda untuk bersetuju?

Leave a Reply