free
web stats

Pastikan Anda Tahu 8 Hal Selepas Kemalangan Kereta di Malaysia!

Jalan raya berbahaya, kadangkala bahkan kami sendiri hati-hati memandu juga tidak boleh mengelakkan beberapa perlanggaran ringan. Apabila kemalangan kereta yang terjadi sebenarnya tidak harus panik! Pastikan anda melakukan perkara-perkara yang berikut.

kemalangan kereta

kemalangan kereta

Semasa di kemalangan kereta, anda harus bertenang dan melakukan berikutnya:

1) Ambilkan foto nombor plat lesen dan imej kerosakan kereta sendiri dan pelanggar yang terbabit dalam kemalangan ini sebagai salinan.

ambil gambar

2) Sila menelefon balai polis yang terdekat untuk mengesahkan lokasi kemalangan kereta anda dan sama ada anda dapat membuat laporan di balai polis tersebut. Mereka akan menyarankan anda terhadap balai polis yang sesuai dan mengurangkan masa untuk berjalan ke dua-dua tempat ini.

telefon balai polis

3) Sila membuat laporan di balai polis tersebut dan jangan lupakan mengambil kertas laporan.

repot polis

4) Kemudiannya, pegawai polis akan mengatur bertemuan dengan sarjan untuk anda, siapa yang akan bertanya pertanyaan tentang kemalangan tersebut.

pertanyaan sarjan

5) Selepas sesi pertanyaan, sila membuat bayaran di kaunter “siasatan kemalangan” untuk mendapatkan laporan diri sendiri. Perkara ini sangat penting jika anda ingin menuntut insurans daripada pelanggar dan hasil laporan akan disediakan dalam tempoh dua minggu, maka anda boleh mengumpulkan laporan tersebut dengan resit anda.

siasatan kemalangan kereta

6) Setelah itu, ingatkan membawa IC, salinan kad kereta (sekiranya pembayaran pinjaman tidak diselesai lagi), salinan insurans kereta dan kertas laporan polis serta hantarkan kereta anda ke bengkil rasmi untuk diperbaiki. Oleh itu, begkil akan mendaftar dan memperbaiki kereta anda.

baiki kereta

7) Selepas itu, anda boleh menghubungi bengkil untuk memastikan proses pembaikan kereta. Dua minggu kemudian, dapatkan laporan siasatan polis dan hantar kepada pemilik bengkil.

tuntut insurans

8) Pada akhir sekali, anda boleh membincang dengan bengkil untuk memdapatkan dokumen-dokumen yang penting iaitu tuntutan kos kehilangan kereta. Setelah itu, hantar dokumen tersebut ke syarikat insurans pelanggar untuk tuntutan sendiri. Biasanya, kos tuntutan sebanyak RM30 dalam sehari! Bukankah itu penting sangat? Ingatkan dan simpanlah maklumat ini! Juga berkongsi maklumat ni kepada kawan-kawan anda!

Baca juga:

Leave a Reply