free
web stats

Pantau Pekerja Kalau Buka Bisnes Stesen Minyak

PERHATIKAN PEKERJA-PEKERJA ANDA JIKA ANDA BUKA BISNES STESEN MINYAK. Apa yang aku nak kupas malam ni adalah beberapa teknik mencuri duit majikan yang membuka bisnes Stesen Minyak. Teknik ni dah lama dah basi dan dah lapuk. Jadi aku tak pasti samada teknik-teknik macam ni masih digunapakai atau dah tak relevan lagi. Cuma aku nak berkongsi juga supaya menjadi peringatan kepada tauke-tauke kat luar sana supaya sentiasa ALERT. Aku pun dengar dari cerita orang-orang lain. Tapi mungkin ada benarnya teknik-teknik ni.

stesen minyak shell

stesen minyak shell

Teknik untuk mencuri duit daripada mesin Cashier akan menjadi sangat mudah jikalau tauke tu jenis yang sambil lewa dan tak menguruskan perniagaan dengan berhati-hati. Contohnya tauke yang jenis tak mengira stok-stok barang jualan dan juga terlalu percayakan pekerja hingga tak pantau langsung CCTV.

Kenapa kira stok ni sangat penting? Sebab dari situ lah kita dapat kira berapa banyak barang yang terjual dan berapa banyak untung atau rugi. Adakah sama dengan yang dikira mesin CASHIER tu. Kenapa ia adalah musibah kalau korang tak kira stok? Sebab pekerja yang jaga kaunter duit tu mampu keluarkan duit dari mesin duit tu tanpa dapat kesan perniagaan pada hari tu sebenarnya RUGI.

Caranya mudah je. Pekerja tu akan biarkan mesin duit tu sentiasa terbuka dan tak tutup rapat. Dan bila ada Customer masuk beli barang-barang dalam kedai, dia akan Calculate harga-harga tu dengan kepala otak sendiri tanpa ENTER FIGURE tu kat mesin Cashier. Mesin Cashier hanya akan terbuka kalau korang tekan harga barang-barang yang pelanggan beli tu dan tekan ENTER. Jadi, untuk mengelakkan segala FIGURE tu masuk dalam sistem mesin Cashier tu, pekerja akan biarkan je mesin tu tak tertutup rapat atau biarkan terbuka. Secara automatiknya dan secara logiknya, bila duit tu masuk dalam mesin Cashier TANPA ada rekod apa-apa, duit dalam mesin Cashier tu akan jadi OVER bukannya SHORT. Jadi, bila dilakukan secara kerap dan bertubi-tubi ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tak mustahil duit yang boleh dikeluarkan dari mesin Cashier itu lebih daripada rm100 sehari. Rm100 tu ibarat bakteria Yakult je sebenarnya jika dibandingkan dengan apa yang masuk setiap hari bagi perniagaan stesen minyak ni. Jadi, penting bagi tauke tu untuk sentiasa mengira stok barang dan juga memantau CCTV.

” Kak lizak yang cantik lagi manis, macam mana dorang nak keluarkan duit tu tanpa dapat dikesan oleh CCTV?”

Begini. Selalunya kerja-kerja macam ni tak dilakukan sorang diri. Selalunya akan berpakat dengan kawan-kawan luar ataupun kawan-kawan yang kerja sekali. CCTV kat atas kepala Cashier akan tala pada mesin Cashier dan pekerja tersebut. Tapi dia tak tala kat luar. Kamera untuk luar pulak kamera yang lain. Jadi, kalau korang pakat dengan kawan korang kat luar untuk ambil duit tu, samada berpura-pura nak pulangkan baki kepada pelanggan, tak mustahil korang boleh terlepas dari pengawasan CCTV. Sebab tu aku cakap penting bagi seorang tauke untuk sentiasa perhatikan CCTV untuk pantau pekerja.

Satu lagi yang agak menarik dulu adalah Kautim antara pemandu lori dengan pekerja stesen minyak. Yang ni aku tak pasti samada ia meluas atau sekadar kes yang terpencil. Aku bagi contoh yang berlaku kat stesen minyak SHELL.

Teknik yang digunakan adalah menggunakan kad SHELL yang dimiliki oleh syarikat lori tersebut. Selalunya ia akan dilakukan pada tengah malam atau tengah pagi. Jadi, teknik yang digunakan, letak FIGURE minyak yang nak diisi tu dan SWIPE kad Shell tu. Noozle minyak akan diangkat dan terus diletak semula. Ia akan jadi REFUND di mesin Cashier. Contohnya rm100 REFUND di mesin Cashier. Duit tu akan dibawa keluar dari mesin CASHIER tanpa SHORT sikit pun. Sebab apa? Sebab rm100 tu adalah dari kad SHELL yang dimiliki oleh pemandu lori tu. Jadi, bila dah dapat rm100 tu, biasanya dorang akan bahagi-bahagi mengikut perjanjian syaitan yang telah dimetrai. Hahaha.

Jadi, setakat ni je lah. Jarang-jarang aku berkongsi artikel-artikel serius macam ni, jadi korang kasi hadam je lah. Cuma aku tak pasti samada teknik-teknik ni masih boleh digunapakai atau dah tak boleh dah. Iyelah, kalau tak salah aku, teknik-teknik ni digunakan berbelas-belas tahun yang lepas. Mungkin sekarang sistem dan sekuriti pun dah banyak UPGRADE. Jadi, pesanan aku, sentiasalah berwaspada jikalau korang nak buka bisnes stesen minyak.

*Bukan semua pekerja nakal macam ni. Sebab aku yakin nisbah pekerja yang jujur dan amanah lagi ramai daripada nisbah pekerja yang nakal macam ni. Contohnya macam aku, dah lah jujur, kacak pulak tu. Hnns hnns (kembang kempis kembang kempis hidung)

Leave a Reply