e penyata gaji

Panduan Ringkas Pengunaan Laman E-Penyata Gaji

Sistem online e penyata gaji ialah sistem yang disediakan khusus untuk anda semua yang bekerja langsung dengan kerajaan atau dipanggil juga sebagai kakitangan awam, dengan tujuan bagi memudahkan urusan perolehan gaji slip atau penyata gaji dan juga mendapatkan laporan penyata pendapatan, bulanan dan juga tahunan sehinggalah anda pencen. Tidak terhad kepada satu atau dua jabatan sahaja, ia merangkumi penjawat awam di kesemua sektor jabatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

e penyata gaji
e penyata gaji

Sejak dari awal-awal abad ke-21 lagi, kebanyakan urusan rasmi kerajaan Malaysia telah dinaik taraf kepada sistem yang boleh dicapai melalui internet. Pelaksanaannya sangat menyeluruh dan ketara dirasakan oleh rakyat Malaysia apabila sistem permohonan universiti bagi pelajar lepasan SPM ataupun dikenali sebagai permohonan UPU juga ditukar kepada sistem online, pertama kalinya sekitar tahun 2003. MARA online juga antara perkhidmatan online kerajaan yang popular di Malaysia, tidak hanya berkaitan dengan pendidikan tetapi juga antara laman kerajaan yang terawal menawarkan sistem online untuk memohon kerja di agensi mereka. Manakala, sistem e penyata gaji ini agak baru dan dilaksanakan sekitar tahun 2010 sejajar dengan perkembangan teknologi dan juga bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Sistem e penyata gaji berbeza dengan sistem eMAKLUM iaitu sistem yang memaklumkan penerima bayaran berkenaan status bayaran.. Kedua-duanya di urus selia di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau singkatannya ialah ANM. Singkatan nama jabatan itu digunakan sebagai domain untuk halaman jabatan tersebut iaitu www.anm.gov.my yang juga sebagai pautan untuk ke sistem online penyata gaji ini.

Jika anda belum terbiasa dengan sistem online ini, saya akan bawa anda langkah demi langkah bagi memastikan anda memahami dan dapat menggunakan sistem ini dengan jayanya. Ia adalah sistem online percuma yang sangat mudah dilayari. Tanpa perlu berbelit-belit lagi, jom pelajari panduan ringkas penggunaan laman ini.

Pertamanya, anda boleh masuk ke laman web ANM atau buat carian google dengan memasukkan istilah “ANM penyata gaji” dan buka laman yang tertera perkataan “e-Penyata Gaji” dan mempunyai domain anm. Ataupun anda boleh terus ke sana dengan mengklik pautan ini : https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.

Kemudian, pastikan anda sudah berdaftar. Jika belum, bolehlah berbuat demikian dengan mengklik pautan tulisan kecil berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar” di bawah kotak bertulisan “Daftar Masuk”. Anda akan dibawa ke bahagian borang pendaftaran di mana anda perlu mengisi butiran diri anda di ruangan kosong. Akan ada beberapa ruangan yang bertanda asterisk (*). Ini bermaksud ruangan itu wajib diisi bagi meneruskan proses pendaftaran. Butiran yang dikehendaki adalah butiran biasa seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Jika anda tidak dapat mengingati butiran sedemikian, maka siapkanlah mana-mana rujukan bagi menjamin kelancaran proses pendaftaran.

Selesai sudah pendaftaran, pergi kembali ke pautan tadi, dan masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda. Kemudian klik kotak bertulisan “Daftar Masuk”. Bagi pengguna pertama kali, skrin notifikasi yang menyatakan keperluan untuk kemaskini profil mungkin akan dipaparkan. Klik kotak bertulisan “OK” dan masukkan butiran peribadi tambahan anda. Paparan dashboard akaun anda juga akan ada pautan untuk menukar kata laluan. Klik jika perlu, dan ikuti arahan ringkas yang tertera.

emaklum status bayaran
emaklum status bayaran

Dan bahagian paling penting, langkah untuk mendapatkan penyata gaji anda. Di paparan dashboard anda akan ada 2 pautan bertulis “Sendiri” – satu di bawah kotak bertulis “Penyata Gaji” dan satu lagi di bawah kotak bertulis “Penyata Pendapatan Tahunan”. Tekan mana-mana yang berkenan dan masukkan tahun serta bulan (bagi penyata gaji bulanan). Tekan kotak bertulis “Cari”. Hasil carian tersebut akan terpapar dan anda boleh muat turun serta mencetak terus penyata gaji anda. Perlu diingatkan yang penyata gaji bulanan yang boleh didapati adalah hanya 18 bulan terkini, manakala bagi penyata gaji tahunan hanyalah untuk 7 tahun terkini.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan menggunakan sistem e penyata gaji ini, anda bolehlah menyemak bahagian soalan lazim dahulu. Sekiranya tidak dijumpai sebarang penyelesaian bagi masalah anda di bahagian tersebut ataupun jika anda mahu membuat aduan yang berkaitan, maka anda bolehlah terus menghantar e-mel ke alamat e-mel seperti berikut: epayslip@anm.gov.my

Baca juga:
Ebook Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *